
Mungkin ramai yang belum mengetahui bahawa sejak hujung tahun 2025, Ngarai Maraam mula diperbarui oleh kerajaan setempat. Kini, kawasan ini tampil dengan wajah baharu yang lebih tersusun serta selesa untuk dilawati. Pembaruan tersebut meliputi penataan kawasan, penambahbaikan laluan pejalan kaki, serta penyediaan ruang yang lebih kemas bagi pengunjung untuk menikmati pemandangan ngarai dengan selamat dan tenang.
Walaupun mengalami pembaruan, korang tak payah risau sebab keaslian alam Ngarai Maram tetap dipelihara. Keindahan tebing ngarai yang hijau, udara yang sejuk, serta suasana semula jadi masih menjadi daya tarik utama. Gabungan antara kemudahan yang lebih baik dan alam yang terjaga menjadikan Ngarai Maram sesuai dikunjungi oleh pelancong yang mencari ketenangan, fotografi alam, mahupun percutian santai di Bukittinggi.
Ngarai Maraam juga memberi pengalaman unik melalui kehadiran monyet-monyet liar yang hidup bebas di kawasan ini. Di celah pepohonan dan tebing hijau, kelibat mereka sering muncul secara spontan, kadang melompat dari dahan ke dahan, kadang sekadar duduk memerhati suasana. Kehadiran haiwan ini menjadikan kunjungan terasa lebih hidup, seolah-olah pengunjung benar-benar berada di tengah alam yang masih asli.
Dirancang sebagai ruang awam yang mesra untuk semua lapisan masyarakat, pengussssssnjung tempatan mahupun pelancong dari luar kawasan. Gabungan antara ruang awam yang tertata dengan keindahan semula jadi menjadikan lokasi ini pilihan menarik bagi korang yang tengah cari pengalaman pelancongan yang tenang dan menyenangkan di bandar Bukittinggi.
Kalau korang tengah rancang percutian ke Bukittinggi dan nak singgah ke Ngarai Maraam dengan lebih teratur dan mudah, BMW 2002 Tour sediakan Pakej 4D3N Padang Bukittinggi yang patut korang ambil untuk Explore Ngarai Maram serta New Object Tourism lainnya. Bersama Kami ciptakan Percutian selesa dan moment manis tak terlupakan.
Baca juga :
https://www.bmw2002tour.com/category/destinasi-pelancongan/
WE GUIDE YOU TO BEAUTY
Penulis : Bunga Syukria


