4D3N EXPERIENCE JOGJAKARTA
DAY 01 : AIRPORT – TRANSFER IN (MT/MM)
- Setibanya di Lapangan Terbang Antarbangsa Yogyakarta, anda akan disambut dan bertemu dengan crew kami.
- Makan tengah hari di restoran tempatan.
- Selepas itu, singgah photo stop di Prambanan Temple (bergambar dari luar).
- Seterusnya melawat Tebing Breksi, tebing batu kapur yang unik dengan ukiran seni dan pemandangan cantik.
- Makan malam di restoran tempatan.
- Selepas makan malam, transfer ke hotel untuk Check in dan berehat.
DAY 02 : LAVA TOUR – GEREJA AYAM – BOROBUDUR (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi di hotel
- Menuju ke kawasan Mount Merapi untuk Lava Tour menaiki Jeep 4×4
- Sepanjang tour, anda akan melawat Muzium Sisa Hartaku, melihat Batu Alien dan menikmati pemandangan Gunung Merapi di Bunker Kaliadem.
- Teruskan dengan soft trekking (±15 minit) ke Gereja Ayam atau Bukit Rhema, terkenal dengan bangunan berbentuk ayam dan view yang cantik dari atas.
- Selepas itu, melawat Borobudur Temple, candi Buddha terbesar di dunia.
- Makan tengah hari dan makan malam di restoran tempatan.
- Kembali ke hotel dan berehat.
DAY 03 : PINE FOREST – TIMANG BEACH (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi di hotel
- Lawatan ke Hutan Pinus Mangunan, kawasan hutan pinus yang tenang dengan udara segar dan spot bergambar menarik
- Seterusnya ke Bukit Becici untuk menikmati pemandangan dari atas bukit.
- Kemudian menuju ke Timang Beach. Di sini anda boleh mencuba Gondala tradisional (Perbelanjaan peribadi) yang dahulunya digunakan oleh nelayan lobster – pengalaman yang cukup mencabar dan menaikkan adrenalin.
- Makan tengah hari dan makan malam di restoran tempatan.
- Kembali ke hotel.
DAY 04 : KRATON – TAMAN SARI – MALIOBORO – TRANFER OUT (SP/MT)
- Sarapan pagi dan check out hotel
- Lawatan ke Kraton Yogyakarta, istana rasmi Kesultanan Yogyakarta.
- Teruskan ke Taman Sari, juga dikenali sebagai Water Castle.
- Masa bebas untuk membeli-belah di Malioboro Street dan singgah di Bakpia Patuk untuk membeli Oleh Oleh Tempatan.
- Makan tengah hari di restoran tempatan.
- Selepas itu, transfer ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang atau destinasi seterusnya.