SANJAI: KUDAPAN MINANGKABAU YANG BIKIN RINDU

Kalau sebut pasal kudapan Sanjai memang tak asing lagi kan? Sanjai memang antara yang selalu orang ingat dulu. Rupanya nampak ringkas saja, dibuat daripada singkong yang dihiris tipis kemudian digoreng sampai rangup. Tapi di sebalik kesederhanaan itu, sanjai ada rasa dan cerita yang buat ramai orang jatuh suka, lebih-lebih lagi bagi yang pernah singgah ke Sumatera Barat.

Nama sanjai ni sebenarnya dah lama orang Minang guna. Cerita pasal asal nama dia pun lebih kepada cerita orang-orang lama, turun-temurun saja. Ada yang cakap, dulu bila singkong ni dihiris dan digoreng, prosesnya cepat dan tak renyah, jadi orang panggil ikut gaya sebutan orang kampung, lama-lama jadi sanjai. Walaupun tak ada kisah resmi  atau catatan bertulis, nama tu terus kekal sampai sekarang dan bila orang sebut sanjai, semua orang terus tahu itu kerepek singkong khas Minangkabau.

Sanjai ni sebenarnya makanan yang nampak biasa saja, tapi bila sudah rasa, memang susah nak berhenti. Ia dibuat daripada ubi kayu yang dihiris nipis, digoreng sampai rangup, lepas tu disalut dengan perisa ikut selera. Walaupun bahan dia ringkas, rasa sanjai ni memang ada keistimewaan tersendiri.

Biasanya sanjai ni banyak dijumpai di kawasan Sumatera Barat. Kalau singgah ke Bukittinggi atau kawasan sekitarnya, memang senang sangat jumpa kedai sanjai. Bau sanjai yang baru digoreng tu kadang-kadang boleh tarik orang singgah walaupun asalnya tak ada niat nak beli.

Ada macam-macam jenis sanjai. Yang original rasanya masin dan lemak sikit, sesuai dimakan bila santai-santai. Tapi yang paling popular mestilah sanjai balado. Balado dia pedas, manis, dan ada rasa padu yang buat lidah rasa “hidup”. Ada juga sanjai lado hijau, pedasnya lain sikit, lebih segar dan tak terlalu menyengat, tapi tetap buat orang ketagih.

Sanjai ni bukan setakat makanan ringan. Bagi ramai orang, ia jadi simbol kenangan. Ada yang teringat kampung halaman, ada yang teringat jalan-jalan dengan keluarga, dan ada juga yang memang wajib beli sanjai setiap kali melancong. Sebab tu sanjai selalu dijadikan buah tangan bila balik dari Minang.

Sekarang ni, sanjai bukan saja dimakan di tempat asal. Banyak orang luar pun sudah kenal dan suka dengan kudapan ni. Walaupun dibawa jauh, rasa sanjai tetap sama, rangup dan penuh rasa.

Tampak sedap kan  kalau korang nak rasa sendiri sanjai yang asli dan segar terus dari tempat asalnya, korang boleh pesan pakej BMW 2002 Tour and Travel. Sambil jalan-jalan, sambil rasa sanjai terus dari sumbernya, memang pengalaman yang lain dari yang lain.

 

WE GUIDE YOU TO BEAUTY

 

Penulis: Chindy Amelia

Share This Post!

Posts for You

  • All Posts
  • Culinary
  • Destinasi Pelancongan
  • Sejarah Minangkabau
  • Tips and Trik Bercuti
  • Tradisi dan Atraksi Budaya

Category

Tags

    Know More About Us

    BMW 2002 Tour is a tour agency based in Sumatera Barat, Indonesia

    PT. Bukittinggi Minang Wisata 2002 Tour, more famous with brand name BMW 2002 Tour was established in 2002 in Bukittinggi.

    Office Hours:

    Mon – Sat: 08.00 AM – 17.00 PM,
    Sunday: CLOSED

    About Us

    With a solid and professional team, we are committed to providing the best service. We offer Padang Bukittinggi – Pekanbaru Tour Packages, Transportation, MICE, Flight Tickets, and other services.

    You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

    © 2025 PT Bukittinggi Minang Wisata | Developed with ❤️ by Jagoweb