
Gulai hitam Sulik Aia merupakan salah satu makanan tradisional Minangkabau yang berasal dari kawasan Sulik Aia di Sumatera Barat. Masakan ni cukup terkenal dalam kalangan masyarakat tempatan sebab mempunyai keunikan tersendiri yang jarang dijumpai pada gulai lain.Kalau kebanyakan gulai biasanya berwarna kuning atau kemerahan, gulai hitam Sulik Aia pula mempunyai kuah yang berwarna hitam pekat. Warna inilah yang menjadikan hidangan ni nampak berbeza dan menarik perhatian orang yang pertama kali melihatnya.
Keunikan gulai hitam ni bukan saja pada warnanya, tapi juga pada cara memasaknya. Proses memasak gulai hitam Sulik Aia biasanya mengambil masa yang agak lama kerana bahan-bahan dan rempah perlu dimasak sehingga benar-benar sebati. Rempah yang digunakan juga terdiri daripada pelbagai bahan tradisional yang biasa digunakan dalam masakan Minangkabau. Proses memasak yang lama inilah yang membantu menghasilkan kuah yang pekat dan warna hitam yang khas.
Di kalangan masyarakat setempat, gulai hitam Sulik Aia juga sering dimasak ketika ada acara tertentu seperti kenduri, majlis keluarga, atau acara adat. Hidangan ni biasanya dihidangkan bersama nasi panas dan dimakan secara bersama-sama. Suasana makan bersama inilah yang menjadikan gulai hitam bukan sekadar makanan, tetapi juga menjadi simbol kebersamaan dan kekeluargaan dalam masyarakat. Bagi sesetengah orang, menikmati gulai hitam Sulik Aia juga mengingatkan mereka kepada kenangan kampung halaman dan tradisi lama.
Selain rasanya yang sedap, gulai hitam Sulik Aia juga mempunyai nilai budaya yang cukup penting. Makanan tradisional seperti ni menjadi salah satu cara untuk memperkenalkan kekayaan kuliner Minangkabau kepada masyarakat yang lebih luas. Oleh sebab itu, gulai hitam Sulik Aia perlu terus dipelihara dan diperkenalkan kepada generasi muda supaya tidak hilang ditelan zaman. Dengan adanya usaha untuk memperkenalkan makanan tradisional, warisan kuliner seperti gulai hitam Sulik Aia akan terus hidup dan dikenali oleh ramai orang.
Hidangan ni menunjukkan betapa kayanya tradisi kuliner masyarakat Minangkabau yang diwarisi sejak zaman dulu lagi. Dengan terus memperkenalkan dan mempromosikan makanan tradisional macam ni, gulai hitam Sulik Aia boleh kekal dikenali dan menjadi salah satu kebanggaan kuliner yang patut dihargai.
WE GUIDE YOU TO BEAUTY
Penulis : Muhammad Rafi

