
Gotong royong ialah salah satu nilai adat yang sangat kuat dalam kehidupan masyarakat Minangkabau. Dalam adat Minangkabau, semangat kebersamaan dan saling membantu ni dapat ditengok melalui prinsip “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, yang membawa maksud tiap beban ditanggung bersama dan setiap kesulitan dihadapi dengan bergotong royong. Nilai ni jadi asas penting dalam kehidupan bermasyarakat dan beradat.
Dalam kehidupan seharian, budaya gotong royong ni jelas kelihatan dalam berbagai aktiviti adat dan sosial. Antaranya ialah mendirikan Rumah Gadang, mengadakan kenduri perkahwinan (baralek), mengerjakan sawah, membersihkan surau serta kawasan perkampungan, dan saling membantu apabila berlaku musibah. Semua pekerjaan dilakukan secara sukarela tak harapkan sebarang balasan kerana ia dianggap sebagai tanggungjawab bersama dalam kaum dan nagari.
Selain itu, amalan gotong royong dalam masyarakat Minangkabau turut mengeratkan hubungan kekeluargaan dan memperkukuh perpaduan sesama anak nagari. Hal ini selaras dengan falsafah adat “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi” yang menekankan kesamarataan, sikap saling menghormati, serta musyawarah dalam setiap urusan adat dan kemasyarakatan.
Namun begitu, arus pemodenan dan gaya hidup moden sebabkan amalan gotong royong ni semakin berkurangan, terutamanya dalam kalangan generasi muda. Oleh itu, peranan ninik mamak, alim ulama, cendekiawan adat, serta ibu bapa amat penting dalam mendidik dan menanam semula nilai gotong royong agar adat dan budaya Minangkabau terus terpelihara.
So, gotong royong ni merupakan warisan adat yang amat bernilai dalam masyarakat Minangkabau. Dengan mengekalkan dan mengamalkan budaya ini, masyarakat akan terus hidup dalam suasana yang bersatu padu, harmoni, dan kukuh, selaras dengan prinsip adat Minangkabau yang diwarisi sejak turun-temurun.
Kalau you all nak tau lebih banyak hal mengenai tradisi minangkabau ni, jom pm BMW 2002 Tour. Kita akan bawa Korang dan bagi tau macam macam tradisi minangkabau.
WE GUIDE YOU TO BEAUTY
Penulis: Egi Aulia Rizky
