
Kalau anda berjalan di Pusat Bukittinggi, tak jauh dari kawasan Pasar Atas, ada satu lagi lokasi yang jadi nadi kehidupan masyarakat tempatan iaitu Pasar Bawah Bukittinggi. Terletak di kawasan Aur Tajungkang Tengah Sawah, pasar ini memang lebih dikenali sebagai pasar basah tempat orang datang membeli keperluan dapur setiap hari.
Seawal pagi lagi suasana sudah meriah. Sayur segar dari kawasan tanah tinggi, ikan, daging, cili, rempah dan pelbagai hasil tani tempatan memenuhi gerai-gerai yang tersusun rapat. Suara peniaga memanggil pelanggan dan aktiviti tawar-menawar jadi pemandangan biasa di sini. Bagi pelancong yang ingin melihat sendiri rutin harian masyarakat Bukittinggi, inilah tempat yang paling “real” dan penuh warna.
Memang benar, tak semua orang akan masukkan pasar basah dalam senarai lawatan. Tapi kalau anda jenis suka pengalaman autentik dan mahu rasa suasana tempatan sebenar, singgah sebentar di Pasar Bawah beri perspektif yang berbeza tentang bandar ini.
Kalau nak itinerary yang seimbang, ada alam, ada spot ikonik, dan ada pengalaman lokal macam Pasar Bawah, boleh rancang bersama BMW 2002 Tour. Jadikan trip Padang Bukittinggi anda lebih berkesan dan penuh pengalaman yang berbeza daripada biasa.
We Guide You To Beauty
Penulis : Nabila Rezki Syaputri


