Menanti Puncak Perayaan Jam Gadang Detak Jantung Ibukota yang Bertabur Event Internasional

Bulan June 2026 ini akan menjadi sejarah baharu yang paling gemilang bagi pelancongan di Sumatera Barat. Ikon kebanggaan Ranah Minang, Jam Gadang yang berdiri megah di pusat Bandar Bukittinggi, secara rasminya mencecah usia 100 tahun alias Satu Abad sejak mula dibina pada tahun 1926 yang lalu.

Bagi meraikan detik istimewa sekali seumur hidup ini, Pemerintah Bandar Bukittinggi mengadakan sambutan besar-besaran bertemakan “Jam Gadang, Detak Jantung Ibukota” yang akan berlangsung hampir sebulan suntuk, bermula dari 3 hingga 21 June 2026.

Sambutan seabad in akan menyajikan puluhan acara bertaraf nasional dan antarabangsa yang sedia membawa keindahan budaya Minangkabau ke pentas dunia.

 

Rangkaian Acara Antarabangsa dan Budaya Sepanjang June 2026 

Bagi anda yang sedang merancang percutian ke Bukittinggi pada bulan ini, anda memang sangat bertuah. Jalanan kota bukan sahaja akan dipenuhi oleh pelancong tempatan, malah delegasi daripada 38 negara sahabat yang ikut serta dalam festival ini.

Berikut adalah antara rangkaian acara utama perayaan 100 tahun Jam Gadang : 

  • International Minangkabau Literacy Festival (IMLF-4) (3–7 Jun 2026): Sebagai acara pembuka tirai, festival ini menghimpunkan ratusan seniman dan penulis dunia. Selain pameran buku antarabangsa, dataran Jam Gadang dan Pasa Ateh akan dimeriahkan dengan bazar produk UMKM kreatif yang cukup unik.
  • Parade Budaya 1.000 Wanita Berpakaian Adat: Bersedialah untuk terpukau dengan keindahan visual apabila ribuan wanita Minang berjalan anggun memenuhi jalan utama Bukittinggi, menggayakan Baju Kuruang lengkap dengan hiasan Tanduak dan Suntiang yang berkilauan.
  • Aksi Kaligrafi Kontemporari Gergasi: Saksikan sendiri pembuatan kaligrafi sepanjang 100 meter yang akan dilukis secara live tepat di bawah menara Jam Gadang oleh seniman antarabangsa.
  • Jam Gadang Fun Run 2026 (7 Jun 2026): Acara larian santai 5K yang melalui laluan ikonik sekitar Bukittinggi, disertai oleh pelari nasional, tokoh masyarakat, sehinggalah beberapa Duta Besar negara luar.
  • Pesta Kuliner Tradisional Percuma (21 Jun 2026): Sebagai hadiah penutup buat masyarakat dan pelancong, Pemko Bukittinggi akan menghidangkan sarapan tradisional secara percuma yang menyasarkan 20.000 orang di sekitar kawasan Jam Gadang. Jangan sampai terlepas!

 

Tips Menikmati Kemeriahan Sambutan Jam Gadang Tanpa Pening Kepala

Memandangkan puluhan ribu pengunjung dan ratusan delegasi antarabangsa bakal membanjiri Bukittinggi, ada beberapa perkara realistik yang perlu anda jangkakan: jalanan kota diramal akan sangat padat, lencongan jalan akan dilakukan, dan bilik hotel di sekitar pusat bandar akan menjadi sangat terhad (fully booked).

Supaya percutian anda tetap tenang dan gembira, ikuti tips mudah ini:

  1. Tempah Tiket Pesawat Lebih Awal: Memandangkan Jun 2026 adalah bulan kemuncak acara antarabangsa, permintaan tiket penerbangan ke Padang (KLIA ke BIM) pasti melonjak tinggi. Tempah tiket anda dari sekarang untuk mendapatkan harga terbaik sebelum ia melambung naik atau kehabisan slot. 
  2. Gunakan Jasa Tour Tempatan: Memandu sendiri di tengah kesesakan Bukittinggi ketika acara besar boleh memakan tenaga. Menggunakan perkhidmatan agent pelancongan tempatan amat membantu kerana mereka lebih tahu jalan laluan alternatif dan lokasi tempat letak kereta yang betul.
  3. Datang Lebih Awal ke Lokasi: Jika anda mahu menonton persembahan seni malam atau perarakan busana, pastikan anda sudah berada di sekitar kawasan pedestrian beberapa jam sebelum acara bermula untuk cop spot foto terbaik.  

Meraikan satu abad Jam Gadang adalah momen langka yang mungkin tidak akan berulang lagi dalam seumur hidup kita. Jadi, pastikan perjalanan anda ke Bukittinggi sepanjang Jun 2026 ini berjalan dengan sempurna tanpa sebarang masalah.

Agar anda boleh fokus menikmati kemeriahan festival dan bergambar sakan, serahkan urusan penginapan dan pengangkutan anda kepada BMW 2002 Tour.

Kami menyediakan pakej tour khas edisi Sambutan Jam Gadang yang telah dirancang dengan mudah dan selesa lengkap dengan pengangkutan, penginapan terbaik, serta driver dan guide berpengalaman yang sedia membawa anda melalui laluan terbaik bebas kesesakan trafik.

Jangan sampai kehabisan slot hotel dan kenderaan pada bulan yang sibuk ini! Hubungi BMW 2002 Tour sekarang juga dan tempah perjalanan bersejarah anda di Ranah Minang!

We Guide You To Beauty

Penulis : Nabila Rezki Syaputri

Share This Post!

Posts for You

  • All Posts
  • Culinary
  • Destinasi Pelancongan
  • Fun fact Warisan dan Budaya Minangkabau
  • Sejarah Minangkabau
  • Tips and Trik Bercuti
  • Tradisi dan Atraksi Budaya

Category

Tags

Know More About Us

BMW 2002 Tour is a tour agency based in Sumatera Barat, Indonesia

PT. Bukittinggi Minang Wisata 2002 Tour, more famous with brand name BMW 2002 Tour was established in 2002 in Bukittinggi.

Office Hours:

Mon – Sat: 08.00 AM – 17.00 PM,
Sunday: CLOSED

About Us

With a solid and professional team, we are committed to providing the best service. We offer Padang Bukittinggi – Pekanbaru Tour Packages, Transportation, MICE, Flight Tickets, and other services.

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

© 2025 PT Bukittinggi Minang Wisata | Developed with ❤️ by Jagoweb