MELANCONG SAMBIL KENAL TARI MINANGKABAU
Kalau you all travel kat Sumatera Barat, jangan hanya tengok gunung, sawah, dan rumah gadang je. Sebab Minangkabau ni, cerita dia bukan hanya pada tempat, tetapi juga pada gerak tubuh dan irama lewat tarian tradisional.
Berikut ni antara empat tarian tradisional Minangkabau yang ramai orang kenal dan selalu dipersembahkan.
- Tari Piring

Bila dengar bunyi piring berdenting, terus rasa jantung ikut berdegup. Tari Piring ni antara tarian paling terkenal dari Minangkabau. Gerakan dia laju, bertenaga, penuh semangat macam orang Minang tu sendiri.
Dulu, tarian ni dibuat sebagai tanda syukur selepas musim menuai je. Tetapi sekarang ni, Tari Piring sering dipersembahkan untuk hiburan dan sambutan, tapi rasa semangat dan kekuatannya masih sama. Bila tengok depan mata, akan buat you all terpegun.
2. Tari Pasambahan

Kalau Tari Piring penuh tenaga, Tari Pasambahan pula lembut dan penuh adab. Tarian ni biasanya dipersembahkan untuk menyambut tetamu seolah-olah berkata, “selamat datang, kami hormati kehadiran kamu.”
Gerakan dia perlahan, sopan, dan penuh makna. Inilah gambaran orang Minangkabau yang sangat menjaga adat ketibaan tetamu. Bila tengok Tari Pasambahan, you all bukan sekadar ditontonkan tarian je, tapi dapat rasakan disambut dengan hangat.
3. Tari Payung
Tari Payung ni lain sikit vibe dia. Lebih lembut, romantis, dan penuh rasa. Payung yang dibawa penari melambangkan perlindungan dan tanggung jawab, kisah tentang kasih sayang dan kehidupan berpasangan.
Biasanya ditarikan secara berdua, Tari Payung sering muncul dalam majlis perkahwinan atau acara adat. Tengok tarian ni, rasa tenang macam dengar cerita cinta orang dulu-dulu, sederhana tapi mendalam.
4. Tari Indang

Kalau yang ni pula, rasa kebersamaan dia kuat. Tari Indang ditarikan secara berkumpulan, duduk berbaris, dengan tepukan tangan dan syair yang berunsur keagamaan.
Tarian ni lahir dari surau dan tradisi dakwah. Gerakan dia kompak, serentak, menunjukkan betapa pentingnya kesatuan dan kebersamaan dalam masyarakat Minangkabau. Simple, tetapi penuh makna.
Dalam setiap tarian Minangkabau, ada cerita tentang kehidupan, tentang syukur, hormat, cinta, dan kebersamaan. Itulah yang membuat pengalaman travel jadi lebih dari sekadar jalan-jalan.
Bersama BMW 2002 Tour & Travel, perjalanan you all ke Sumatera Barat bukan hanya melihat keindahan alam je, tapi juga merasai denyut budaya yang masih hidup dan dijaga hingga hari ini.
Kerana Minangkabau bukan untuk dilihat sepintas lalu je, Ia untuk dirasai, difahami, dan dikenang
We Guide You To Beauty
Penulis: Egie Aulia Rizky


