Puncak Batu Badinding merupakan Destinasi pelancongan alam yang popular di Tabek Patah, Salimpaung, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat, yang menawarkan pemandangan 360 darjah dari ketinggian sekitar ±1,000 meter dari paras laut. Lokasi ini menyajikan panorama Gunung Marapi, Gunung Sago, serta perbukitan hijau yang indah. Selain menikmati pemandangan yang indah, korang juga boleh tengok salah satu spot foto yang sangat menarik. Dengan latar belakang bukit-bukit hijau dan lembah yang luas, setiap sudut di sini kelihatan cantik untuk bergambar. Tak kira ambil gambar santai atau foto kenangan bersama orang tersayang, semuanya nampak lebih istimewa dengan panorama alam yang terbentang luas di belakang. Tak hairanlah ramai pengunjung datang ke sini untuk mengabadikan momen bersama keluarga atau kawan-kawan. Suasana alam yang masih semula jadi membuatkan setiap gambar kelihatan lebih hidup dan cantik. Berbeza dengan beberapa tempat pelancongan lain yang sudah sangat ramai pengunjung, suasana kat sini masih terasa lebih tenang dan nyaman. Inilah yang menjadikan tempat ini terasa begitu istimewa. Bagi korang suka menikmati keindahan alam sambil bersantai, tempat ni memang sangat sesuai untuk dikunjungi. Salah satu destinasi alam menarik di Sumatera Barat yang patut dimasukkan dalam senarai tempat untuk dilawati. Panorama dari ketinggian, udara yang segar, serta suasana alam yang menenangkan menjadikan tempat ni pilihan yang sempurna untuk menikmati keindahan alam Sumatera Barat. Kalau korang sedang merancang perjalanan ke Sumatera Barat, jangan lupa masukkan Puncak Batu Badinding dalam itinerary trip korang. Jom rancang pakej percutian korang bersama BMW 2002 Tour dan nikmati pengalaman melihat keindahan alam Sumatera Barat dengan lebih mudah dan selesa. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Bunga Syukria
LAPEK PISANG : JAJANAN TRADISIONAL MINANGKABAU YANG SEDERHANA TAPI MENGGODA
Di tanah Minangkabau, banyak kuih tradisional yang masih kekal sampai hari ini. Walaupun sekarang sudah banyak makanan modern, kuih-kuih lama tetap dicari orang. Salah satu yang cukup dikenali ialah lapek pisang. Kuih ini mungkin nampak sederhana saja, tapi rasanya memang sedap dan sering mengingatkan orang pada suasana kampung. Seperti namanya, bahan utama lapek pisang tentu saja pisang. Biasanya orang menggunakan pisang yang sudah cukup masak supaya rasanya lebih manis. Pisang itu akan dilenyek dahulu, kemudian dicampur dengan tepung beras atau tepung pulut. Selepas itu dimasukkan sedikit gula dan santan supaya adonannya lebih lembut dan berlemak. Bila semua bahan sudah dicampur, adunan itu akan dibungkus menggunakan daun pisang. Dari dulu sampai sekarang, daun pisang memang sering digunakan untuk membungkus kuih tradisional. Selain mudah didapati, daun pisang juga memberi bau yang harum bila kuih itu dimasak. Lapek pisang biasanya dimasak dengan cara dikukus. Semasa dikukus, bau pisang yang manis bercampur dengan aroma daun pisang mula terasa. Bau itu saja kadang sudah cukup membuat orang di rumah tertanya-tanya bila kuih itu akan siap. Bila sudah masak, tekstur lapek pisang biasanya lembut dan sedikit kenyal. Rasanya tidak terlalu manis, tapi cukup sedap dimakan begitu saja. Ada juga yang suka menikmatinya bersama secawan teh panas atau kopi, terutama pada waktu petang ketika sedang santai. Di beberapa tempat di Minangkabau, lapek pisang masih mudah dijumpai di pasar tradisional. Ada juga keluarga yang masih membuatnya sendiri di rumah, terutama bila ada waktu lapang atau ketika berkumpul bersama saudara. Walaupun bahan yang digunakan tidak banyak, kuih ini tetap punya rasa yang istimewa. Lapek pisang sebenarnya bukan sekadar makanan ringan. Ia juga menjadi sebahagian daripada warisan masyarakat Minangkabau yang sudah ada sejak lama. Dari generasi ke generasi, cara membuatnya terus diajarkan supaya kuih tradisional seperti ini tidak hilang begitu saja. Jangan lupa ambik pakej bersama BMW 2002 Tour and Travel, supaya perjalanan ke Minangkabau jadi lebih mudah dan menyenangkan sambil merasakan sendiri berbagai kuih tradisional Minangkabau seperti lapek pisang ini, tentu lebih seronok kalau datang langsung ke tanah Minang. Selain boleh menikmati makanannya, kita juga dapat melihat sendiri budaya dan suasana kampung yang masih terasa kuat. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis: Chindy Amelia
GULAI TUNJANG: HIDANGAN TRADISIONAL MINANGKABAU YANG KAYA RASA
G.1 Hidangan Tradisional Gulai Tunjang Gulai tunjang ni ialah salah satu hidangan tradisional Minangkabau yang terkenal kat Sumatera Barat. Tunjang ni ialah kaki lembu yang dimasak dengan kuah gulai yang pekat dan kaya dengan berbagai rempah. Hidangan yang satu ni punya rasa lemak, gurih dan sedikit pedas, sesuai bila dimakan dengan nasi putih yang hangat. Proses memasak gulai ni memang payah sikit sebab awal-awal kaki tunjang musti dibersihkan. selepastu rebus hingga lembut, dimasak dengan santan serta campuran rempah macam cili, bawang merah, bawang putih, kunyit, lengkuas, serai, daun kunyit dan daun limau. Gabungan bahan-bahan ni akan hasilkan kuah gulai yang harum serta menyelerakan. Keistimewaan gulai tunjang ni terletak pada tekstur tunjang yang kenyal tetapi lembut ketika dimakan. Kuah gulai yang pekat pula meresap ke dalam tunjang, menjadikan rasanya lebih kaya dan nikmat pada setiap suapan. Tidak hairanlah hidangan ini sering ditemui kat rumah makan Minangkabau yang juga jadi favorit orang orang. Bagi masyarakat Minangkabau, gulai tunjang bukan sekadar makanan, tetapi juga sebahagian daripada warisan kuliner yang diwarisi secara turun-temurun. Hidangan ini sering disajikan dalam pelbagai majlis, sama ada makan bersama keluarga mahupun acara istimewa. Dengan rasa yang unik serta aroma rempah yang kuat, gulai tunjang menjadi salah satu hidangan Minangkabau yang digemari ramai dan wajib dicuba oleh pencinta makanan tradisional. Bila nak cuba gulai ni musti datang langsung Padang Bukittingggi, boleh ambik Pakej 4D3N with bmw 2002 Tour. Explore tempat-tempat lawa dan menarik tanpa ribet urus itinerary, korang tinggal duduk je semua kita yang atur. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Egie Aulia
SILEK LANYAH: SENI BELA DIRI TRADISIONAL MINANGKABAU DI SAWAH BERLUMPUR
Silek Lanyah ialah salah satu tradisi unik masyarakat Minangkabau yang berasal dari Padang Panjang. Dalam bahasa Minangkabau, “silek” bermaksud silat, manakala “lanyah” bermaksud basah atau berlumpur. Seperti namanya, Silek Lanyah ialah seni bela diri tradisional yang dipersembahkan di tengah sawah yang berlumpur, menjadikannya satu pengalaman budaya yang sangat unique dan menarik untuk dilihat. Tradisi ini biasanya diadakan selepas musim menuai padi. Ketika itu, sawah yang sudah selesai digunakan untuk bertani akan menjadi tempat berkumpulnya masyarakat. Para pesilat akan menunjukkan kemahiran mereka sambil melakukan pelbagai gerakan silat di atas tanah yang berlumpur. Walaupun pergerakan menjadi lebih mencabar, para pesilat tetap menampilkan teknik yang smooth, seimbang, dan penuh seni. Bagi masyarakat Minangkabau, Silek Lanyah bukan sekadar pertunjukan silat biasa. Ia juga melambangkan rasa syukur selepas musim menuai serta menjadi simbol kebersamaan dalam kalangan masyarakat. Pada masa yang sama, tradisi ini turut menjadi cara untuk memperkenalkan warisan budaya Minangkabau kepada generasi muda supaya budaya ini terus preserved dan dihargai. Kini, Silek Lanyah sering dipersembahkan dalam pelbagai acara budaya di Sumatera Barat. Keunikan silat yang dilakukan di sawah berlumpur ini juga menjadi satu cultural attraction bagi pelancong yang ingin melihat sendiri tradisi Minangkabau yang autentik. Kalau korang ingin merasai sendiri pengalaman melihat tradisi unik ini secara langsung, boleh sertai Pakej Tour with BMW 2002 Tour. Dengan pakej tour yang disediakan, korang bukan sahaja dapat menikmati keindahan alam Sumatera Barat, tetapi juga berpeluang melihat sendiri budaya dan tradisi Minangkabau yang masih kekal hingga hari ini. Jom rancang perjalanan korang dan rasai sendiri pengalaman budaya yang rare dan unforgettable. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Bunga Syukria
KAWA DAUN: SECAWAN RASA, SEJUTA NILAI BUDAYA
Gambar 1.1 Kawa Daun Original Di tengah kekayaan tradisi di Sumatera Barat, tersimpan satu minuman yang nampak simple, tapi sebenarnya penuh dengan sejarah, ketabahan dan identiti masyarakatnya itulah Kopi Kawa Daun. Berbeza dengan regular coffee yang menggunakan biji, Kawa Daun dibuat daripada daun kopi yang dikeringkan dan disangai sebelum dibrew macam teh. Kawa Daun lahir daripada sejarah. Zaman penjajahan Belanda dulu, biji kopi dari tanah Minang banyak dieksport ke luar negara. Local people yang tanam kopi tak dapat nikmati hasil bijinya sendiri. So mereka gunakan daun kopi sebagai alternatif minuman harian. From that limitation, lahirlah satu tradisi simbol creativity dan resilience masyarakat Minangkabau. Lama-kelamaan, Kawa Daun jadi lebih daripada sekadar minuman. Ia jadi social drink diminum sambil sembang santai, family gathering, atau lepas penat bekerja. Secawan Kawa Daun bukan hanya penghilang dahaga, tapi juga pengikat silaturahim. Gambar 2.1 Kawa Daun di Campur Susu Sekarang ini, Kawa Daun bukan lagi sekadar minuman orang lama sahaja. Golongan muda juga mula menghargai dan berbangga dengan minuman tradisi ini. Para pelancong yang datang ke Sumatera Barat turut menjadikan Kawa Daun sebagai pengalaman yang wajib dicuba bukan sekadar untuk menikmati rasanya, tetapi juga untuk memahami kisah dan sejarah di sebaliknya. Walaupun kafe moden semakin berkembang dan pilihan minuman kian berbagai, Kawa Daun tetap bertahan. Yang dipertahankan bukan hanya rasanya, tetapi nilai sejarah dan budaya yang terkandung di dalamnya. Kawa Daun mengajarkan kita satu hakikat: sesuatu yang sederhana mampu membawa makna yang luar biasa. Dari sehelai daun kopi, lahirlah sebuah tradisi. Nak experience sendiri rasa Kawa Daun secara authentic di tempat asalnya? Jom tour bersama BMW 2002 Tour Pilih pakej yang sesuai dengan plan percutian korang. Bukan sekadar melancong, tetapi menyelami budaya, sejarah dan pengalaman sebenar yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Real experience only happens when you’re there yourself. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Bunga Syukria
TALEMPONG : IRAMA TRADISI YANG MENGHIDUPKAN WARISAN BUDAYA
Talempong ialah satu alat muzik tradisional masyarakat Minangkabau di Sumatera Barat yang kaya dengan nilai seni dan budaya. Alat muzik ini tergolong dalam kategori alat muzik pukul dan diperbuat daripada logam seperti tembaga, kuningan, atau campuran perunggu. Bentuknya menyerupai gong kecil dengan bahagian tengah yang menonjol sebagai tempat dipukul untuk menghasilkan bunyi. Dalam kehidupan masyarakat Minangkabau, talempong bukan sekadar hiburan je tapi malah jadi lambang adat dan identiti budaya. Alat muzik ni sering dimainkan dalam pelbagai majlis adat seperti perkahwinan, penyambutan tetamu kehormat, upacara tradisional, serta festival kebudayaan. Bunyi talempong yang nyaring dan berirama melambangkan keharmonian, kebersamaan, serta semangat gotong-royong masyarakat Minangkabau. Talempong biasanya dimainkan secara berkumpulan dengan susunan ritma tertentu. Setiap pemain pegang satu atau dua talempong dan memukulnya guna pemukul kayu kecil. Persembahan talempong ni diiringi alat muzik tradisional lain seperti gandang, saluang, dan pupuik, menghasilkan gabungan muzik yang merdu. Terdapat beberapa jenis talempong, antaranya talempong duduk dan talempong pacik. Talempong duduk dimainkan dengan cara diletakkan di atas rak khas, manakala talempong pacik dimainkan sambil dipegang dan sering digunakan dalam perarakan atau persembahan bergerak. Seiring perkembangan zaman, talempong turut alami pembaharuan tanpa meninggalkan unsur tradisionalnya. Kini, alat muzik ni sering digabungkan dengan muzik moden dan dipersembahkan di pentas seni kontemporari, sekaligus menarik minat generasi muda untuk mengenali warisan budaya mereka. Usaha pemeliharaan melalui pendidikan seni dan acara kebudayaan terus dijalankan agar talempong kekal hidup sepanjang zaman. Talempong bukan sekadar alat muzik, tetapi juga simbol warisan budaya Minangkabau yang mencerminkan falsafah hidup masyarakatnya hidup dalam keselarasan, keseimbangan, dan kebersamaan. So kalau korang nak tengok langsung dan dengar langsung macam mana merdunya talempong ni, jom PM BMW 2002 Tour, kira akan bawa korang langsung dengar merdunya suara talempong ni. Penulis : Egie Aulia Rizky
Dari Bukittinggi Ke Hati Manisnya Gulo-Gulo Tareh
Gulo-gulo tareh ialah manisan tradisional masyarakat Minang yang cukup terkenal dan menjadi salah satu kudapan klasik dari Sumatera Barat, khususnya di kawasan Bukittinggi dan sekitarnya di Indonesia. Manisan ni dah wujud sejak dulu lagi dan sampai sekarang masih kekal dijual di pasar tradisional, gerai kecil, kawasan pelancongan, malah ada juga yang buat secara homemade ikut resipi turun-temurun keluarga. Nama “tareh” tu datang daripada proses pembuatannya yang unik. Gula akan dimasak dulu sampai cair dan jadi pekat. Bila dah cukup suhu dan tekstur, gula panas tu akan diangkat dan ditarik, dilipat, kemudian ditarik lagi berulang-ulang kali. Proses ni memerlukan tenaga dan kemahiran sebab gula masih panas dan kena buat dengan cepat. Semakin banyak kali ditarik, warna gula yang asalnya coklat keemasan akan berubah jadi lebih cerah dan berkilat. Tekstur dia pun jadi lebih lembut, berserat halus dan tak terlalu keras bila digigit. Ada juga pembuat yang campur kacang tanah tumbuk, bijan atau sedikit perisa tertentu untuk tambah rasa lemak dan aroma wangi. Campuran ni buatkan gulo-gulo tareh tak sekadar manis kosong, tapi ada gabungan rasa manis dan lemak yang seimbang. Bila dah siap, biasanya ia akan dipotong kecil-kecil atau digulung panjang, kemudian dibungkus dengan plastik lutsinar supaya nampak menarik dan senang dijual. Dari segi rasa, memang manis sebab bahan utama dia gula. Tapi manis dia bukan jenis yang menusuk sangat, lebih kepada manis tradisional yang “naik perlahan” bila kita kunyah. Tekstur dia pula unik, ada sedikit rangup di luar dan lembut di dalam, terutama kalau baru siap dibuat. Ramai orang suka makan waktu santai, minum petang, atau jadikan snek ringan bila lepak dengan keluarga dan kawan-kawan. Selain sebagai kudapan, gulo-gulo tareh juga sering dijadikan buah tangan. Kalau orang datang melancong ke Sumatera Barat, memang antara manisan yang selalu dibeli untuk dibawa balik. Harganya pun biasanya berpatutan, sebab bahan dia simple tapi proses buat dia yang memerlukan kesabaran dan kemahiran. Bagi masyarakat Minang, gulo-gulo tareh bukan sekadar gula tarik biasa. Ia melambangkan warisan budaya dan kepakaran orang lama dalam menghasilkan makanan tradisional daripada bahan yang sangat asas. Walaupun sekarang dah banyak pilihan snek moden, coklat import dan manisan viral, gulo-gulo tareh tetap ada tempat tersendiri di hati orang kampung dan juga generasi muda yang nak rasa makanan tradisi. Pendek kata, gulo-gulo tareh ni manisan klasik yang simple dari segi bahan, tapi kaya dari segi sejarah, rasa dan nilai budaya. Manis dia bukan saja pada rasa, tapi juga pada kenangan yang dibawa bersama setiap gigitan. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Muhamad Rafi
GULAI TAMBUNSU : LAUK TRADISI YANG TAK SEMUA ORANG TAU
Kalau sebut masakan Minangkabau, ramai terus ingat rendang atau dendeng. Tapi sebenarnya ada satu lauk yang tak kurang istimewa, cuma tak semua orang berani cuba gulai tambunsu ni. Pertama kali tengok memang ada yang rasa ragu-ragu. Bentuknya lain sikit daripada lauk biasa. Tambunsu ni sebenarnya usus lembu yang dibersihkan betul-betul, kemudian diisi dengan campuran telur dan tahu yang sudah dihancurkan. Ada juga yang tambah daun bawang atau sedikit lada supaya rasa dia lagi naik. Lepas siap isi, ia direbus dulu sampai isi dalam tu padat dan tak pecah. Yang buat dia lagi menarik tentu saja kuah gulai dia. Kuahnya pekat, warna kuning keemasan campur merah sikit sebab cili. Bau santan dan rempah memang kuat, dari jauh pun sudah boleh rasa harum dia. Rempah yang digunakan tak jauh beda dengan gulai Minang lain, kunyit, lengkuas, serai, cili giling, tapi bila bersatu dengan tambunsu, rasa dia jadi lain macam. Bila dipotong dan dihidangkan, bahagian dalam nampak padat dan lembut. Tekstur dia unik luar sedikit kenyal, dalam lembut berlemak. Makan dengan nasi panas memang ngam. Lagi sedap kalau kuah gulai tu disiram banyak atas nasi, biar meresap betul-betul. Rasa dia lemak santan, ada pedas manja, dan cukup rempah. Tak terlalu kuat, tapi cukup untuk buat orang tambah nasi. Biasanya gulai tambunsu ni senang jumpa di kedai nasi kapau atau rumah makan Minang. Di kawasan seperti Bukittinggi atau Padang, lauk ni bukan benda pelik. Orang tempatan dah biasa makan dari kecil lagi. Cuma bagi orang luar, mungkin nampak jarang. Yang menariknya, gulai tambunsu ni juga menggambarkan cara orang Minangkabau menghargai setiap bahan. Tak ada istilah membazir. Semua bahagian dimanfaatkan dan dimasak dengan penuh rasa. Dari situ nampak nilai tradisi dan cara hidup mereka yang sederhana tapi penuh makna. Kadang-kadang lauk macam ni yang buat pengalaman makan jadi lebih istimewa. Bukan sekadar kenyang, tapi ada cerita di sebalik setiap hidangan. Bila makan di tanah Minang sendiri, suasana pun lain duduk di kedai makan sederhana, lauk tersusun di meja panjang, pilih ikut selera. Kalau korang nak rasa sendiri gulai tambunsu yang asli dan suasana makan di tanah Minang, memang lebih puas kalau datang terus ke sana. Tak perlu pening fikir perjalanan atau tempat makan mana yang best, korang boleh pesan pakej bersama BMW 2002 Tour. Perjalanan jadi lebih mudah, makan pun puas, dan pengalaman tu lain macam bila dirasai sendiri. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis: Chindy Amelia
KUBURAN PANJANG TANTEDJO GURHANO: WARISAN SILAM YANG KEKAL TERPELIHARA HINGGA KINI
Gambar.1.1 Kuburan panjang tantedjo gurhano (Blogger Anna Williams) Di lereng gunung yang dibaluti kabut pagi, di nagari Pariangan kampung tertua dan penuh sejarah di Ranah Minang tersimpan sebuah pusaka yang membangkitkan rasa ingin tahu: Kuburan Panjang Tantedjo Gurhano. Bukan sekadar tumpukan tanah dan batu, makam ini adalah saksi bisu sejarah dan legenda yang hidup, tempat di mana masa lalu berbisik kepada generasi kini. Ukuran Kuburan Panjang ini dianggarkan sekitar ±25 meter panjangnya, dengan lebar antara 1 hingga 1.5 meter. Panjang yang luar biasa ini menjadikannya dikenali sebagai “kuburan panjang” dan menjadi antara daya tarikan utama bagi pengunjung yang datang ke Pariangan. Dari pandangan pertama sahaja, ukurannya sudah cukup membuatkan sesiapa terpaku dan tertanya-tanya tentang kisah di sebalik makam bersejarah ini. Yang lagi unik, orang kampung percaya setiap kali makam ini diukur oleh individu yang berbeza, hasilnya juga tidak sama ada yang terlebih panjang, ada yang terkurang sedikit. Bagi masyarakat setempat, perbezaan ini bukan sekadar soal ukuran, tetapi sebahagian daripada rahsia dan keistimewaan pusaka lama yang terus hidup dalam cerita turun-temurun hingga hari ini. Menurut cerita penduduk tempatan, makam ini milik seorang tokoh berpengaruh yang telah meninggalkan jejak penting dalam adat dan budaya Minangkabau. Setiap inci makam bukan hanya simbol fizikal, tetapi lambang pengaruh, kebijaksanaan, dan nilai-nilai silam yang dijaga dengan penuh hormat dari generasi ke generasi. Walaupun zaman terus berubah, penghormatan terhadap makam ini tetap utuh, membuktikan bahawa warisan silam tidak mudah dilupakan. Teringin tengok langsung dan rasakan suasana berbeza di Kuburan Panjang Tantedjo Gurhano? Jom ambil pakej bersama BMW 2002 Tour. Bukan sekadar melawat, tetapi menyusuri sejarah dan merasai sendiri suasana kampung tertua di Pariangan yang penuh cerita. Hubungi kami dan pilih pakej yang sesuai biar pengalaman ke Ranah Minang jadi lebih bermakna. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Bunga Syukria
WARNA-WARNI RAMADHAN DI MINANGKABAU: MENJELAJAH RASA DI PASAR PABUKOAN
G.1 Suasana Berburu Takjil di Pasar Pabukoan Menjelang Berbuka Puasa Ramadhan di Minangkabau sentiasa hadir dengan suasana yang berbeza. Bila matahari mula condong ke barat dan langit bertukar warna keemasan, orang ramai mula memenuhi jalan-jalan di Sumatera Barat. Inilah waktu yang paling dinanti waktu memburu juadah berbuka di pasar pabukoan. Pasar pabukoan bukan sekadar tempat membeli makanan. Ia adalah tradisi. Setiap gerai menyusun aneka hidangan penuh warna daripada yang manis, berlemak santan, hinggalah yang pedas dan menyengat selera. Bau gulai yang sedang dipanaskan, aroma kuih tradisional yang baru diangkat, dan deretan minuman sejuk berais menjadi pemandangan biasa setiap petang Ramadhan. Di sinilah rasa Minangkabau benar-benar terasa. Kuih-muih tradisional, lamang tapai, kolak pisang, bubur kampiun, serta berbagai lauk pauk khas ranah Minang tersusun rapi menunggu pembeli. Bukan sekadar makanan, tetapi sebahagian daripada cerita dan warisan turun-temurun. G.2 Beberapa Pilihan Santapan Manis Saat Berbuka Puasa Memburu takjil juga bukan sekadar membeli makanan. Ia adalah momen kebersamaan. Ada yang datang bersama keluarga, ada yang bersama rakan-rakan, malah ada juga yang menjadikan waktu ini sebagai peluang berjalan santai sambil menikmati suasana petang Ramadhan. Anak-anak seronok memilih kuih kegemaran, sementara orang dewasa sibuk membuat pilihan terbaik untuk hidangan di rumah. Selain memeriahkan suasana, tapi juga turut memberi peluang kepada peniaga kecil untuk menambah pendapatan. Ramadhan menjadi bulan yang bukan sahaja penuh keberkatan dari segi ibadah, tetapi juga membawa rezeki kepada ramai orang. Inilah antara keindahan Ramadhan yang menyatukan masyarakat dalam suasana harmoni. Kalau nak rasakan sendiri pengalaman memburu takjil dengan suasana yang lebih unik dan penuh cita rasa tradisional, jom datang ke Sumatera Barat. Dekat sini, berbagai juadah khas Minang menanti untuk dicuba menjelang waktu berbuka. Lagi best, korang boleh ambik Pakej Special Ramadhan Tour bersama BMW 2002 Tour. Bukan sahaja dapat menikmati warna-warni bazar Ramadhan, tapi juga jelajah destinasi menarik sambil merasai suasana puasa yang berbeza. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis: Bunga Syukria
Alahan Panjang, Destinasi Sejuk yang Buat Hati Rasa Lebih Tenang
Pernahkah anda mendengar tentang Nagari Alahan Panjang di Sumatera Barat? Tempat ini kini semakin mendapat perhatian pelancong yang ingin mencari suasana sejuk dan mendamaikan, jauh daripada kesibukan kota. Terletak di dataran tinggi Kabupaten Solok, Alahan Panjang terkenal dengan udara nyaman yang dapat dirasai sebaik sahaja tiba. Suhunya lebih rendah dibanding kawasan sekitarnya. Tiupan angin yang lembut, langit yang terasa luas, serta panorama terbuka tanpa deretan bangunan tinggi menghadirkan suasana yang lapang dan menenangkan. Segalanya seolah-olah memberi ruang untuk bernafas dengan lebih lega dan menikmati ketenangan alam sepenuhnya. Antara tarikan utama di sini ialah keindahan Danau Diatas dan Danau Dibawah. Dua tasik yang terletak berdekatan ini menawarkan panorama air yang tenang dengan pemandangan bukit menghijau di sekelilingnya. Waktu pagi, kabus nipis selalunya turun perlahan-lahan, menjadikan suasana lebih damai dan sedikit magis. Duduk sekejap menikmati pemandangan pun sudah cukup untuk buat hati rasa tenang. Selain tasik, Alahan Panjang juga dikenali dengan kebun sayur dan kebun strawberi yang luas terbentang. Deretan tanaman hijau yang tersusun kemas menjadikan kawasan ini nampak sangat segar dan cantik untuk bergambar. Tanpa perlu dekorasi berlebihan, alam semula jadinya sudah cukup indah untuk dijadikan latar foto. Yang paling istimewa tentang Alahan Panjang ialah suasananya yang tidak terlalu sesak dan tidak bising. Sesuai untuk short escape bersama keluarga atau kawan-kawan. Sama ada untuk bonding time, ambil gambar, atau sekadar menikmati udara segar, semuanya terasa lebih santai di sini. Kami menyediakan pakej 3D2N dan 4D3N khas untuk anda yang ingin meneroka keindahan Alahan Panjang dengan lebih santai dan teratur bersama BMW 2002 Tour. Segala jadual perjalanan serta susunan lawatan telah dirancang dengan teliti, jadi anda tak perlu pening memikirkan apa-apa. Datang sahaja dan nikmati udara sejuk, pemandangan yang memukau, serta setiap momen indah sepanjang percutian anda. Akhirnya, Alahan Panjang bukan sekadar destinasi yang sejuk. Ia adalah tempat untuk berehat seketika, menikmati alam, dan memberi ruang kepada diri sendiri untuk rasa lebih tenang. Kalau sedang merancang percutian ke Sumatera Barat, mungkin Alahan Panjang patut ada dalam senarai pilihan anda. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis: Bunga Syukria
GULAI ITIAK LADO MUDO: Pedasnya Buat Ingat Sampai Bila-bila
Itik pun boleh jadi lauk sehebat ni? Ramai yang terkejut bila pertama kali cuba gulai itiak lado mudo. Sekali rasa, terus faham kenapa orang Minangkabau bangga dengan hidangan ni. Kuah dia hijau, pedasnya lain macam, tapi sedap dia memang susah nak cerita. Gulai itiak lado mudo ni dibuat daripada daging itik yang dimasak bersama cili hijau dan rempah pilihan. Itiknya dimasak lama sampai empuk, supaya tak liat dan mudah dimakan. Bila kuah sudah sebati dengan daging, aromanya memang naik sampai boleh buat orang tak sabar nak suap nasi. Yang menarik, pedas lado mudo ni bukan pedas kosong. Ada rasa segar dari cili hijau dan daun-daun herba yang digunakan. Bila makan dengan nasi panas-panas, memang boleh tambah berkali-kali tanpa sedar. Di Minangkabau, hidangan ni selalunya disediakan waktu majlis atau kenduri tertentu. Ia bukan lauk biasa-biasa, tapi antara menu istimewa yang menunjukkan kekayaan rasa masakan Minang. Kalau korang betul-betul nak faham kenapa orang Minang suka sangat gulai itiak lado mudo ni, memang kena cuba sendiri dekat tempat asalnya. Makan panas-panas dengan nasi baru angkat, sambil udara kampung lalu — rasa dia lain, tak sama macam beli jauh atau bungkus bawa balik. Kadang bukan sebab lapar pun, tapi sebab kuah dia buat tangan nak tambah lagi. Supaya perjalanan lebih senang, korang boleh ikut Pakej BMW 2002 Tour. Tempat makan, laluan, semua sudah diatur, jadi tak pening nak cari mana yang betul-betul sedap. Korang datang saja, jalan santai, makan puas-puas. Lepas balik nanti biasanya mulalah teringat rasa tu, siap rancang nak datang lagi. Penulis : Chindy Amelia