
Kalau sebut pasal masakan Minang, mesti orang terus bayang rendang, gulai yang merah menyala, sambal pedas berapi. Tapi di celah-celah lauk yang penuh warna tu, ada satu menu yang nampak simple je tapi selalu jadi rebutan , sebut je ayam pop.
Ayam Pop ni memang lain dari yang lain. Warna dia tak merah, tak bersalut sambal tebal, malah nampak putih pucat kekuningan je. Sekali pandang macam biasa-biasa. Tapi jangan tertipu dengan rupa dia. Bila dah rasa, baru faham kenapa ramai orang pilih Ayam Pop tiap kali makan kat rumah makan Padang.
Proses masak Ayam Pop ni pun unik. Ayam tak terus goreng macam ayam biasa. Mula-mula dia direbus dulu dengan bawang putih, garam, dan kadang-kadang campur air kelapa supaya rasa dia lagi dalam dan daging jadi lembut betul. Lepas tu baru digoreng sekejap je bukan sampai garing keras, tapi cukup untuk bagi luar dia sedikit kering dan wangi. Sebab tu isi dia kekal juicy dan tak liat.
Yang buat lagi padu mestilah sambal merah dia. Sambal khas Minang ni pedas tapi ada sikit rasa manis, memang ngam kalau makan dengan ayam yang lembut tu. Bila cicah sekali, rasa gurih ayam bercampur dengan pedas manis sambal, terus buat nasi bertambah tanpa sedar.
Ayam Pop ni juga sesuai untuk orang yang tak tahan pedas sangat tapi nak rasa masakan Minang. Dia tak terlalu kuat rempah, tapi tetap ada identiti sendiri. Malah ada yang kata, Ayam Pop ni lambang kesederhanaan dalam dunia masakan Minang yang terkenal dengan rasa bold dan berani.
Sekarang ni, hampir semua rumah makan Padang mesti ada Ayam Pop dalam senarai lauk. Dari bandar besar sampai pekan kecil, menu ni tetap ada peminat dia. Walaupun nampak tenang dan tak “menjerit” macam lauk lain, Ayam Pop tetap jadi primadona
Ayam Pop bukan sekadar lauk biasa. Ia adalah bukti bahawa dalam kesederhanaan ada keistimewaan. Tak perlu warna terang atau rasa terlalu kuat untuk jadi kegemaran ramai. Cuba secara langsung di negeri asalnya dengan ambik Pakej Percutian With BMW 2002 Tour.
WE GUIDE YOU TO BEAUTY


