
Kalau korang plan nak bercuti ke Bukittinggi, jangan setakat singgah untuk bergambar je. Ada satu tempat yang bukan saja ikonik, tapi penuh cerita sejarah yang buat kita rasa lain macam bila jejak kaki ke dalamnya inilah Lobang Jepun Bukittinggi.
- Tempat Sejarah Yang Betul-Betul Real
Lobang Jepun ni dibina sekitar zaman pendudukan Jepun (1942–1945). Terowong bawah tanah sepanjang ratusan meter ni dulunya digunakan sebagai kubu pertahanan, tempat simpanan logistik dan laluan perlindungan askar Jepun. Bila masuk ke dalam, suasana redup dan lorong sempit dia terus buat kita terbayang kehidupan zaman perang dulu. Bukan cerita dalam buku je ini tinggalan sebenar yang masih kukuh sampai hari ni.
- Pengalaman Masuk Terowong Bawah Tanah
Bukan setiap hari kita dapat rasa berjalan dalam terowong sejarah. Suhu dalamnya sejuk, pencahayaan malap, dan setiap sudut ada fungsi tersendiri seperti bilik tahanan, bilik mesyuarat dan ruang rehat tentera. Memang pengalaman yang lain dari yang lain, terutama kalau datang dengan kawan-kawan atau family.
- Lokasi Strategik & Mudah Singgah
Lobang Jepun terletak dekat kawasan Taman Panorama, tak jauh dari Jam Gadang. Jadi lepas pusing bandar, makan, atau shopping, korang boleh terus singgah sini. Tak perlu keluar jauh dari pusat bandar pun.
- Spot Bergambar Yang Rare
Walaupun terkenal dengan sejarahnya, tempat ni pun ada sudut-sudut menarik untuk ambil gambar. Laluan masuk yang unik, tangga menurun ke bawah tanah, dan panorama sekitar kawasan Taman Panorama memang cantik untuk dijadikan kenangan trip korang.
- Cuti Bukan Sekadar Jalan-Jalan
Kadang-kadang kita bercuti nak tenangkan fikiran. Tapi bila dapat selit sedikit ilmu sejarah dalam trip, rasa percutian tu jadi lebih bermakna. Kita bukan saja datang untuk enjoy view, tapi juga faham sedikit kisah yang pernah berlaku di tanah Minangkabau ni.
Nak lagi senang? Korang boleh terus ambil pakej tour dengan BMW 2002 Tour dan rasakan sendiri pengalaman bercuti secara langsung di destinasi best yang satu ni. Korang tinggal datang, enjoy trip, dan cipta kenangan tanpa pening fikir detail.
So, bila nak turun jejak sejarah kat sini?
WE GUIDE YOU TO BEAUTY


