WARNA-WARNI RAMADHAN DI MINANGKABAU: MENJELAJAH RASA DI PASAR PABUKOAN

G.1 Suasana Berburu Takjil di Pasar Pabukoan Menjelang Berbuka Puasa

Ramadhan di Minangkabau sentiasa hadir dengan suasana yang berbeza. Bila matahari mula condong ke barat dan langit bertukar warna keemasan, orang ramai mula memenuhi jalan-jalan di Sumatera Barat. Inilah waktu yang paling dinanti waktu memburu juadah berbuka di pasar pabukoan.

Pasar pabukoan bukan sekadar tempat membeli makanan. Ia adalah tradisi. Setiap gerai menyusun aneka hidangan penuh warna daripada yang manis, berlemak santan, hinggalah yang pedas dan menyengat selera. Bau gulai yang sedang dipanaskan, aroma kuih tradisional yang baru diangkat, dan deretan minuman sejuk berais menjadi pemandangan biasa setiap petang Ramadhan.

Di sinilah rasa Minangkabau benar-benar terasa. Kuih-muih tradisional, lamang tapai, kolak pisang, bubur kampiun, serta berbagai lauk pauk khas ranah Minang tersusun rapi menunggu pembeli. Bukan sekadar makanan, tetapi sebahagian daripada cerita dan warisan turun-temurun.

G.2 Beberapa Pilihan Santapan Manis Saat Berbuka Puasa

Memburu takjil juga bukan sekadar membeli makanan. Ia adalah momen kebersamaan. Ada yang datang bersama keluarga, ada yang bersama rakan-rakan, malah ada juga yang menjadikan waktu ini sebagai peluang berjalan santai sambil menikmati suasana petang Ramadhan. Anak-anak seronok memilih kuih kegemaran, sementara orang dewasa sibuk membuat pilihan terbaik untuk hidangan di rumah.

Selain memeriahkan suasana, tapi juga turut memberi peluang kepada peniaga kecil untuk menambah pendapatan. Ramadhan menjadi bulan yang bukan sahaja penuh keberkatan dari segi ibadah, tetapi juga membawa rezeki kepada ramai orang. Inilah antara keindahan Ramadhan yang menyatukan masyarakat dalam suasana harmoni.

Kalau nak rasakan sendiri pengalaman memburu takjil dengan suasana yang lebih unik dan penuh cita rasa tradisional, jom datang ke Sumatera Barat. Dekat sini, berbagai juadah khas Minang menanti untuk dicuba menjelang waktu berbuka.

Lagi best, korang boleh ambik Pakej Special Ramadhan Tour bersama BMW 2002 Tour. Bukan sahaja dapat menikmati warna-warni bazar Ramadhan, tapi juga jelajah destinasi menarik sambil merasai suasana puasa yang berbeza.

WE GUIDE YOU TO BEAUTY

Penulis: Bunga Syukria 

Share This Post!

PT. Bukittinggi Minang Wisata 2002 Tour, more famous with brand name BMW 2002 Tour was established in 2002 in Bukittinggi.

Office Hours:

Mon – Sat: 08.00 AM – 17.00 PM,
Sunday: CLOSED

About Us

With a solid and professional team, we are committed to providing the best service. We offer Padang Bukittinggi – Pekanbaru Tour Packages, Transportation, MICE, Flight Tickets, and other services.

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

© 2025 PT Bukittinggi Minang Wisata | Developed with ❤️ by Jagoweb