Sumatera Barat, dianugerahi keindahan alam yang mempesona serta kekayaan landskap semula jadi yang menakjubkan. Di antara khazanah alamnya yang paling menawan ialah tasik-tasik indah yang terbentang di celah perbukitan dan gunung-ganang. Airnya yang jernih bagaikan cermin alam.
Berikut merupakan senarai tasik-tasik indah yang terdapat di Sumatera Barat:
- Tasik Tarusan Kamang

Tasik Tarusan Kamang merupakan salah satu tasik yang memiliki keindahan semula jadi dengan suasana yang tenang dan dikelilingi kehijauan alam. Tasik ini sering dimanfaatkan oleh masyarakat setempat sebagai kawasan rekreasi serta sumber perikanan air tawar.
- Tasik Talang

Tasik Talang pula terletak di kaki Gunung Talang dan terkenal dengan udara yang sejuk serta pemandangan alam yang menenangkan. Kawasan sekitar tasik ini sesuai untuk aktiviti bersantai sambil menikmati keindahan gunung dan hutan yang masih terpelihara. - Tasik Ateh dan Tasik Bawah

Selain itu, terdapat juga Tasik Ateh dan Tasik Bawah yang dikenali sebagai Tasik Kembar. Kedua-dua tasik ini terletak berdekatan antara satu sama lain dan menawarkan panorama alam yang indah dengan latar belakang perbukitan serta ladang pertanian masyarakat setempat. - Tasik Maninjau

Tasik Maninjau merupakan antara tasik paling terkenal di Sumatera Barat. Terbentuk daripada letusan gunung berapi, tasik ini dikelilingi oleh bukit-bukau yang menjadikan pemandangannya sangat memukau. Kehidupan masyarakat di sekitar tasik turut menambah nilai budaya dan keunikan kawasan ini. - Tasik Singkarak
Tasik Singkarak pula ialah tasik terbesar di Sumatera Barat dan merentasi dua daerah. Selain menjadi sumber perikanan, tasik ini juga terkenal sebagai destinasi pelancongan serta lokasi pelbagai aktiviti sukan air dan acara peringkat antarabangsa.Korang boleh terokai semua tasik cantik ini dengan ambil Pakej Tour 4H3M Padang Bukittinggi bersama BMW 2002 Tour. Pakejnya lengkap, termasuk penginapan, pengangkutan, dan pemandu profesional. Pengalaman jalan-jalan yang menyeronokkan dan tenang menanti korang!
WE GUIDE YOU TO BEAUTY
Penulis: Bunga Syukria


