WHEN SYAIR BECOMES DAKWAH: KENALI SALAWAT DULANG YANG UNIK DARI MINANGKABAU

Di Minangkabau, Sumatera Barat, terdapat satu tradisi budaya yang unik dan penuh makna, iaitu Salawat Dulang. Ia bukan sekadar persembahan seni, tetapi gabungan syair, selawat, dan dakwah Islam yang disampaikan dengan cara santai, mudah difahami, dan sarat pengajaran.
Tradisi ini menggunakan syair berirama sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Perkataan “dulang” merujuk kepada talam atau dulang besar yang sering dijadikan simbol dalam persembahan ini. Lazimnya, persembahan dilakukan secara berpasangan atau berkumpulan, di mana para pendendang akan berbalas syair dalam bentuk call and response, menjadikan suasana lebih hidup dan interaktif.
Keistimewaannya terletak pada gabungan hiburan dan dakwah dalam satu persembahan. Walaupun disampaikan secara santai, isi kandungannya sarat dengan nilai murni seperti bersyukur, menjauhi sifat sombong, mengingati kematian, serta menjaga hubungan sesama manusia. Unsur humor ringan turut diselitkan bagi menjadikan persembahan lebih dekat dengan penonton tanpa mengurangkan mesej utama.
Walaupun merupakan seni tradisional lama, persembahan ini masih kekal dipentaskan hingga kini di beberapa kawasan Minangkabau, khususnya dalam majlis adat, acara keagamaan, festival budaya, dan program komuniti. Ia berfungsi sebagai medium pendidikan masyarakat yang disampaikan melalui seni.
Boleh dianggap sebagai bentuk Islamic storytelling yang unik, iaitu penyampaian dakwah melalui seni berirama yang santai tetapi bermakna. Ia bukan sekadar hiburan, tetapi juga sarana penyampaian nilai dan nasihat secara lembut.
Jom rancang percutian ke Sumatera Barat dan alami sendiri keindahan tradisi ini secara live bersama BMW 2002 Tour. Bukan sekadar melancong, tetapi satu pengalaman budaya dan spiritual yang sukar ditemui di tempat lain. Pilih pakej yang paling sesuai dengan anda dan mulakan perjalanan sekarang!
Baca juga :
https://bmw2002tours.com/saluang-alunan-jiwa-dari-tanah-minangkabau
https://bmw2002tours.com/pernah-dengar-tradisi-basapa-tradisi-ziarah-yang-penuh-makna-di-minangkabau
WE GUIDE TOU TO BEAUTY
Penulis : Bunga Syukria


