SILEK LANYAH: SENI BELA DIRI TRADISIONAL MINANGKABAU DI SAWAH BERLUMPUR

Silek Lanyah ialah salah satu tradisi unik masyarakat Minangkabau yang berasal dari Padang Panjang. Dalam bahasa Minangkabau, “silek” bermaksud silat, manakala “lanyah” bermaksud basah atau berlumpur. Seperti namanya, Silek Lanyah ialah seni bela diri tradisional yang dipersembahkan di tengah sawah yang berlumpur, menjadikannya satu pengalaman budaya yang sangat unique dan menarik untuk dilihat.

Tradisi ini biasanya diadakan selepas musim menuai padi. Ketika itu, sawah yang sudah selesai digunakan untuk bertani akan menjadi tempat berkumpulnya masyarakat. Para pesilat akan menunjukkan kemahiran mereka sambil melakukan pelbagai gerakan silat di atas tanah yang berlumpur. Walaupun pergerakan menjadi lebih mencabar, para pesilat tetap menampilkan teknik yang smooth, seimbang, dan penuh seni.

Bagi masyarakat Minangkabau, Silek Lanyah bukan sekadar pertunjukan silat biasa. Ia juga melambangkan rasa syukur selepas musim menuai serta menjadi simbol kebersamaan dalam kalangan masyarakat. Pada masa yang sama, tradisi ini turut menjadi cara untuk memperkenalkan warisan budaya Minangkabau kepada generasi muda supaya budaya ini terus preserved dan dihargai.

Kini, Silek Lanyah sering dipersembahkan dalam pelbagai acara budaya di Sumatera Barat. Keunikan silat yang dilakukan di sawah berlumpur ini juga menjadi satu cultural attraction bagi pelancong yang ingin melihat sendiri tradisi Minangkabau yang autentik.

Kalau korang ingin merasai sendiri pengalaman melihat tradisi unik ini secara langsung, boleh sertai Pakej Tour with BMW 2002 Tour. Dengan pakej tour yang disediakan, korang bukan sahaja dapat menikmati keindahan alam Sumatera Barat, tetapi juga berpeluang melihat sendiri budaya dan tradisi Minangkabau yang masih kekal hingga hari ini. Jom rancang perjalanan korang dan rasai sendiri pengalaman budaya yang rare dan unforgettable.

WE GUIDE YOU TO BEAUTY 

Penulis : Bunga Syukria

 

Share This Post!

PT. Bukittinggi Minang Wisata 2002 Tour, more famous with brand name BMW 2002 Tour was established in 2002 in Bukittinggi.

Office Hours:

Mon – Sat: 08.00 AM – 17.00 PM,
Sunday: CLOSED

About Us

With a solid and professional team, we are committed to providing the best service. We offer Padang Bukittinggi – Pekanbaru Tour Packages, Transportation, MICE, Flight Tickets, and other services.

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

© 2025 PT Bukittinggi Minang Wisata | Developed with ❤️ by Jagoweb