RANGKIANG : SIMBOL KESEJAHTERAAN RUMAH GADANG

Rumah gadang yang kecik ni ape ye? Yang kecil bertiang, beratap runcing macam Rumah Gadang juga tu, haa nama dia Rangkiang. Ramai sangka itu hiasan je, padahal rangkiang tu ialah lumbung padi tradisional masyarakat Minangkabau yang penuh makna. Rangkiang melambangkan ketahanan pangan, kesejahteraan, dan jiwa sosial orang Minang yang sentiasa berfikir jauh ke depan.

Rangkiang dibina sebagai tempat menyimpan hasil padi, benih, dan bekalan makanan keluarga. Bentuknya kecil tapi fungsinya besar. Atap dia bergonjong, macam Rumah Gadang, seolah-olah menunjukkan bahawa rangkiang adalah “pasangan” kepada rumah utama. Kalau Rumah Gadang tempat berlindung keluarga, rangkiang pula tempat menyimpan rezeki dan harapan untuk masa depan.

Menariknya, rangkiang ada empat jenis utama berdasarkan kegunaannya:

  1. Rangkiang Si Tinjau Lauik, biasanya terletak di tengah. Padi yang disimpan kat sini digunakan untuk membeli barang keperluan yang tidak boleh dibuat sendiri, seperti kain, besi, atau keperluan lain. Ia melambangkan hubungan orang Minang dengandunia luar dan kebijaksanaan dalam mengurus ekonomi.
  2. Rangkiang Si Bayau-bayau, yang berbentuk lebih gemuk dan terletak di sebelah kanan. Inilah tempat simpan padi untuk kegunaan harian. Dari sinilah beras diambil untuk memasak dan makan seisi keluarga. Ia melambangkan rezeki yang mengalir setiap hari.
  3. Rangkiang Si Tangguang Lapa, berbentuk lebih sederhana dan berfungsi sebagai simpanan kecemasan. Padi di sini hanya digunakan ketika musim paceklik atau waktu susah. Ia jadi simbol persediaan dan kebijaksanaan menghadapi masa depan yang tidak menentu.
  4. Rangkiang Kaciak (kecil), biasanya tidak bergonjong. Fungsinya untuk menyimpan benih padi dan kos mengerjakan sawah pada musim berikutnya. Ini melambangkan kesinambungan hidup, supaya pertanian tidak terhenti dan rezeki terus berputar.

Jadi, rangkiang bukan sekadar tempat menyimpan padi. Ia adalah simbol kearifan lokal orang Minangkabau dalam mengurus makanan, ekonomi, dan kebajikan keluarga. Dari rangkiang, kita belajar tentang berjimat, berpada-pada, saling membantu, dan sentiasa bersedia untuk hari esok.

Kalau korang nak berkunjung ke Sumatera Barat wajiblah tengok rangkiang kat halaman Rumah Gadang ni. With BMW 2002 tour, kita akan bawa Korang rasai langsung keindahan budaya Minangkabau.

WE GUIDE YOU TO BEAUTY

Penulis : Egie Aulia Rizky

 

Share This Post!

PT. Bukittinggi Minang Wisata 2002 Tour, more famous with brand name BMW 2002 Tour was established in 2002 in Bukittinggi.

Office Hours:

Mon – Sat: 08.00 AM – 17.00 PM,
Sunday: CLOSED

About Us

With a solid and professional team, we are committed to providing the best service. We offer Padang Bukittinggi – Pekanbaru Tour Packages, Transportation, MICE, Flight Tickets, and other services.

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

© 2025 PT Bukittinggi Minang Wisata | Developed with ❤️ by Jagoweb