
Nama Limpapeh berasal daripada falsafah Minangkabau “limpapeh rumah nan gadang”, yang membawa maksud wanita sebagai tonggak utama keluarga. Jadi, di sebalik cantiknya jambatan ini, tersimpan nilai budaya yang mendalam. Terletak betul-betul di tengah bandar, Jambatan Limpapeh bukan sekadar tempat lalu-lalang, tetapi antara spot pelancongan paling ikonik yang wajib masuk senarai “checklist” percutian anda.
Kalau sampai ke Bukittinggi tapi tak singgah di Jambatan Limpapeh, itu ibarat datang kenduri tapi tak merasa rendang. Jambatan ini menghubungkan Pasar Atas Bukittinggi dan Taman Haiwan Kinantan. Maksudnya senang cerita: lepas shopping, boleh terus jalan kaki tengok haiwan. Jimat tenaga, jimat masa, dan jimat duit tambang!
Seni Bina Cantik, Kamera Pun Tak Nak Berhenti. Reka bentuk Jambatan Limpapeh memang mencuri tumpuan. Bumbungnya bergonjong ala Rumah Gadang Minangkabau, lengkap dengan ukiran tradisional yang buat sesiapa sahaja terus keluarkan telefon bimbit.
Sekali lalu, boleh dapat berpuluh gambar. Dua kali lalu, memori telefon pula yang penuh. Dari atas jambatan, pemandangan bandar Bukittinggi terbentang luas pasar yang sibuk, kehijauan sekitar, dan suasana bandar yang hidup. Pendek kata, berdiri diam pun gambar tetap jadi. Jalan Santai, Angin Sejuk, Hati Pun Tenang
Jambatan Limpapeh direka khas untuk pejalan kaki, jadi tak perlu risau bunyi hon atau motosikal potong mengejut. Waktu paling best? Pagi dan lewat petang. Udara sejuk, angin nyaman, dan mood bercuti pun terus naik.
Satu lokasi, boleh dapat pengalaman budaya, pemandangan cantik, dan kenangan manis (plus gambar Instagram yang confirm dapat likes). Jadi kalau ke Bukittinggi, jangan buat-buat lupa. Singgah Jambatan Limpapeh jalan sikit, gambar banyak, kenangan pun melekat. Boleh ambik Pakej Percutian dengan BMW 2002 Tour untuk rasa dan tengok keindahan jembatan limpapeh secara langsung.
WE GUIDE YOU TO BEAUTY
Penulis : Bunga Syukria


