Makan Bajamba: Tradisi Makan Bersama yang Penuh Makna di Minangkabau

Gambaran Makan Bajamba kat Minangkabau 

Bayangkan you all duduk bersila kat sebuah rumah kampung di Sumatera Barat. Kat tengah-tengah, terhidang satu talam besar berisi nasi panas dan lauk Minangkabau macam rendang, ayam gulai, ikan, sambal. Orang sekeliling senyum, suasana tenang, dan sebelum makan, semua tunduk berdoa bersama. Inilah yang orang Minangkabau panggil Makan Bajamba.

Dalam tiap perjalanan ke Sumatera Barat, ada pengalaman yang tak boleh didapat hanya dengan melihat pemandangan. Makan Bajamba ialah salah satunya. Tradisi ni ajak orang makan bersama dalam kumpulan kecil, biasanya tiga hingga tujuh orang, duduk melingkar dan berkongsi satu hidangan. Dari situ, rasa kebersamaan mula terasa.

Lelaki duduk bersila, perempuan bersimpuh. Tak ada yang duduk lebih tinggi, tak ada yang didahulukan kerana pangkat. Satu talam di tengah, semua ambil secukupnya. Tak gelojoh, tak berebut. Orang yang lebih tua atau yang dihormati dipersilakan dahulu, yang lain menunggu dengan penuh sopan.

Cara makan pun ada adabnya. Tangan kanan menyuap, tangan kiri menadah. Makan perlahan, berbual seadanya. Kadang-kadang diselangi pantun atau cerita lama orang kampung. Masa terasa berjalan perlahan, tapi hati rasa penuh.

Di situlah nilai Makan Bajamba tu. Ia bukan sekadar makan, tapi pelajaran tentang hormat-menghormati, timbang rasa, dan kebersamaan. Semua hidangan perlu dihabiskan bersama. Kalau ada lebih, dibahagi adil. Tak ada pembaziran, sebab rezeki itu dikongsi.

Tradisi ni biasanya hidup dalam kenduri, majlis perkahwinan, manjapuik marapulai, khatam, dan acara adat lain. Hingga hari ini, Makan Bajamba masih diamalkan dan diajarkan kepada generasi muda, supaya nilai-nilai ini tak hilang ditelan zaman.

With BMW 2002 Tour, perjalanan ke Sumatera Barat bukan hanya membawa you all melihat tempat cantik, tapi merasai sendiri kehidupan dan budaya orang Minangkabau. Makan Bajamba menjadi satu pengalaman sederhana, tapi penuh makna penggalaman yang susah dilupakan bila dah balik nanti.

 

WE GUIDE YOU TO BEAUTY

Penulis: Egie Aulia Rizky

Share This Post!

PT. Bukittinggi Minang Wisata 2002 Tour, more famous with brand name BMW 2002 Tour was established in 2002 in Bukittinggi.

Office Hours:

Mon – Sat: 08.00 AM – 17.00 PM,
Sunday: CLOSED

About Us

With a solid and professional team, we are committed to providing the best service. We offer Padang Bukittinggi – Pekanbaru Tour Packages, Transportation, MICE, Flight Tickets, and other services.

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

© 2025 PT Bukittinggi Minang Wisata | Developed with ❤️ by Jagoweb