SAWAH LUNTO SEBAGAI JEJAK SEJARAH PERLOMBONGAN YANG SALING BERKAIT DALAM SEBUAH BANDAR

Salah satu pusat utama dalam sistem ini ialah Lubang Mbah Soero, sebuah lombong bawah tanah yang jadi simbol eksploitasi serta sejarah pahit kat bandar ni. Lombong ni bukan sahaja berfungsi sebagai tempat pengeluaran arang batu, tapi juga jadi lokasi kerja paksa bagi tahanan yang dibawa dari pelbagai daerah di Nusantara. Mereka dikenali sebagai “orang rantai” kerana bekerja dalam keadaan berantai. Arang batu yang dihasilkan dari sini kemudiannya menjadi komoditi utama yang perlu dihantar ke luar kawasan.

Bagi tujuan pengangkutan, pihak Belanda membina rangkaian kereta api yang berhubung dengan Museum Kereta Api Sawahlunto, yang dahulunya aktif. Dari sinilah arang batu dihantar ke pelabuhan seperti Emmahaven, yang kini dikenali sebagai Pelabuhan Teluk Bayur. Laluan kereta api ni menjadi nadi utama yang menghubungkan kawasan lombong dengan dunia luar, sekaligus menjadikan Sawahlunto sebagai pusat industri penting pada ketika itu.

Selain lombong dan sistem pengangkutan, pelbagai kemudahan sokongan turut dibina seperti rumah pekerja, Antaranya ialah Museum Goedang Ransoem yang dahulunya berfungsi sebagai dapur umum berskala besar untuk menyediakan makanan kepada ribuan pekerja setiap hari. Semua ini tunjukkan bahawa Sawahlunto bukan sekadar kawasan perlombongan, tapi sebuah sistem kehidupan yang lengkap dan terancang.

Seiring berlalunya masa dan berkurangnya aktiviti perlombongan, Sawahlunto mula berubah fungsi. Namun, warisan sejarah yang saling berkait ini masih dipelihara dengan baik. Pada tahun 2019, kawasan ini diiktiraf oleh UNESCO sebagai “Ombilin Coal Mining Heritage of Sawahlunto”. Pengiktirafan ini membuktikan bahawa keseluruhan sistem daripada lombong, pengangkutan hingga ke pelabuhan merupakan satu kesatuan sejarah yang penting di peringkat dunia.

Saat ni, Sawahlunto dikenali sebagai destinasi pelancongan berasaskan sejarah yang unik. Para pelancong bukan sahaja dapat melihat bangunan lama, malah dapat memahami bagaimana setiap elemen di bandar ni saling berkaitan dalam membentuk sebuah sistem perlombongan yang pernah berkembang pesat. So kalau korang nak pelajari sendiri sejarahnya, jom PM BMW 2002 Tour now

 

WE GUIDE YOU TO BEAUTY

Penulis : Egie Aulia Rizky

Share This Post!

PT. Bukittinggi Minang Wisata 2002 Tour, more famous with brand name BMW 2002 Tour was established in 2002 in Bukittinggi.

Office Hours:

Mon – Sat: 08.00 AM – 17.00 PM,
Sunday: CLOSED

About Us

With a solid and professional team, we are committed to providing the best service. We offer Padang Bukittinggi – Pekanbaru Tour Packages, Transportation, MICE, Flight Tickets, and other services.

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

© 2025 PT Bukittinggi Minang Wisata | Developed with ❤️ by Jagoweb