GODOK BATINTA : KUIH TRADISIONAL MINANGKABAU YANG MANIS

Korang kalau berbuka puasa dengan apa? Kalau nak berbuka dengan yang manis, godok batinta ni cocok sebagai takjil bulan puasa. Godok batinta ni ialah salah satu kuih tradisional masyarakat Minangkabau yang terkenal dengan rasa manis serta teksturnya yang lembut di bahagian dalam.

Nama “batinta” ni asal nya daripada bahasa Minangkabau yang dimana warna tersebut terhasil daripada penggunaan gula merah sebagai bahan utama, yang bukan sahaja memberi warna menarik tetapi juga menghasilkan aroma harum serta rasa manis yang asli dan menyelerakan.

Keistimewaan godok batinta terletak pada kesederhanaannya. Walaupun bahan dan cara penyediaannya tak rumit, kuih ni membawa nilai nostalgia yang kuat dalam kalangan masyarakat Minangkabau. Pada masa dahulu, godok batinta sering disediakan sebagai hidangan petang dan dinikmati bersama teh panas atau kopi ketika berkumpul bersama keluarga, melambangkan suasana mesra dan kebersamaan.

Selain menjadi makanan harian, godok batinta juga sering dihidangkan dalam acara adat, gotong-royong, dan majlis masyarakat. Kehadirannya melambangkan rezeki yang sederhana namun penuh rasa syukur, selaras dengan falsafah hidup masyarakat Minangkabau yang menitikberatkan kebersamaan dan kesederhanaan.

Walaupun pelbagai makanan moden semakin popular pada masa kini, godok batinta tetap kekal sebagai warisan kuliner tradisional yang dihargai. Terlebih lagi pada saat bulan ramadhan ni, kuih nih sangat dicari cari untuk berbuka puasa. Kuih ini pun masih boleh korang temui kat pasar tradisional serta lokasi pelancongan kuliner kat Sumatera Barat.

So kalau korang semua nak rasa macam mana rasa godok batinta ni, boleh je PM BMW 2002 Tour, kita akan bawa korang rasa sendiri godok batinta tu!

 

WE GUIDE YOU TO BEAUTY

Penulis : Egie Aulia Rizky

 

Share This Post!

Posts for You

Category

Tags

    Know More About Us

    BMW 2002 Tour is a tour agency based in Sumatera Barat, Indonesia

    PT. Bukittinggi Minang Wisata 2002 Tour, more famous with brand name BMW 2002 Tour was established in 2002 in Bukittinggi.

    Office Hours:

    Mon – Sat: 08.00 AM – 17.00 PM,
    Sunday: CLOSED

    About Us

    With a solid and professional team, we are committed to providing the best service. We offer Padang Bukittinggi – Pekanbaru Tour Packages, Transportation, MICE, Flight Tickets, and other services.

    You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

    © 2025 PT Bukittinggi Minang Wisata | Developed with ❤️ by Jagoweb