PUSAT DOKUMENTASI INFORMASI KEBUDAYAAN MINANGKABAU : TEMPAT KENAL LEBIH DEKAT BUDAYA MINANGKABAU

Kalau nak faham Minangkabau betul betul, rasanya tak cukup kalau sekadar tengok makanan atau pakaian adat saja. Ada satu tempat yang memang sesuai untuk kenal lebih dalam, iaitu PDIKM. Nama penuhnya memang panjang (Pusat Dokumentasi Informasi Kebudayaan Minangkabau), tapi orang biasa panggil ringkas saja.
Tempat ni terletak di Padang Panjang, kawasan yang terkenal dengan udara sejuk dan suasana yang tenang. Dari luar lagi sudah nampak bangunannya unik, ikut bentuk rumah gadang dengan bumbung yang melengkung ke atas. Sekali pandang, sudah terasa Minang dia.
Bila masuk ke dalam, suasana dia agak berbeda daripada tempat pelancongan biasa. Tak bising, tak sesak, lebih kepada tenang. Memang sesuai kalau nak pusing pusing sambil tengok satu per satu benda yang dipamerkan.
Dalam bangunan ni, banyak benda tentang Minangkabau yang disimpan dan dipamerkan. Ada pakaian adat lama, alat muzik tradisional, ukiran kayu, sampai ke barang harian orang dulu. Selain itu, ada juga gambar gambar lama dan dokumen yang ceritakan kehidupan masyarakat Minangkabau dari zaman dahulu sampai sekarang.
Yang menarik, setiap benda tu bukan sekadar untuk dilihat. Kalau diperhatikan betul betul, semua ada cerita di sebaliknya. Dari pakaian sampai ke alat muzik, semuanya ada kaitan dengan adat dan cara hidup orang Minang.
Kadang bila tengok benda benda lama macam ni, terasa lain sikit. Macam boleh bayangkan bagaimana orang dulu hidup, bagaimana mereka jaga adat, dan macam mana budaya itu masih kekal sampai hari ini.
destinasi yang satu ni memang sesuai untuk siapa saja. Kalau datang dengan kawan, boleh pusing pusing sama sama sambil berbual. Kalau datang sendiri pun tak jadi masalah, sebab suasana dia tenang. Malah ada yang suka duduk lama sikit, ambil masa untuk tengok semua dengan santai.
Selain dalam bangunan, kawasan sekeliling pun cantik. Udara di Padang Panjang yang sejuk buatkan suasana lagi nyaman. Kadang lepas habis pusing dalam, boleh duduk sekejap di luar, ambil angin, sambil tengok sekeliling.
Tempat macam ni mungkin tak terlalu ramai orang cari, tapi sebenarnya cukup bermakna. Lagi lagi kalau jenis yang suka budaya dan sejarah, memang boleh habiskan masa lama di sini tanpa sedar.
Kadang dari tempat macam ni juga kita mula faham bahwa Minangkabau bukan sekadar pada apa yang kita nampak di luar. Ada banyak cerita, nilai, dan cara hidup yang masih dijaga sampai sekarang.
Kalau korang nak kenal budaya Minangkabau dengan lebih dekat, memang rugi kalau tak singgah ke PDIKM. Sebab banyak benda bersejarah dan history yang boleh kamu dapatkan semasa datang tempat ni.
Lagi mudah kalau korang ikut pakej bersama BMW 2002 Tour, semua perjalanan dah diatur dari awal. Korang tinggal duduk, datang, jalan santai, dan nikmati sendiri pengalaman melihat budaya Minang secara lebih dekat. Kadang sekali datang saja sudah cukup buat kita rasa nak datang lagi.
WE GUIDE YOU TO BEAUTY
Penulis : Chindy Amelia


