TOP FIVE: TEMPAT YANG WAJIB KORANG KUNJUNGI BILA BERCUTI KE PADANG–BUKITTINGGI

Bila you all tengah rancang percutian ke Sumatera Barat, dua destinasi yang paling popular ialah Padang dan Bukittinggi. keduanya menawarkan gabungan view alam yang memukau, budaya Minangkabau yang kaya, makanan yang sedap, sekaligus tempat yang mempunyai sejarah yang penuh cerita. Jom datang dan rasa langsung macam manan keindahan alam sumatera barat ni.
(PDIKM) Pusat Dokumentasi dan Kebudayaan Minangkabau
Tempat lawa yang satu ni terletak di bandar Padang Panjang, bangunan ni salah satu tempat paling best untuk korang yang nak belajar mengenai adat, budaya, dan sejarah Minangkabau. Bangunan iconic yang dibina menyerupai Rumah Gadang, lengkap dengan ukiran tradisional yang cantik. Dari luar pun dah nampak estetika Minangkabau yang kuat. Taman yang ada depan tu pun cantik sangat, memang sesuai untuk bersantai bila korang berkunjung.
Lembah Harau Payakumbuh
Lembah cantik yang satu ni terletak di Payakumbuh Sumatera Barat, alam yang indah serta udara yang sejuk menggambarkan destinasi alam yang kita sebut lembah harau. Ramai pelancong gelarkan tempat ini sebagai “Grand Canyon versi Indonesia” sebab bentuk lembah yang alami dikelilingi tebing batu tinggi dan megah. Tebing-tebing granit di sini boleh mencapai ketinggian hingga 300 meter. Terletak di tengah kawasan kampung tradisional Minangkabau dengan udara sejuk, bunyi alam, dan pemandangan sawah padi membuatkan pengunjung rasa sangat damai. Memang keindahan alam yang natural menjadi nilai lebih tempat yang satu ni.
Istana Pagaruyung (simbol Budaya Minangkabau)
Letak bangunan besar khas minangkabau ini ada kat Bandar Batusangkar, Sumatera Barat. Istana Pagaruyung merupakan salah satu bangunan tanda budaya paling terkenal di kawasan Minangkabau. Walaupun bangunan yang berdiri sekarang merupakan hasil rekonstruksi, reka bentuknya tetap mengikut seni bina asli Rumah Gadang zaman dahulu. Istana ini dikenali dengan bentuk bumbung bertingkat yang melengkung ke atas, dekat sini kita sebut gonjong. Di dalamnya terdapat berbagai ukiran kayu halus, motif Minangkabau, serta susunan ruang tradisional yang menggambarkan kehidupan adat.
Jam Gadang Bukittinggi (Ikon Banda yang tak lekang)
Jam Gadang ialah mercu tanda paling terkenal di Bukittinggi dan menjadi simbol kebanggaan masyarakat Minangkabau. Dibina pada tahun 1926, menara jam ini telah melalui beberapa perubahan bentuk bumbung. Perubahan yang dilakukan mengikut zaman dari gaya Belanda, Jepun, hingga bentuk gonjong Minangkabau seperti hari ini. Terletak di tengah Taman Jam Gadang, kawasan ini sentiasa hidup dengan activity pelancong, penjual cenderamata, dan suasana yang ramai dengan music dan pementasan.
Panai Air Manis
Pantai Air Manis terletak di Bandar Padang, Pantai yang satu ni memang famous dengan legenda sitanggang atau biasa kita sebut dekat sini Malin Kundang, iaitu kisah anak derhaka yang disumpah menjadi batu. Selain kisahnya yang terkenal, pantai ini juga menawarkan pemandangan yang cantik dan suasana yang menenangkan. Batu dengan kapal malin kundang ni masih terletak tepi pantai tu jer, bila air laut tengah pasang batu tu akan tertutup air. waktu yang paling best untuk tengok batu malin kundang ialah masa air surut.
So bila you all nak bercutikat padang bukittingg boleh cek Pakej Tour kita kat Bmw2002tour.com. Temukan berbagai macam pakej yang berbaloi serta seronok bercuti bersama BMW 2002 Tour, setiap perjalanan menciptakan pengalaman yang tak terlupakan.
We Guide You To Beauty


