
Gambar Batu Batikam tampak dari dekat
Batu Batikam ialah salah satu tapak sejarah yang penting dalam masyarakat Minangkabau dan terletak di Nagari Limo Kaum, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat. Tapak ini berkait rapat dengan sejarah awal pembentukan sistem adat Minangkabau. Nama Batu Batikam berasal daripada perkataan batikam yang membawa maksud tertusuk, merujuk kepada sebuah batu besar yang mempunyai lubang di bahagian tengahnya, yang dipercayai sebagai kesan tikaman keris pada zaman dahulu.
Menurut sejarah serta cerita turun-temurun, Batu Batikam wujud akibat perselisihan antara dua tokoh besar Minangkabau, iaitu Datuk Ketemanggungan dan Datuk Perpatih Nan Sabatang. Perselisihan tersebut berkaitan dengan perbezaan pandangan dalam sistem pemerintahan adat. Datuk Ketemanggungan memperkenalkan sistem adat Koto Piliang yang bersifat berperingkat dan berunsur bangsawan, manakala Datuk Perpatih Nan Sabatang memperkenalkan sistem adat Bodi Caniago yang menekankan prinsip permuafakatan dan kesamarataan. Perbezaan ini pernah menimbulkan ketegangan serta konflik dalam kalangan masyarakat.
Untuk mengelakkan pertumpahan darah yang lebih besar, Datuk Perpatih Nan Sabatang telah mengambil tindakan simbolik dengan menikam sebuah batu menggunakan keris sebagai tanda menghentikan konflik. Tindakan ini melambangkan bahawa perbezaan pendapat hendaklah diselesaikan melalui permuafakatan dan kebijaksanaan, bukannya dengan kekerasan. Sejak peristiwa tersebut, batu itu dikenali sebagai Batu Batikam dan dijadikan lambang perdamaian dalam adat Minangkabau.
Sehingga kini, Batu Batikam terus dipelihara sebagai warisan budaya dan menjadi saksi penting dalam sejarah perkembangan adat Minangkabau. Kalau you all nak tengok tapak sejarah Minangkabau ni boleh datang dan tengok langsung. Dengan ambik Pakej 4D3N Padang Bukittinggi bersama BMW 2002 Tour. So Jangan lepaskan peluang!
Baca Juga Artikel : https://www.bmw2002tour.com/menyusuri-jejak-awal-peradaban-minangkabau-kat-nagari-tuo-pariangan/
WE GUIDE YOU TO BEAUTY
Penulis :Bunga Syukria


