NASI KAPAU VS NASI PADANG: SERUPA TAPI TAK SAMA, APA BEZANYA SEBENARNYA?

Bila cakap pasal makanan Minangkabau, dua nama yang selalu buat orang keliru ialah Nasi Kapau dan Nasi Padang. Sekali pandang memang nampak sama, Tapi sebenarnya dua hidangan ini ada identiti tersendiri yang membezakan dari segi asal-usul, cara hidang dan juga karakter rasanya.

Perbezaan paling ketara sebenarnya terletak pada cara penyajiannya. Di kedai Nasi Kapau, lauk disusun tinggi dan penjual akan mengambilnya menggunakan senduk panjang khas mengikut pilihan pelanggan. Manakala di restoran Nasi Padang, pinggan kecil lauk akan terus dihidangkan ke meja, dan pelanggan hanya membayar apa yang dimakan. Cara inilah yang menjadi identiti paling membezakan antara keduanya.

Nasi Kapau berasal dari Nagari Kapau yang terletak berhampiran Bukittinggi di negeri Sumatera Barat. Ia merupakan hidangan tradisional masyarakat setempat yang diwarisi turun-temurun. Nasi Padang  merupakan istilah komersial yang digunakan oleh masyarakat Minangkabau ketika merantau untuk memperkenalkan makanan mereka kepada orang luar.

Dari segi rasa pula, kedua-duanya memang kaya santan dan rempah, tapi Nasi Kapau selalunya tampil dengan kuah yang lebih pekat dan rasa yang lebih ‘kick’. Antara lauk yang sinonim dengannya ialah gulai tunjang, gulai tambusu dan gulai cincang khas Kapau. Nasi Padang pula lebih fleksibel dan variasinya lebih banyak seperti rendang, ayam pop, dendeng balado dan berbagai jenis gulai bergantung kepada restoran.

Kalau nak betul-betul faham bezanya, memang kena datang sendiri ke Sumatera Barat. Rasai pengalaman pilih lauk di kedai Nasi Kapau dengan senduk panjang khasnya, kemudian cuba pula makan di restoran Nasi Padang yang hidangkan lauk bertingkat-tingkat di meja. Bila dah rasa sendiri, barulah tahu mana satu paling kena dengan selera anda.

Kalau mahu perjalanan yang lebih mudah dan teratur, korang boleh ambil pakej bersama BMW 2002 Tour. Kami sediakan itinerari lengkap termasuk jelajah destinasi menarik dan pengalaman menikmati kuliner asli Minangkabau tanpa perlu fikir soal pengangkutan atau perancangan. Tinggal pilih pakej, dan nikmati sendiri keunikan rasa serta budaya Sumatera Barat dengan lebih santai dan berbaloi.

WE GUIDE YOU TO BEAUTY

Penulis: Bunga Syukria

 

 

Share This Post!

Posts for You

  • All Posts
  • Culinary
  • Destinasi Pelancongan
  • Sejarah Minangkabau
  • Tips and Trik Bercuti
  • Tradisi dan Atraksi Budaya

Category

Tags

    Know More About Us

    BMW 2002 Tour is a tour agency based in Sumatera Barat, Indonesia

    PT. Bukittinggi Minang Wisata 2002 Tour, more famous with brand name BMW 2002 Tour was established in 2002 in Bukittinggi.

    Office Hours:

    Mon – Sat: 08.00 AM – 17.00 PM,
    Sunday: CLOSED

    About Us

    With a solid and professional team, we are committed to providing the best service. We offer Padang Bukittinggi – Pekanbaru Tour Packages, Transportation, MICE, Flight Tickets, and other services.

    You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

    © 2025 PT Bukittinggi Minang Wisata | Developed with ❤️ by Jagoweb