Pinyaram: Kuih Tradisional Manis Penuh Makna

Pinyaram ni ialah salah satu kuih tradisional masyarakat Minangkabau yang masih kekal hingga ke hari ini. Kuih ini terkenal dengan rasa dia yang manis, teksturnya yang lembut di bahagian tengah, serta sedikit rangup di bahagian tepinya. Walaupun rupanya ringkas, pinyaram menyimpan nilai budaya yang amat bermakna.

Pinyaram dibuat daripada campuran tepung beras, gula merah, dan santan. Adunan ini dibiarkan seketika sebelum digoreng di dalam minyak panas sehingga mengembang dan berwarna perang keemasan. Proses pembuatan dia pun perlukan kesabaran dan ketelitian kerana api yang terlalu kuat atau terlalu perlahan boleh berpengaruh pada hasil kuih tu.

Dalam adat Minangkabau pun, pinyaram ni bukan sekadar hidangan biasa je. Ia sering disajikan dalam berbagai majlis adat seperti kenduri, alek nagari, upacara perkahwinan, dan majlis kesyukuran. Kehadiran pinyaram ni lambangkan rasa syukur, kemuafakatan, serta harapan agar kehidupan sentiasa manis dan sejahtera.

Bentuk pinyaram yang bulat membawa maksud kebulatan tekad dan perpaduan dalam masyarakat. Warna kecoklatannya pula melambangkan kesederhanaan dan hubungan erat manusia dengan alam. Makna-makna ini selaras dengan falsafah hidup orang Minangkabau yang berpegang teguh kepada adat dan nilai kebersamaan.

Saat ni pun pinyaram turut alami perubahan dan pembaharuan. Selain pinyaram tradisional berasaskan gula merah, terdapat juga variasi moden seperti pinyaram pandan, pinyaram gula putih, dan pinyaram bersize kecil. Meski begitu, pinyaram tradisional tetap menjadi pilihan kerana rasanya yang asli dan penuh nostalgia.

Pinyaram bukan sekadar kuih, malah merupakan warisan kulinari yang mencerminkan identiti dan kebijaksanaan budaya Minangkabau. Menjaga dan melestarikan pinyaram artinya memelihara budaya Sumatera Barat agar terus dikenali dan dihargai oleh generasi akan datang.

So kalau korang nak rasa kuih pinyaram ni boleh pm BMW 2002 Tour, kita akan bawa korang try rasa kuih ni sambil kenal banyak hal pasal Minangkabau!

 

Penulis : Egie Aulia Rizky

Share This Post!

Posts for You

  • All Posts
  • Culinary
  • Destinasi Pelancongan
  • Sejarah Minangkabau
  • Tips and Trik Bercuti
  • Tradisi dan Atraksi Budaya

Category

Tags

    Know More About Us

    BMW 2002 Tour is a tour agency based in Sumatera Barat, Indonesia

    PT. Bukittinggi Minang Wisata 2002 Tour, more famous with brand name BMW 2002 Tour was established in 2002 in Bukittinggi.

    Office Hours:

    Mon – Sat: 08.00 AM – 17.00 PM,
    Sunday: CLOSED

    About Us

    With a solid and professional team, we are committed to providing the best service. We offer Padang Bukittinggi – Pekanbaru Tour Packages, Transportation, MICE, Flight Tickets, and other services.

    You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

    © 2025 PT Bukittinggi Minang Wisata | Developed with ❤️ by Jagoweb