SATE PADANG KULINER KHAS MINANGKABAU

Siape yang sudah pernah merasai Sate Padang?

Sate Padang terkenal dengan kuahnya yang pekat, padu, dan penuh rasa sampai sekali cuba memang terus jatuh cinta. Dari jauh pun dah boleh tau bau rempah dia. Sate ni bukan sekadar daging dicucuk dan dibakar, tapi ada cerita panjang di sebalik rasanya.

Biasanya sate Padang guna daging lembu atau lidah lembu yang direbus lama dengan pelbagai rempah. Lepas tu baru dicucuk dan dibakar sekejap atas bara api, cukup bagi aroma hangus-hangus manja tu naik. Tapi yang buat orang ingat sampai bila-bila, mestilah kuah dia. Kuah kuning pekat, pedas sederhana, dan lemak berempah, bila kena dengan sate panas-panas memang ngam.

Makan pula dengan ketupat atau lontong, tambah sikit bawang goreng dan cili kisar. Sekali suap, rasa dia ada pedas, ada lemak, ada rempah yang kuat tapi tak menyakitkan lidah. Tak hairanlah Sate Padang ni bukan je popular di Sumatera, tapi sampai ke Malaysia pun ramai yang cari.

Bagi orang Minangkabau, sate Padang ni bukan sekadar makanan. Ia selalu jadi hidangan bila ada kenduri, majlis keluarga, atau sekadar lepak petang-petang. Setiap gerai pula ada versi kuah masing-masing, jadi rasa dia memang tak pernah sama

Sate Padang ni bukan jenis makan sekali lepas tu lupa. Dia jenis yang buat orang rindu, buat orang sanggup pusing jauh semata-mata nak rasa kuah dia yang ‘waw’. Kalau belum pernah cuba, memang rugi besar.

So tampak sedap kan?  korang boleh rasa sate ni dengan ambik pakej tour Padang Bukittinggi dengan BMW 2002 Tour and Travel.

 

We Guide You To Beauty   

Penulis: Chindy Amelia

 

Share This Post!

PT. Bukittinggi Minang Wisata 2002 Tour, more famous with brand name BMW 2002 Tour was established in 2002 in Bukittinggi.

Office Hours:

Mon – Sat: 08.00 AM – 17.00 PM,
Sunday: CLOSED

About Us

With a solid and professional team, we are committed to providing the best service. We offer Padang Bukittinggi – Pekanbaru Tour Packages, Transportation, MICE, Flight Tickets, and other services.

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

© 2025 PT Bukittinggi Minang Wisata | Developed with ❤️ by Jagoweb