Pernah tak tengok binaan besar diarak beramai-ramai sambil orang jerit “Hoyak! Hoyak!”? Itulah uniknya tradisi Hoyak Tabuik di Pariaman.
perkataan hoyak maksudnya ialah goncang atau goyang. Dalam acara Tabuik, patung Tabuik tu memang digoncang ramai-ramai, sebab tu dipanggil Hoyak Tabuik.
Jadi, Tabuik ni bukan sekadar perayaan biasa je. Sebenarnya, ada cerita dan sejarah menarik di sebalik Tabuik ni. Tabuik datang daripada perkataan tabut dalam bahasa Arab, yang maksudnya peti kayu. Ia ada kaitan dengan kisah makhluk bersayap bernama Buraq.
Tabuik ini juga mempunyai asal usul, Asal usul Tabuik ni penuh dengan sejarah. Tradisi ni asalnya dibawa oleh tentera Inggeris dari India yang dipanggil Sipai sekitar abad ke-19. Lepas tu, orang tempatan di Pariaman ubah dan sesuaikan dengan budaya Minangkabau sampai jadi tradisi yang kita kenal hari ni.
Hoyak Tabuik ni juga terdapat beberapa prosesi utama yang menarik iaitu:
Persiapan: Beberapa hari sebelum acara kemuncak, orang ramai dah mula siapkan Tabuik. Ada dua Tabuik utama iaitu Tabuik Pasa dan Tabuik Subarang.
Tabuik Naiak Pangkek: Ini proses angkat Tabuik supaya boleh diarak. Biasanya dibuat secara beramai-ramai.
Hoyak Tabuik: Tabuik diarak keliling bandar sambil diiringi bunyi muzik gandang tasa. Suasana memang meriah, dan kemuncaknya dekat Pantai Gandoriah.
Tabuik Dibuang ke Laut: Menjelang waktu Maghrib, kedua-dua Tabuik dilepaskan ke laut sebagai tanda penutup acara.
Hoyak Tabuik ni juga ada waktu pelaksanaannya biasanya Hoyak Tabuik dibuat pada 10 Muharram, iaitu sempena Tahun Baru Islam. Tapi untuk tujuan pelancongan, tarikhnya boleh berubah ikut kalendar Masehi.
Secara keseluruhannya, Hoyak Tabuik bukan sekadar acara perarakan biasa. Ia adalah tradisi lama yang penuh dengan sejarah, makna, dan semangat kebersamaan orang Pariaman. Walaupun zaman dah berubah, tradisi ni masih kekal dan terus diraikan setiap tahun. Harapnya generasi muda akan terus jaga dan hargai warisan budaya ni supaya Hoyak Tabuik tak hilang ditelan zaman. Macam mana, korang dah faham ke belum pasal prosesi Hoyak Tabuik ni?


