Kalau sebut masakan Minangkabau, ramai terus ingat rendang atau dendeng. Tapi sebenarnya ada satu lauk yang tak kurang istimewa, cuma tak semua orang berani cuba gulai tambunsu ni. Pertama kali tengok memang ada yang rasa ragu-ragu. Bentuknya lain sikit daripada lauk biasa. Tambunsu ni sebenarnya usus lembu yang dibersihkan betul-betul, kemudian diisi dengan campuran telur dan tahu yang sudah dihancurkan. Ada juga yang tambah daun bawang atau sedikit lada supaya rasa dia lagi naik. Lepas siap isi, ia direbus dulu sampai isi dalam tu padat dan tak pecah. Yang buat dia lagi menarik tentu saja kuah gulai dia. Kuahnya pekat, warna kuning keemasan campur merah sikit sebab cili. Bau santan dan rempah memang kuat, dari jauh pun sudah boleh rasa harum dia. Rempah yang digunakan tak jauh beda dengan gulai Minang lain, kunyit, lengkuas, serai, cili giling, tapi bila bersatu dengan tambunsu, rasa dia jadi lain macam. Bila dipotong dan dihidangkan, bahagian dalam nampak padat dan lembut. Tekstur dia unik luar sedikit kenyal, dalam lembut berlemak. Makan dengan nasi panas memang ngam. Lagi sedap kalau kuah gulai tu disiram banyak atas nasi, biar meresap betul-betul. Rasa dia lemak santan, ada pedas manja, dan cukup rempah. Tak terlalu kuat, tapi cukup untuk buat orang tambah nasi. Biasanya gulai tambunsu ni senang jumpa di kedai nasi kapau atau rumah makan Minang. Di kawasan seperti Bukittinggi atau Padang, lauk ni bukan benda pelik. Orang tempatan dah biasa makan dari kecil lagi. Cuma bagi orang luar, mungkin nampak jarang. Yang menariknya, gulai tambunsu ni juga menggambarkan cara orang Minangkabau menghargai setiap bahan. Tak ada istilah membazir. Semua bahagian dimanfaatkan dan dimasak dengan penuh rasa. Dari situ nampak nilai tradisi dan cara hidup mereka yang sederhana tapi penuh makna. Kadang-kadang lauk macam ni yang buat pengalaman makan jadi lebih istimewa. Bukan sekadar kenyang, tapi ada cerita di sebalik setiap hidangan. Bila makan di tanah Minang sendiri, suasana pun lain duduk di kedai makan sederhana, lauk tersusun di meja panjang, pilih ikut selera. Kalau korang nak rasa sendiri gulai tambunsu yang asli dan suasana makan di tanah Minang, memang lebih puas kalau datang terus ke sana. Tak perlu pening fikir perjalanan atau tempat makan mana yang best, korang boleh pesan pakej bersama BMW 2002 Tour. Perjalanan jadi lebih mudah, makan pun puas, dan pengalaman tu lain macam bila dirasai sendiri. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis: Chindy Amelia
KUBURAN PANJANG TANTEDJO GURHANO: WARISAN SILAM YANG KEKAL TERPELIHARA HINGGA KINI
Gambar.1.1 Kuburan panjang tantedjo gurhano (Blogger Anna Williams) Di lereng gunung yang dibaluti kabut pagi, di nagari Pariangan kampung tertua dan penuh sejarah di Ranah Minang tersimpan sebuah pusaka yang membangkitkan rasa ingin tahu: Kuburan Panjang Tantedjo Gurhano. Bukan sekadar tumpukan tanah dan batu, makam ini adalah saksi bisu sejarah dan legenda yang hidup, tempat di mana masa lalu berbisik kepada generasi kini. Ukuran Kuburan Panjang ini dianggarkan sekitar ±25 meter panjangnya, dengan lebar antara 1 hingga 1.5 meter. Panjang yang luar biasa ini menjadikannya dikenali sebagai “kuburan panjang” dan menjadi antara daya tarikan utama bagi pengunjung yang datang ke Pariangan. Dari pandangan pertama sahaja, ukurannya sudah cukup membuatkan sesiapa terpaku dan tertanya-tanya tentang kisah di sebalik makam bersejarah ini. Yang lagi unik, orang kampung percaya setiap kali makam ini diukur oleh individu yang berbeza, hasilnya juga tidak sama ada yang terlebih panjang, ada yang terkurang sedikit. Bagi masyarakat setempat, perbezaan ini bukan sekadar soal ukuran, tetapi sebahagian daripada rahsia dan keistimewaan pusaka lama yang terus hidup dalam cerita turun-temurun hingga hari ini. Menurut cerita penduduk tempatan, makam ini milik seorang tokoh berpengaruh yang telah meninggalkan jejak penting dalam adat dan budaya Minangkabau. Setiap inci makam bukan hanya simbol fizikal, tetapi lambang pengaruh, kebijaksanaan, dan nilai-nilai silam yang dijaga dengan penuh hormat dari generasi ke generasi. Walaupun zaman terus berubah, penghormatan terhadap makam ini tetap utuh, membuktikan bahawa warisan silam tidak mudah dilupakan. Teringin tengok langsung dan rasakan suasana berbeza di Kuburan Panjang Tantedjo Gurhano? Jom ambil pakej bersama BMW 2002 Tour. Bukan sekadar melawat, tetapi menyusuri sejarah dan merasai sendiri suasana kampung tertua di Pariangan yang penuh cerita. Hubungi kami dan pilih pakej yang sesuai biar pengalaman ke Ranah Minang jadi lebih bermakna. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Bunga Syukria
WARNA-WARNI RAMADHAN DI MINANGKABAU: MENJELAJAH RASA DI PASAR PABUKOAN
G.1 Suasana Berburu Takjil di Pasar Pabukoan Menjelang Berbuka Puasa Ramadhan di Minangkabau sentiasa hadir dengan suasana yang berbeza. Bila matahari mula condong ke barat dan langit bertukar warna keemasan, orang ramai mula memenuhi jalan-jalan di Sumatera Barat. Inilah waktu yang paling dinanti waktu memburu juadah berbuka di pasar pabukoan. Pasar pabukoan bukan sekadar tempat membeli makanan. Ia adalah tradisi. Setiap gerai menyusun aneka hidangan penuh warna daripada yang manis, berlemak santan, hinggalah yang pedas dan menyengat selera. Bau gulai yang sedang dipanaskan, aroma kuih tradisional yang baru diangkat, dan deretan minuman sejuk berais menjadi pemandangan biasa setiap petang Ramadhan. Di sinilah rasa Minangkabau benar-benar terasa. Kuih-muih tradisional, lamang tapai, kolak pisang, bubur kampiun, serta berbagai lauk pauk khas ranah Minang tersusun rapi menunggu pembeli. Bukan sekadar makanan, tetapi sebahagian daripada cerita dan warisan turun-temurun. G.2 Beberapa Pilihan Santapan Manis Saat Berbuka Puasa Memburu takjil juga bukan sekadar membeli makanan. Ia adalah momen kebersamaan. Ada yang datang bersama keluarga, ada yang bersama rakan-rakan, malah ada juga yang menjadikan waktu ini sebagai peluang berjalan santai sambil menikmati suasana petang Ramadhan. Anak-anak seronok memilih kuih kegemaran, sementara orang dewasa sibuk membuat pilihan terbaik untuk hidangan di rumah. Selain memeriahkan suasana, tapi juga turut memberi peluang kepada peniaga kecil untuk menambah pendapatan. Ramadhan menjadi bulan yang bukan sahaja penuh keberkatan dari segi ibadah, tetapi juga membawa rezeki kepada ramai orang. Inilah antara keindahan Ramadhan yang menyatukan masyarakat dalam suasana harmoni. Kalau nak rasakan sendiri pengalaman memburu takjil dengan suasana yang lebih unik dan penuh cita rasa tradisional, jom datang ke Sumatera Barat. Dekat sini, berbagai juadah khas Minang menanti untuk dicuba menjelang waktu berbuka. Lagi best, korang boleh ambik Pakej Special Ramadhan Tour bersama BMW 2002 Tour. Bukan sahaja dapat menikmati warna-warni bazar Ramadhan, tapi juga jelajah destinasi menarik sambil merasai suasana puasa yang berbeza. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis: Bunga Syukria
Alahan Panjang, Destinasi Sejuk yang Buat Hati Rasa Lebih Tenang
Pernahkah anda mendengar tentang Nagari Alahan Panjang di Sumatera Barat? Tempat ini kini semakin mendapat perhatian pelancong yang ingin mencari suasana sejuk dan mendamaikan, jauh daripada kesibukan kota. Terletak di dataran tinggi Kabupaten Solok, Alahan Panjang terkenal dengan udara nyaman yang dapat dirasai sebaik sahaja tiba. Suhunya lebih rendah dibanding kawasan sekitarnya. Tiupan angin yang lembut, langit yang terasa luas, serta panorama terbuka tanpa deretan bangunan tinggi menghadirkan suasana yang lapang dan menenangkan. Segalanya seolah-olah memberi ruang untuk bernafas dengan lebih lega dan menikmati ketenangan alam sepenuhnya. Antara tarikan utama di sini ialah keindahan Danau Diatas dan Danau Dibawah. Dua tasik yang terletak berdekatan ini menawarkan panorama air yang tenang dengan pemandangan bukit menghijau di sekelilingnya. Waktu pagi, kabus nipis selalunya turun perlahan-lahan, menjadikan suasana lebih damai dan sedikit magis. Duduk sekejap menikmati pemandangan pun sudah cukup untuk buat hati rasa tenang. Selain tasik, Alahan Panjang juga dikenali dengan kebun sayur dan kebun strawberi yang luas terbentang. Deretan tanaman hijau yang tersusun kemas menjadikan kawasan ini nampak sangat segar dan cantik untuk bergambar. Tanpa perlu dekorasi berlebihan, alam semula jadinya sudah cukup indah untuk dijadikan latar foto. Yang paling istimewa tentang Alahan Panjang ialah suasananya yang tidak terlalu sesak dan tidak bising. Sesuai untuk short escape bersama keluarga atau kawan-kawan. Sama ada untuk bonding time, ambil gambar, atau sekadar menikmati udara segar, semuanya terasa lebih santai di sini. Kami menyediakan pakej 3D2N dan 4D3N khas untuk anda yang ingin meneroka keindahan Alahan Panjang dengan lebih santai dan teratur bersama BMW 2002 Tour. Segala jadual perjalanan serta susunan lawatan telah dirancang dengan teliti, jadi anda tak perlu pening memikirkan apa-apa. Datang sahaja dan nikmati udara sejuk, pemandangan yang memukau, serta setiap momen indah sepanjang percutian anda. Akhirnya, Alahan Panjang bukan sekadar destinasi yang sejuk. Ia adalah tempat untuk berehat seketika, menikmati alam, dan memberi ruang kepada diri sendiri untuk rasa lebih tenang. Kalau sedang merancang percutian ke Sumatera Barat, mungkin Alahan Panjang patut ada dalam senarai pilihan anda. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis: Bunga Syukria
GULAI ITIAK LADO MUDO: Pedasnya Buat Ingat Sampai Bila-bila
Itik pun boleh jadi lauk sehebat ni? Ramai yang terkejut bila pertama kali cuba gulai itiak lado mudo. Sekali rasa, terus faham kenapa orang Minangkabau bangga dengan hidangan ni. Kuah dia hijau, pedasnya lain macam, tapi sedap dia memang susah nak cerita. Gulai itiak lado mudo ni dibuat daripada daging itik yang dimasak bersama cili hijau dan rempah pilihan. Itiknya dimasak lama sampai empuk, supaya tak liat dan mudah dimakan. Bila kuah sudah sebati dengan daging, aromanya memang naik sampai boleh buat orang tak sabar nak suap nasi. Yang menarik, pedas lado mudo ni bukan pedas kosong. Ada rasa segar dari cili hijau dan daun-daun herba yang digunakan. Bila makan dengan nasi panas-panas, memang boleh tambah berkali-kali tanpa sedar. Di Minangkabau, hidangan ni selalunya disediakan waktu majlis atau kenduri tertentu. Ia bukan lauk biasa-biasa, tapi antara menu istimewa yang menunjukkan kekayaan rasa masakan Minang. Kalau korang betul-betul nak faham kenapa orang Minang suka sangat gulai itiak lado mudo ni, memang kena cuba sendiri dekat tempat asalnya. Makan panas-panas dengan nasi baru angkat, sambil udara kampung lalu — rasa dia lain, tak sama macam beli jauh atau bungkus bawa balik. Kadang bukan sebab lapar pun, tapi sebab kuah dia buat tangan nak tambah lagi. Supaya perjalanan lebih senang, korang boleh ikut Pakej BMW 2002 Tour. Tempat makan, laluan, semua sudah diatur, jadi tak pening nak cari mana yang betul-betul sedap. Korang datang saja, jalan santai, makan puas-puas. Lepas balik nanti biasanya mulalah teringat rasa tu, siap rancang nak datang lagi. Penulis : Chindy Amelia
Makna Di Sebalik Ukiran Rumah Gadang Orang Minang
Di sebalik keindahan ukiran rumah gadang, tersimpan banyak makna mendalam tentang cara hidup orang Minangkabau. Setiap corak bukan dibuat sesuka hati, tapi lahir dari pemerhatian alam dan pengalaman hidup orang dulu. Ukiran yang terinspirasi dari tumbuh-tumbuhan melambangkan kehidupan yang terus berkembang. Ia mengajar orang supaya hidup sabar, berakar kuat, dan sentiasa menyesuaikan diri dengan keadaan. Macam pokok, walaupun ditiup angin, tetap berdiri kerana akarnya kuat. Ukiran yang mengambil bentuk haiwan pula membawa pengajaran tentang sikap dan tingkah laku. Ada yang melambangkan kepimpinan, ada yang mengingatkan supaya jangan tamak, dan ada juga yang mengajar pentingnya hidup berkelompok dan saling menjaga. Corak yang berulang-ulang melambangkan kesepakatan dan kebersamaan dalam kaum. Dalam adat Minang, keputusan dibuat melalui musyawarah, bukan ikut kehendak seorang saja. Sebab tu ukiran sering disusun seimbang, tak ada yang lebih menonjol dari yang lain. Secara keseluruhan, makna di sebalik ukiran rumah gadang ialah pesan hidup—supaya manusia tahu diri, hormat adat, jaga hubungan sesama manusia, dan sentiasa seimbang dengan alam. Selain jadi hiasan, ukiran rumah gadang sebenarnya menggambarkan cara hidup orang Minangkabau. Corak-corak yang tersusun kemas tu melambangkan hidup bermasyarakat yang teratur. Setiap orang ada peranan masing-masing, tak boleh hidup sendiri tanpa kaum dan keluarga. Ukiran yang memenuhi hampir seluruh dinding rumah gadang juga bawa maksud keterbukaan. Rumah gadang ni bukan rumah untuk satu orang saja, tapi rumah untuk seluruh kaum. Di sinilah tempat orang berkumpul, bermusyawarah, dan bincang masalah bersama. Ukiran tu seolah-olah jadi saksi setiap keputusan adat yang dibuat. Warna pada ukiran pun bukan dipilih sesuka hati. Warna yang terang dan kuat melambangkan keberanian dan semangat hidup. Tapi bila digabungkan dengan seimbang, ia mengingatkan supaya hidup jangan berlebihan, mesti tahu batas dan adab. Ukiran rumah gadang juga jadi alat pembelajaran. Anak-anak yang membesar dalam rumah gadang belajar adat secara tak langsung—melalui bentuk, warna, dan cerita di sebalik ukiran tu. Dari situlah adat dan nilai hidup diwariskan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Akhirnya, ukiran rumah gadang jadi lambang jati diri orang Minangkabau. Walaupun zaman dah moden dan rumah moden makin banyak, makna dan ajaran dalam ukiran ni tetap hidup, mengingatkan orang tentang asal-usul dan adat yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Ukiran rumah gadang bukan sekadar tinggalan lama. Ia jadi peringatan tentang cara orang Minangkabau menghargai adat, alam, dan kehidupan bersama. Walaupun tak semua lagi tinggal di rumah gadang, makna di sebalik ukiran tu masih boleh jadi panduan hidup sampai hari ni. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis: Muhamad Rafi
MARAWA : SIMBOL KEBESARAN ADAT MINANGKABAU
Korang kalau nampak bendera ni kat sumatra barat, bendera ni ialah bendera tradisional masyarakat Minangkabau yang menjadi lambang kebesaran adat dan identiti budaya, nama bendera ni ialah marawa. Bendera ini terdiri daripada tiga warna menegak, iaitu hitam, merah dan kuning (emas), yang sarat dengan makna falsafah. Marawa melambangkan konsep Luhak Nan Tigo, iaitu tiga wilayah adat utama Minangkabau: Luhak Limo Puluah, Luhak Agam dan Luhak Tanah Datar. Warna hitam melambangkan Luhak Limo Puluah yang sinonim dengan alim ulama serta keteguhan dalam memegang adat; warna merah melambangkan Luhak Agam yang menggambarkan keberanian, keagungan dan peranan cerdik pandai; manakala warna kuning atau emas melambangkan Luhak Tanah Datar yang mewakili raja atau penghulu sebagai simbol aturan dan undang-undang adat. Dari sudut falsafah adat pula, hitam membawa maksud tahan tapo (tahan ditempa dan berakal), merah bermaksud tahan uji (berani), dan kuning bermaksud tahan isyarat (berilmu serta bijaksana). Marawa biasanya dikibarkan dalam majlis rasmi seperti perasmian rumah gadang, pelantikan penghulu, perkahwinan adat dan upacara kebudayaan lain. Apabila Marawa berkibar megah ditiup angin, ia seakan-akan mengingatkan generasi muda tentang asal-usul, jati diri serta tanggungjawab untuk terus memelihara adat yang diwarisi sejak zaman nenek moyang. Ia selalunya dipasang berjajar di hadapan tempat majlis sebagai tanda kehormatan, perpaduan dan kekompakan masyarakat Minangkabau. Kalau korang nak tengok bendera ni secara langsung Jom Pm BMW 2002 Tour! kita akan bawa korang pusing pusing Sumatra barat sembari tengok langsung bendera ni juga sejarah dari Minangkabau. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis: Egie Aulia Putri
NASI KAPAU VS NASI PADANG: SERUPA TAPI TAK SAMA, APA BEZANYA SEBENARNYA?
Bila cakap pasal makanan Minangkabau, dua nama yang selalu buat orang keliru ialah Nasi Kapau dan Nasi Padang. Sekali pandang memang nampak sama, Tapi sebenarnya dua hidangan ini ada identiti tersendiri yang membezakan dari segi asal-usul, cara hidang dan juga karakter rasanya. Perbezaan paling ketara sebenarnya terletak pada cara penyajiannya. Di kedai Nasi Kapau, lauk disusun tinggi dan penjual akan mengambilnya menggunakan senduk panjang khas mengikut pilihan pelanggan. Manakala di restoran Nasi Padang, pinggan kecil lauk akan terus dihidangkan ke meja, dan pelanggan hanya membayar apa yang dimakan. Cara inilah yang menjadi identiti paling membezakan antara keduanya. Nasi Kapau berasal dari Nagari Kapau yang terletak berhampiran Bukittinggi di negeri Sumatera Barat. Ia merupakan hidangan tradisional masyarakat setempat yang diwarisi turun-temurun. Nasi Padang merupakan istilah komersial yang digunakan oleh masyarakat Minangkabau ketika merantau untuk memperkenalkan makanan mereka kepada orang luar. Dari segi rasa pula, kedua-duanya memang kaya santan dan rempah, tapi Nasi Kapau selalunya tampil dengan kuah yang lebih pekat dan rasa yang lebih ‘kick’. Antara lauk yang sinonim dengannya ialah gulai tunjang, gulai tambusu dan gulai cincang khas Kapau. Nasi Padang pula lebih fleksibel dan variasinya lebih banyak seperti rendang, ayam pop, dendeng balado dan berbagai jenis gulai bergantung kepada restoran. Kalau nak betul-betul faham bezanya, memang kena datang sendiri ke Sumatera Barat. Rasai pengalaman pilih lauk di kedai Nasi Kapau dengan senduk panjang khasnya, kemudian cuba pula makan di restoran Nasi Padang yang hidangkan lauk bertingkat-tingkat di meja. Bila dah rasa sendiri, barulah tahu mana satu paling kena dengan selera anda. Kalau mahu perjalanan yang lebih mudah dan teratur, korang boleh ambil pakej bersama BMW 2002 Tour. Kami sediakan itinerari lengkap termasuk jelajah destinasi menarik dan pengalaman menikmati kuliner asli Minangkabau tanpa perlu fikir soal pengangkutan atau perancangan. Tinggal pilih pakej, dan nikmati sendiri keunikan rasa serta budaya Sumatera Barat dengan lebih santai dan berbaloi. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis: Bunga Syukria
Pinyaram: Kuih Tradisional Manis Penuh Makna
Pinyaram ni ialah salah satu kuih tradisional masyarakat Minangkabau yang masih kekal hingga ke hari ini. Kuih ini terkenal dengan rasa dia yang manis, teksturnya yang lembut di bahagian tengah, serta sedikit rangup di bahagian tepinya. Walaupun rupanya ringkas, pinyaram menyimpan nilai budaya yang amat bermakna. Pinyaram dibuat daripada campuran tepung beras, gula merah, dan santan. Adunan ini dibiarkan seketika sebelum digoreng di dalam minyak panas sehingga mengembang dan berwarna perang keemasan. Proses pembuatan dia pun perlukan kesabaran dan ketelitian kerana api yang terlalu kuat atau terlalu perlahan boleh berpengaruh pada hasil kuih tu. Dalam adat Minangkabau pun, pinyaram ni bukan sekadar hidangan biasa je. Ia sering disajikan dalam berbagai majlis adat seperti kenduri, alek nagari, upacara perkahwinan, dan majlis kesyukuran. Kehadiran pinyaram ni lambangkan rasa syukur, kemuafakatan, serta harapan agar kehidupan sentiasa manis dan sejahtera. Bentuk pinyaram yang bulat membawa maksud kebulatan tekad dan perpaduan dalam masyarakat. Warna kecoklatannya pula melambangkan kesederhanaan dan hubungan erat manusia dengan alam. Makna-makna ini selaras dengan falsafah hidup orang Minangkabau yang berpegang teguh kepada adat dan nilai kebersamaan. Saat ni pun pinyaram turut alami perubahan dan pembaharuan. Selain pinyaram tradisional berasaskan gula merah, terdapat juga variasi moden seperti pinyaram pandan, pinyaram gula putih, dan pinyaram bersize kecil. Meski begitu, pinyaram tradisional tetap menjadi pilihan kerana rasanya yang asli dan penuh nostalgia. Pinyaram bukan sekadar kuih, malah merupakan warisan kulinari yang mencerminkan identiti dan kebijaksanaan budaya Minangkabau. Menjaga dan melestarikan pinyaram artinya memelihara budaya Sumatera Barat agar terus dikenali dan dihargai oleh generasi akan datang. So kalau korang nak rasa kuih pinyaram ni boleh pm BMW 2002 Tour, kita akan bawa korang try rasa kuih ni sambil kenal banyak hal pasal Minangkabau! Penulis : Egie Aulia Rizky
Jelajah Rasa di Padang Panjang
Kalau lalu Padang Panjang, perut memang susah nak tenang. Bandar ni mungkin tak sebesar Padang atau Bukittinggi, tapi bila makanan, Padang Panjang memang tak boleh dipandang ringan. Udara sejuk, suasana tenang, ditambah pula dengan makanan yang sedap-sedap, memang buat orang mudah lapar. Antara yang paling terkenal di Padang Panjang mestilah sate. Sate di sini lain sikit rasanya, kuahnya pekat dan penuh rempah. Ada sate daging, ada sate lidah, semuanya dimakan panas-panas, memang ngam dengan cuaca sejuk di kawasan ni. Tak hairanlah kalau kedai sate di Padang Panjang selalunya penuh, terutama waktu malam. Selain sate, ada juga makanan tradisi lain yang jadi kegemaran orang tempatan. Soto Padang, nasi kapau, sampai ke aneka kuih kampung pun senang dijumpai. Pagi-pagi, kedai sarapan sudah mula buka, bau kopi dan makanan panas memang boleh tarik orang singgah. Yang buat kuliner Padang Panjang ni istimewa bukan saja sebab rasa, tapi suasananya. Makan sambil duduk santai, tengok orang lalu-lalang, dengan udara dingin yang segar, pengalaman dia memang berbeza. Rasa macam balik kampung walaupun cuma singgah sekejap. Kalau korang betul-betul nak menikmati kuliner Padang Panjang dengan rasa yang asli dan suasana yang sebenar, memang elok datang terus ke sana. Dari sate yang panas-panas, makanan tradisi yang penuh rempah, sampai suasana bandar sejuk yang buat orang rasa tenang, semuanya lebih puas kalau dirasai sendiri. Tak perlu kejar masa, boleh makan sambil santai dan menikmati suasana sekeliling. korang boleh tempah pakej bareng BMW 2002 Tour and Travel. Urusan perjalanan, tempat singgah, dan lokasi makan semuanya sudah diatur, jadi korang cuma perlu fokus menikmati percutian dan makanan. Jalan-jalan di tanah Minangkabau sambil rasa kuliner Padang Panjang, memang satu pengalaman yang lain daripada yang lain dan pasti buat korang nak datang lagi.