4D3N PEKANBARU SIAK TOUR
DAY 01: AIRPORT – PEKANBARU (MT/MM)
- Setibanya di Lapangan Terbang Antarbangsa Sultan Syarif Kasim II, anda akan di sambut dengan Welcome Scraf Songket sebagai cenderamata, kemudian bertemu dengan wakil tour kami.
- Seterusnya menuju ke Muzium Sang Nila Utama, muzium budaya Melayu Riau yang mempamerkan pakaian pengantin tradisional, permainan tradisional, alat muzik, artifak dan lain lain.
- Makan tengah hari di restoran tempatan.
- Kemudian melawat Masjid Raya An-Nur, salah satu mercu tanda paling ikonik di Pekanbaru dengan seni bina yang indah serta suasana yang tenang.
- Shopping di Ska Mall Pekanbaru, antara pusat membeli-belah terbesar di Bandar Pekanbaru.
- Makan malam di restoran tempatan.
- Check in hotel.
DAY 02: PEKANBARU SIAK TOUR (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi di hotel.
- Perjalanan diteruskan ke Kabupaten Siak, melawat Jambatan Tengku Agung Sultanah Latifah yang juga dikenali sebagai Jambatan Siak.
- Makan tengah hari di restoran tempatan.
- Seterusnya melawat Masjid Syahabuddin dan Makam Sultan Syarif Kasim II, Sultan ke-12 Kesultanan Siak Sri Indrapura.
- Kemudian meneroka Istana Siak Sri Indera Pura, kediaman rasmi Sultan Siak yang mula dibina pada tahun 1889 semasa pemerintahan Sultan Syarif Hasyim. Istana ini merupakan warisan Kesultanan Siak Sri Indrapura dan siap sepenuhnya pada tahun 1893.
- Kembali ke Bandar Pekanbaru, makan malam di restoran tempatan.
- Kembali ke hotel.
DAY 03: PEKANBARU CITY TOUR (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi di hotel.
- Melawat Asia Heritage Pekanbaru, di mana anda boleh merasai suasana 4 negara dalam satu lokasi.
- Makan tengah hari di restoran tempatan.
- Free program untuk shopping di Ramayana Pekanbaru.
- Shopping snek tempatan Pekanbaru di Insyirah Oleh-Oleh.
- Makan malam di restoran tempatan.
- Kembali ke hotel.
DAY 04: HOTEL – AIRPORT (SP)
- Sarapan pagi dan check out hotel
- Melawat Rumah Singgah Tuan Kadi, sebuah tempat persinggahan Sultan Siak Sri Indrapura ketika baginda berkunjung ke Senapelan.
- Transfer out ke Lapangan Terbang Antarbangsa untuk penerbangan pulang atau ke destinasi seterusnya.