”MARTABAK KUBANG”
STREET FOOD SIMPLE TAPI RASA KAYANGAN

Kalau sebut pasal Street food, memang tak sah kalau tak masuk dalam list makanan yang simple tapi padu. salah satu yang makin ramai orang cari sekarang ni Martabak Kubang. Nampak macam biasa je, tapi siapa yang dah pernah rasa, mesti tahu dia punya ”power” tu macam mana.
Martabak Kubang ni sebenarnya bukanlah benda baru, tapi populariti dia makin naik sebab orang dah mula sedar keunikan rasa dia. Berasal dari kawasan Kubang, dia punya identiti tersendiri yang buat dia lain dari martabak yang kita selalu jumpa kat bazar atau tepi jalan.
Dari segi rupa, memang tak nampak fancy pun. Kulit dia tipis, digoreng sampai bewarna keemasan dengan inti daging cincang, telur, bawang dan kadang – kadang daun bawang. Tapi jangan tertipu dengan rupa dia yang simple tu bila dah digigit, terus faham kenapa ramai yang sanggup beratur semata-mata nak beli.
Yang buat makanan lezat satu ni banyak digemari salah satunya sebab keseimbangan rasa dia. Doh dia tidak terlalu tebal macam sesetengah martabak lain, jadi bila makan tak rasa muak. Inti dia pula cukup rasa rempah yang meresap elok, tak terlalu kuat tapi cukup bagi ”kick” yang buat lidah rasa puas.
Proses masak dia pun ada seni dia sendiri. Adunan doh ditebar nipis, kemudian inti dimasukkan, lipat kemas-kemas, lepas tu goreng atas kuali leper dengan minyak secukupnya. Bunyi dia masa tengah goreng tu pun dah buat perut berkeroncong ”sssshh” tanda nak siap makan sedap.
Lagi best ialah, kalau makan masa panas- panas sebab kulit luar rangup, dalam pula lembut dan berjus. Bila cicah dengan kuah kari atau sos cili, memang terus naik level rasa dia. Ada juga orang suka makan dengan acar timun bagi tambahrasa segar memang ngam abis.
Selain daripada rasa, harga juga jadi salah satu sebab kenapa makanan ni jadi kegemaran ramai. Dengan harga yang berpatutan, korang boleh dapat makanan yang mengenyangkan. Tak kira student, pekerja, atau keluarga, semua boleh enjoy tanpa rasa terbeban.
Menariknya, sekarang dah mula ada divariasikan ikut selera semasa. Ada yang tambah cheese, ada yang buat versi ayam, sampai yang buat saiz mini untuk senang makan. Tapi walau macam mana pun versi dia, yang original tetap jadi pilihan ramai sebab rasa yang klasik memang sussah nak lawan.
Bagi sesetengah orang, makan martabak kubang bukan sekadar isi perut je, tetapi juga satu pengalaman. Bau dia yang harum, bunyi gorengan, suasana beli kat gerai tepi jalan semua tu bagi vibe yang susah nak dapat dari makanan lain.
Pendek kata, martabak kubang ni bukti jelas yang street food tak perlu fancy untuk dapat yang sedap. kadang – kadang yang paling simple tu lah yang paling ”kena” di hati. Kalau korang belum pernah cuba lagi, memang rugi besar. Sekali rasa, memang confirm akan repeat lagi. Jom ambil percutian with BMW 2002 Tour untul rasai pengalaman sebenarnya.
WE GUIDE YOU TO BEAUTY
Penulis : Muhammad Rafi

