
Korang semua tau tak Bukittinggi ni asalnya bermula dari sebuah kawasan di atas bukit yang dulu jadi tempat orang ramai berniaga. Sebab kedudukannya yang tinggi dan strategik, tempat ni makin lama makin berkembang sampai akhirnya dikenali sebagai Bukittinggi. Dari situlah bermula sejarah sebuah bandar yang penuh cerita dan warisan.
Bukittinggi ni asalnya dari Nagari Kurai, yang dulu jadi pusat perdagangan atau pakan di dataran tinggi Minangkabau. Sebab tempatnya strategik, orang Belanda bina kubu pertahanan yang dipanggil Fort de Kock pada tahun 1825 untuk lawan Kaum Padri. Lepas tu, kawasan ni juga dijadikan ibu kota residensi.
Nama Bukittinggi pula datang daripada keadaan geografinya, iaitu kawasan bukit yang tinggi. Bila Indonesia dah merdeka, nama Belanda dibuang dan Bukittinggi terus jadi bandar sendiri. Bandar ni juga dikenali dengan gelaran “Paris van Sumatra”.
Nah Korang mesti belum tau kan, Bukittinggi ni juga punya perkembangan sejarah juga yang terbagi menjadi empat bagian yaitu:
- Awal mula:Kawasan ni asalnya dikenali sebagai Nagari Kurai, sebuah perkampungan dan pasar (pakan) di dataran tinggi Luhak Agam, yang jadi pusat perdagangan orang tempatan.
- Masa kolonial Belanda: Orang Belanda bina benteng pertahanan Fort de Kock pada tahun 1825 di salah satu bukit untuk lawan Kaum Padri.
Bandar ni kemudian dijadikan ibu kota residensi Belanda yang dikenali sebagai Padangsche Bovenlanden, dan juga tempat rehat pegawai-pegawai Belanda.
Belanda turut bina sebuah pasar besar yang dipanggil Loih Galuang (Loods).
- Masa pendudukan Jepang: Bandar ni pernah dinamakan Bukittinggi Shi Yaku Sho, dan dijadikan markas tentera Jepun untuk seluruh Sumatra.
- Masa kemerdekaan: Lepas proklamasi, Bukittinggi pernah jadi ibu kota Pemerintahan Darurat Republik Indonesia (PDRI) pada tahun 1948–1949, masa Yogyakarta diduduki oleh Belanda.
Nama Fort de Kock kemudian ditukar menjadi Bukittinggi pada tahun 1949, sebagai lambang identiti tempatan bandar ni.
Nama Bukittinggi ni juga mempunyai makna mendalam, mesti Korang semua tak tau kan.
- Secara ringkasnya, maksud Bukittinggi tu ialah “bukit yang tinggi”, sesuai dengan keadaan kawasannya yang terletak di kawasan berbukit pada ketinggian sekitar 909–941 meter dari paras laut, dengan cuaca yang sejuk.
- Nama ni sebenarnya dah digunakan oleh orang tempatan sejak dulu lagi, lama sebelum Belanda tukar namanya jadi Fort de Kock. Ia Cuma gelaran untuk kawasan Nagari Kurai yang terletak di kawasan perbukitan.
Kesimpulannya, Bukittinggi bukan sekadar sebuah bandar di atas bukit, tapi saksi perjalanan sejarah panjang dari zaman nagari, penjajahan, hingga perjuangan kemerdekaan. Semua kisah ni membentuk identiti Bukittinggi yang kita kenal hari ni.Macam mana, korang semua dah faham ke asal usul Bukittinggi?
WE GUIDE YOU TO BEAUTY
Penulis: Muhammad Rafi


