
Di kawasan sejuk kaki gunung di Sumatera Barat, terdapat sebuah kampung yang terkenal dengan kehalusan seni tangan tradisionalnya iaitu Pandai Sikek. Tempat ini memang sudah lama dikenali sebagai “Syurga kecil” bagi peminat kain songket dan bordiran Minangkabau yang penuh dengan corak unik serta makna budaya yang dalam.
Kalau berjalan-jalan disini, anda akan nampak deretan kedai-kedai yang mempamerkan kain songket tenunan tangan yang berwarna-warni. Proses pembuatannya masih kekal tradisional, dilakukan dengan penuh ketelitian oleh para pengrajin tempatan. Setiap helaian kain bukan sekadar cantik dipandang, tapi juga membawa cerita dan warisan yang masih dijaga sampai hari ini.
Selain membeli kain, pengalaman melihat sendiri proses menenun di Pandai Sikek memang memberi rasa yang berbeza. Suasana kampung yang tenang, udara sejuk, dan keramahan penduduknya buat siapa sahaja rasa selesa untuk singgah lebih lama. Kalau anda plan nak jalan ke Padang Bukittinggi, tempat ini memang wajib masuk dalam itinerary.
Kalau nak mudah urus trio, itinerary siap, transport, dan lawatan ke Pandai Sikek sekali, boleh terus hubungi kami di BMW 2002 Tour. Jom Plan trip ke Sumatera Barat dengan lebih santai dan teratur.
We Guide You To Beauty
Penulis : Nabila Rezki Syaputri

