3D2N EXOTIC SURABAYA BROMO TOUR
DAY 01 : SURABAYA CITY TOUR – BROMO (SNACK/MT/MM)
- Setibanya di Juanda International Airport, Surabaya, anda akan disambut mesra oleh pemandu pelancong kami untuk sesi taklimat ringkas.
- Perjalanan diteruskan dengan Surabaya City Tour bermula dengan lawatan ke Kota Lama Surabaya, kawasan bersejarah yang mempamerkan seni bina kolonial dan bangunan warisan.
- Seterusnya, lawatan ke Masjid Ampel serta kawasan Kampung Arab, salah satu kawasan Islam tertua di Surabaya yang kaya dengan budaya dan sejarah.
- Kemudian, lawatan ke Monumen Kapal Selam, iaitu kapal selam sebenar dari Rusia yang dijadikan muzium sejarah tentera laut Indonesia.
- Makan tengah hari di restoran tempatan.
- Pada sebelah petang, perjalanan diteruskan ke kawasan Gunung Bromo (lebih kurang 3–4 jam perjalanan).
- Tiba di kawasan Bromo, daftar masuk hotel (Lava View Hotel atau setaraf) dan acara bebas untuk menikmati suasana sejuk pergunungan.
- Makan malam di restoran tempatan dan bermalam di kawasan Bromo.
DAY 02 : BROMO – SURABAYA (SP/MT/MM)
- Panggilan bangun awal sekitar jam 2.30 pagi. Selepas menikmati kopi atau teh panas, memulakan pengalaman Bromo Sunrise Tour dengan menaiki jeep 4WD ke Gunung Penanjakan untuk menyaksikan matahari terbit yang sangat indah dengan panorama Gunung Bromo, Gunung Batok, dan Gunung Semeru.
- Selepas itu, perjalanan diteruskan merentasi Lautan Pasir menuju kawasan kawah Gunung Bromo.
- Anda boleh memilih untuk menaiki kuda (perbelanjaan sendiri) atau berjalan kaki sebelum mendaki 254 anak tangga ke bibir kawah Gunung Bromo.
- Nikmati pemandangan kawah yang sangat menakjubkan dari atas.
- Kembali ke hotel untuk sarapan dan rehat seketika.
- Selepas daftar keluar, bertolak kembali ke Surabaya.
- Tiba di Surabaya, daftar masuk hotel dan makan malam di restoran tempatan.
- Acara bebas dan bermalam di Surabaya.
DAY 03 : SURABAYA – TRANSFER OUT (SP)
- Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
- Acara bebas sehingga waktu pemindahan ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang atau destinasi seterusnya.