4D3N PADANG BUKITTINGGI PACAKGE
DAY 01 : AIRPORT – PADANG CITY TOUR – BUKITTINGGI (-/MS/MM)
- Setibanya di Lapangan Terbang Antarbangsa Minangkabau, anda akan disambut dengan Welcome Scraf Songket sebagai cenderamata, serta berjumpa dengan wakil pelancong kami.
- Teruskan perjalanan ke Pantai Air Manis untuk melihat Patung Malin Kundang, anda juga boleh cuba aktiviti santai di kawasan pantai (Persendirian)
- Padang city tour melawat China Town, Jambatan Siti Nurbaya, Pantai Padang dan Masjid Raya Ahmad Khatib Al Minangkabawi.
- Makan tengah hari di restoran tempatan.
- Perjalanan dilanjutkan ke Bukittinggi melalui Puncak Kiambang, yang terkenal dengan seribu pokok kelapa.
- Melawat Pusat Dokumentasi & Informasi Kebudayaan Minangkabau (PDIKM).
- Singgah membeli-belah di Minang Kayo Souvenir yang terkenal dengan hasil kraftangan kulit.
- Berhenti sekejab di Pandai Sikek, kampung tradisional yang terkenal dengan seni tenunan dan ukiran kayu.
- Setibanya di Bukittinggi, makan malam disediakan di restoran tempatan.
- Check-in hotel.
DAY 02 : MINANGKABAU TOUR (S/MS/MM)
- Selepas sarapan, bertolak ke Payakumbuh untuk melawat Kampoeng Sarosah. Di sini anda boleh meneroka Lembah Harau dengan menaiki bentor (personal) sambil menikmati pemandangan bukit-bukau Harau yang memukau.
- Seterusnya melawat Industri Rumah Kiniko, terkenal dengan Pisang Salai dan proses pengisaran kopi tradisional.
- Makan tengah hari di restoran tempatan.
- Lawatan diteruskan ke Istana Pagaruyung dan Istana Silinduang Bulan.
- Kemudian menuju ke Perkampungan Pariangan, salah satu kampung tercantik di dunia.
- Makan malam di restoran tempatan.
- Kembali ke hotel.
DAY 03 : MANINJAU TOUR (S/MS/MM)
- Sarapan pagi dan check out hotel
- City tour di Bukittinggi, lawati Taman Panorama Lobang Jepang (Additional Pemandu Tempatan) dan Ngarai Sianok, atau melawat Taman Panorama Baru (Pilih salah satu destinasi).
- Teruskan perjalanan ke Tasik Maninjau melalui Nagari Sungai Landia, singgah untuk bergambar di Puncak Lawang atau Muzium Buya Hamka (Pilih salah satu destinasi).
- Melawat Kampung Lawang untuk melihat proses pembuatan Gula Melaka menggunakan tenaga kerbau.
- Makan tengah hari di restoran tempatan.
- Kembali ke Bukittinggi untuk free program membeli-belah di Jam Gadang & Pasar Atas.
- Balik ke hotel.
- Makan malam di restoran tempatan.
DAY 4 : BUKITTINGGI – AIRPORT (S/MS/-)
- Sarapan pagi dan check out hotel
- Singgah melihat proses pembuatan Kuih Bika Koto Baru (Kuih Lempeng Neraka).
- Singgah sebentar di Air Terjun Lembah Anai.
- Transfer out ke Lapangan Terbang Antarbangsa untuk penerbangan pulang atau ke destinasi seterusnya.