MARAWA : SIMBOL KEBESARAN ADAT MINANGKABAU


Korang kalau nampak bendera ni kat sumatra barat, bendera ni ialah bendera tradisional masyarakat Minangkabau yang menjadi lambang kebesaran adat dan identiti budaya, nama bendera ni ialah marawa. Bendera ini terdiri daripada tiga warna menegak, iaitu hitam, merah dan kuning (emas), yang sarat dengan makna falsafah.

Marawa melambangkan konsep Luhak Nan Tigo, iaitu tiga wilayah adat utama Minangkabau: Luhak Limo Puluah, Luhak Agam dan Luhak Tanah Datar. Warna hitam melambangkan Luhak Limo Puluah yang sinonim dengan alim ulama serta keteguhan dalam memegang adat; warna merah melambangkan Luhak Agam yang menggambarkan keberanian, keagungan dan peranan cerdik pandai; manakala warna kuning atau emas melambangkan Luhak Tanah Datar yang mewakili raja atau penghulu sebagai simbol aturan dan undang-undang adat.

Dari sudut falsafah adat pula, hitam membawa maksud tahan tapo (tahan ditempa dan berakal), merah bermaksud tahan uji (berani), dan kuning bermaksud tahan isyarat (berilmu serta bijaksana). Marawa biasanya dikibarkan dalam majlis rasmi seperti perasmian rumah gadang, pelantikan penghulu, perkahwinan adat dan upacara kebudayaan lain.

Apabila Marawa berkibar megah ditiup angin, ia seakan-akan mengingatkan generasi muda tentang asal-usul, jati diri serta tanggungjawab untuk terus memelihara adat yang diwarisi sejak zaman nenek moyang. Ia selalunya dipasang berjajar di hadapan tempat majlis sebagai tanda kehormatan, perpaduan dan kekompakan masyarakat Minangkabau.

Kalau korang nak tengok bendera ni secara langsung Jom Pm BMW 2002 Tour! kita akan bawa korang pusing pusing Sumatra barat sembari tengok langsung bendera ni juga sejarah dari Minangkabau.

WE GUIDE YOU TO BEAUTY

Penulis: Egie Aulia Putri 

Share This Post!

Posts for You

  • All Posts
  • Culinary
  • Destinasi Pelancongan
  • Sejarah Minangkabau
  • Tips and Trik Bercuti
  • Tradisi dan Atraksi Budaya

Category

Tags

    Know More About Us

    BMW 2002 Tour is a tour agency based in Sumatera Barat, Indonesia

    PT. Bukittinggi Minang Wisata 2002 Tour, more famous with brand name BMW 2002 Tour was established in 2002 in Bukittinggi.

    Office Hours:

    Mon – Sat: 08.00 AM – 17.00 PM,
    Sunday: CLOSED

    About Us

    With a solid and professional team, we are committed to providing the best service. We offer Padang Bukittinggi – Pekanbaru Tour Packages, Transportation, MICE, Flight Tickets, and other services.

    You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

    © 2025 PT Bukittinggi Minang Wisata | Developed with ❤️ by Jagoweb