3D2N MANDEH ISLAND BUKITTINGGI
Day 01: AIRPORT – SIRANDAH ISLAND (-/MT/MM)
- Setibanya di Lapangan Terbang Antarbangsa Minangkabau, anda akan disambut dengan Welcome Scraf Songket sebagai cenderamata, serta berjumpa dengan wakil pelancong kami.
- Persiapan Bahari Tour ke Teluk Mandeh.
- Tiba di Dermaga Carocok dan memulakan perjalanan ke kawasan Mandeh.
- Melawat Pulau Sironjong Gadang.
- Melawat Pulau Sironjong Ketek, aktiviti air termasuk Cliff Jumping, Snorkeling, dan Berenang.
- Melalui Hutan Bakau ke Kampung Kapo Kapo, terkenal dengan pantainya yang cantik.
- Melawat Pulau Soetan, aktiviti air termasuk Banana Boat dan Jet Ski (pilihan tambahan).
- Seterusnya ke Sungai Gemuruh untuk aktiviti mandi di sungai air tawar yang jernih.
- Kembali melalui Hutan Bakau ke Dermaga Carocok Tarusan, kemudian bertolak balik ke Padang.
- Makan malam di restoran tempatan di Padang.
Day 02: LONG TRIP MINANGKABAU (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi dan check out hotel.
- Kemudian menuju Batusangkar, Photo stop di Air Terjun Lembah Anai, yang terletak di sepanjang laluan Padang – Bukittinggi, sambil menikmati udara segar.
- Melawat ke Desa Pariangan, salah satu kampung tercantik di dunia.
- Makan tengah hari di restoran tempatan.
- Selanjutnya melawat Istana Basa Pagaruyung dan Istana Silinduang Bulan.
- Menuju Industri Rumah Tempatan Kiniko, yang terkenal dengan Pisang Salai dan proses penggilingan kopi tradisional.
- Perjalanan di teruskan ke Bukittinggi, makan malam di restoran tempatan.
- Check in hotel.
Day 3: BUKITTINGGI CITY TOUR – AIRPORT (SP/-/-)
- Sarapan pagi dan check out hotel.
- City tour di Bukittinggi, lawati Taman Panorama Lobang Jepang (Additional Pemandu Tempatan) dan Ngarai Sianok, atau melawat Taman Panorama Baru (Pilih salah satu destinasi).
- Free program shopping di Jam Gadang dan Pasar Atas Area.
- Transfer out ke Lapangan Terbang Antarbangsa untuk penerbangan pulang atau ke destinasi seterusnya.