Snek tradisional khas minangkabau
- LAMANG TAPAI

Lamang dibuat daripada beras pulut yang dimasak di dalam buluh, bersama santan sehingga menghasilkan tekstur yang lembut, wangi, dan sedikit berminyak. Proses membakarnya menggunakan api luar menjadikan aromanya sangat khas. Tapai pula ialah pulut yang diperam bersama ragi sehingga menghasilkan rasa manis, sedikit masam, dan wangi. Kombinasi lamang yang lembut dengan tapai yang manis-masam menjadikan rasanya seimbang dan sangat digemari.
- PINYARAM

Pinyaram ialah salah satu snek tradisional Minangkabau yang sangat popular, terutama pada saat musim perayaan, majlis adat, atau kenduri keluarga. Bentuk dia bulat macam lempeng kecil, warna coklat keemasan dan aroma yang wangi. Snek ini dibuat daripada campuran tepung beras, gula, dan santan. Adunan ini digoreng dalam minyak panas sehingga menghasilkan bahagian tepi yang rangup dan tengah yang lembut.
- LAPEK BUGIH

Lapek Bugih ialah salah satu kuih tradisional Minangkabau yang sangat terkenal dan terus menjadi warisan turun-temurun hingga hari ini. Ia biasanya berbentuk kecil dan dibungkus rapi dengan daun pisang, membuatkan aromanya sangat wangi ketika dibuka.Lapek Bugih berasal daripada masyarakat Minangkabau di Sumatera Barat. Perkataan “lapek” bermaksud kuih yang dibungkus, manakala “bugih” merujuk kepada pulut atau bahan yang melekit.
- MANGKUAK SAYAK

Mangkuak Sayak ialah salah satu kuih tradisional Minangkabau yang unik kerana cara penyajiannya menggunakan tempurung kelapa sini kita sebut (sayak). Perkataan “mangkuak” bermaksud mencedok atau mengambil dengan senduk, manakala “sayak” ialah tempurung kelapa. So boleh cuba langsung masa panas lah, sebab dia memang nikmat di santap saat tu. Gabungan kedua-dua perkataan ini merujuk kepada kuih yang dimasak atau dibentuk di dalam tempurung kelapa, menjadikan aroma dan rasanya sangat istimewa.
Sumatera Barat memanglah salah satu tempat yang ramai pelancong datang sebab budaya dan keindaha alam yang memukau. Makanan pun tak kalah famous dan sedap jugak. Banyak Snek khas minangkabau yang boleh korang cuba kalau pergi kat Padang Bukittinggi. So bila you all ada plan nak bercuti kat Sumatera Barat , you can visid bmw2002tour.com untuk tengok berbagai pilihan pakej berbaloi lainnya.
We Guide You To Beauty
Penulis : Bunga Syukria


