
Terletak di Kabupaten Tanah Datar, Puncak Pato merupakan salah satu destinasi alam yang menarik untuk dikunjungi di Sumatera Barat. Dari kawasan perbukitan ini, pengunjung dapat menikmati panorama alam yang luas dengan latar perbukitan hijau serta udara yang sejuk. Suasananya yang tenang membuatkan tempat ini sering menjadi pilihan pelancong yang ingin melihat keindahan alam dari ketinggian.
Dari puncak bukit, pengunjung boleh menyaksikan hamparan lembah, perkampungan masyarakat, serta deretan bukit yang mengelilingi kawasan tersebut. Pada hari yang cerah, pemandangannya kelihatan sangat memukau dan sering menjadi latar yang cantik untuk bergambar. Ramai juga pengunjung datang pada waktu pagi atau petang untuk menikmati udara yang lebih segar serta cahaya matahari yang menjadikan panorama sekitar lebih menawan.
Selain keindahan alamnya, Puncak Pato juga mempunyai nilai sejarah bagi masyarakat Minangkabau. Kawasan ini dikenali sebagai salah satu tempat penting yang berkaitan dengan sejarah dan adat Minangkabau. Oleh itu, tempat ini bukan sahaja menarik dari segi pemandangan, tetapi juga mempunyai nilai budaya yang tersendiri.
Lokasinya juga tidak terlalu jauh dari bandar Batusangkar, sehingga mudah diakses oleh pelancong yang berkunjung ke Tanah Datar. Dengan panorama alam yang indah, udara yang sejuk, serta suasana yang nyaman, Puncak Pato menjadi salah satu tempat yang patut dimasukkan dalam senarai perjalanan ketika melawat Sumatera Barat.
Kalau korang bercadang untuk melawat Puncak Pato, boleh je pilih pakej percutian bersama BMW 2002 Tour. Dengan pakej tour yang disediakan, korang boleh menikmati perjalanan ke Puncak Pato sambil singgah ke beberapa destinasi menarik lain di sekitar Padang dan Bukittinggi.
WE GUIDE YOU TO BEUTY
Penulis : Bunga Syukria

