PASAR AUR KUNING BUKITTINGGI : SPOT WAJIB DALAM ITINERARY SHOPPING TOUR

Kalau sebut Bukittinggi, ramai orang terus terbayang Jam Gadang dan panorama alamnya. Tapi untuk kaki shopping, ada satu tempat yang memang tak boleh ditinggalkan iaitu Pasar Aur Kuning. Inilah pusat borong terbesar di Bukittinggi yang selalu masuk dalam itinerary shopping tour, terutamanya untuk pelancong Malaysia dan rombongan kumpulan.

Pasar Aur Kuning terkenal sebagai syurga borong pakaian, kain ela, telekung, tudung, baju kanak-kanak, sehinggalah seluar jeans dan jaket musim sejuk. Pilihannya memang banyak, daripada harga bajet hingga kualiti premium pun ada. Lebih menarik, bila beli dalam kuantiti banyak, harga masih boleh dirunding. Sebab itu ramai peniaga datang ke sini untuk mengambil stok.

Suasana di sini memang meriah. Deretan kedai bersambung-sambung, kiri dan kanan penuh dengan paparan pakaian berwarna-warni. Kalau datang pada waktu pagi, suasananya lebih selesa untuk memilih barang. Namun jika datang tengah hari pun tetap meriah, cuma perlu lebih sabar kerana pengunjung memang ramai.

Selain pakaian, terdapat juga jualan beg, kasut, aksesori dan pelbagai barangan lain. Pendek kata, kalau masuk dengan niat “tengok-tengok dulu”, selalunya akan keluar dengan plastik penuh di tangan. Shopping di sini memang susah nak berhenti.

Sebab itu Pasar Aur Kuning sering menjadi highlight dalam pakej 3D2N atau 4D3N Padang Bukittinggi. Selepas berjalan-jalan menikmati alam Sumatra Barat dan mengambil gambar cantik, tiba masanya untuk borong pula. Lengkaplah perjalanan, ada pengalaman, ada kenangan dan ada buah tangan untuk dibawa pulang.

Kalau korang jenis suka shopping dan nak rasa pengalaman borong terus dari pusatnya, Pasar Aur Kuning memang wajib masuk dalam senarai. Datang kosong, balik penuh beg — itu perkara biasa.

Nak trip yang lebih mudah dan terurus? Serahkan sahaja pada BMW 20002 Tour, sebab kita sedia pakej lengkap termasuk sesi shopping di pasar aur kuning. Hotel selesa, transport dan guide berpengalaman. Korang hanya perlu datang, enjoy dan fokus borong sahaja. Jom pilih pakej yang sesuai dan tetapkan tarikh sekarang, next trip giliran korang pula shopping kat Bukittinggi. 

Baca juga :

https://www.bmw2002tour.com/wp-content/uploads/2026/02/paskul.jpg
https://www.bmw2002tour.com/wp-content/uploads/2026/02/Takjil-1.jpg

WE GUIDE YOU TO BEAUTY

 

Penulis : Bunga Syukria

Share This Post!

Posts for You

  • All Posts
  • Culinary
  • Destinasi Pelancongan
  • Fun fact Warisan dan Budaya Minangkabau
  • Sejarah Minangkabau
  • Tips and Trik Bercuti
  • Tradisi dan Atraksi Budaya

Category

Tags

Know More About Us

BMW 2002 Tour is a tour agency based in Sumatera Barat, Indonesia

PT. Bukittinggi Minang Wisata 2002 Tour, more famous with brand name BMW 2002 Tour was established in 2002 in Bukittinggi.

Office Hours:

Mon – Sat: 08.00 AM – 17.00 PM,
Sunday: CLOSED

About Us

With a solid and professional team, we are committed to providing the best service. We offer Padang Bukittinggi – Pekanbaru Tour Packages, Transportation, MICE, Flight Tickets, and other services.

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

© 2025 PT Bukittinggi Minang Wisata | Developed with ❤️ by Jagoweb