TEH TALUA: MINUMAN TRADISIONAL MINANGKABAU YANG UNIK DAN BERKHASIAT Teh Talua merupakan minuman tradisional yang berasal dari Sumatera Barat, dan cukup famous dalam kalangan masyarakat Minangkabau. Minuman ini mempunyai keunikan tersendiri karena gabungan teh dengan kuning telur, hasilkan rasa yang lemak, manis dan mampu menghangatkan badan. Minuman ini sering dihidangkan di kedai kopi tradisional, terutama di kawasan bukittinggi. Cara penyediaannya istimewa sikit, kuning telur ayam kampung dikocok hingga kembang dan berbuih, kemudian dicampurkan dengan gula serta sedikit pperahan limau nipis bagi menghilangkan bau anyir. Selepas tu, air teh panas dituangkan secara perlahan sambil terus dikacau sehingga menghasilkan tekstur yang lembut dan berbuih di bahagian atas. Ada juga yang menambah susu pekat manis untuk memberi rasa lebih berkrim. Selain rasanya yang unik, teh talua juga dipercayai mempunyai berbagai khasiat. Kandungan protein daripada telur membantu menambah tenaga dan stamina, menjadikannya minuman pilihan bagi mereka yang memerlukan tenaga tambahan. Oleh sebab itu, minuman ni sering dikaitkan sebagai minuman tradisional yang memberi kekuatan kepada tubuh. Dari segi rasa, teh talua menawarkan kombinasi yang tak biasa namun menarik. Rasa pahit teh, manis gula dan lemak telur berpadu dengan harmoni, ditambah pula dengan aroma segar limau nipis yang menjadikannya lebih sedap diminum. Kini, teh talua bukan sahaja dinikmati oleh masyarakat tempatan, malah turut menarik perhatian pelancong yang datang ke Sumatera Barat. Keunikan dan nilai tradisinya menjadikan teh talua sebagai salah satu warisan kuliner yang wajar dipelihara dan diperkenalkan kepada generasi akan datang. So kalau korang nak juga rasai minum Teh Talua ni, Jom PM BMW 2002 Tour, kita akan ajak Korang minum teh talua langsung dari Sumatra Barat! WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Egie Aulia Rizky
BENTENG FORT DE KOCK, SISA DI TENGAH KOTA BUKITTINGGI YANG MASIH BERDIRI
BENTENG FORT DE KOCK, SISA SEJARAH DI TENGAH KOTA BUKITTINGGI YANG MASIH BERDIRI Kalau singgah ke Bukittinggi, bukan saja pemandangan alam dia yang menarik, tapi ada juga tempat bersejarah yang masih boleh korang tampak sampai hari ini. Salah satunya ialah Benteng Fort de Kock. Benteng ini sudah lama wujud sejak zaman penjajahan Belanda. Letaknya di kawasan yang agak tinggi, sebab dulu tempat macam ni memang dipilih untuk memudahkan melihat keadaan sekeliling. Dari situ juga mudah untuk mengawal kawasan sekitar. Sekarang, walaupun sudah banyak berubah, benteng ini masih jadi salah satu tempat yang menarik untuk dilawati. Tak terlalu besar, tapi cukup untuk bagi gambaran tentang sejarah yang pernah berlaku di situ. Dindingnya sederhana, tapi ada rasa lama yang masih terasa bila berada di sana. Kalau korang datang kat sini, suasananya agak tenang. Tak seramai tempat pelancongan lain, jadi sesuai kalau nak jalan santai sambil tengok sekeliling. Dari kawasan benteng, boleh nampak pemandangan sekitar kota yang cukup cantik, terutama waktu cuaca cerah. Yang menarik, benteng ini terletak berhampiran kawasan lain yang juga sering dikunjungi pelancong. Jadi senang kalau nak singgah sekali dalam satu perjalanan. Biasanya orang datang bukan saja untuk ambil gambar, tapi juga untuk rasa suasana sejarah yang masih ada. Walaupun nampak sederhana, tempat macam ni tetap penting. Ia jadi pengingat tentang masa lalu dan bagaimana kawasan ini berkembang sampai jadi seperti sekarang. Kadang bila berjalan di kawasan benteng, terasa lain sikit. Angin sepoi sepoi, suasana yang tenang, dan bangunan lama yang masih berdiri, semuanya buat pengalaman tu lebih bermakna. Kalau korang nak tengok sendiri Benteng Fort de Kock dan tempat menarik lain di Minangkabau, memang lebih mudah kalau korang ikut pakej bersama BMW 2002 Tour. Tak perlu pening fikir laluan atau tempat nak pergi mana. Tinggal datang, duduk santa, jalan santai, dan nikmati sendiri keindahan serta sejarah yang ada di tanah Minang. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis: Chindy Amelia
MARTABAK KUBANG, STREET FOOD SIMPLE TAPI RASA KAYANGAN
”MARTABAK KUBANG” STREET FOOD SIMPLE TAPI RASA KAYANGAN Kalau sebut pasal Street food, memang tak sah kalau tak masuk dalam list makanan yang simple tapi padu. salah satu yang makin ramai orang cari sekarang ni Martabak Kubang. Nampak macam biasa je, tapi siapa yang dah pernah rasa, mesti tahu dia punya ”power” tu macam mana. Martabak Kubang ni sebenarnya bukanlah benda baru, tapi populariti dia makin naik sebab orang dah mula sedar keunikan rasa dia. Berasal dari kawasan Kubang, dia punya identiti tersendiri yang buat dia lain dari martabak yang kita selalu jumpa kat bazar atau tepi jalan. Dari segi rupa, memang tak nampak fancy pun. Kulit dia tipis, digoreng sampai bewarna keemasan dengan inti daging cincang, telur, bawang dan kadang – kadang daun bawang. Tapi jangan tertipu dengan rupa dia yang simple tu bila dah digigit, terus faham kenapa ramai yang sanggup beratur semata-mata nak beli. Yang buat makanan lezat satu ni banyak digemari salah satunya sebab keseimbangan rasa dia. Doh dia tidak terlalu tebal macam sesetengah martabak lain, jadi bila makan tak rasa muak. Inti dia pula cukup rasa rempah yang meresap elok, tak terlalu kuat tapi cukup bagi ”kick” yang buat lidah rasa puas. Proses masak dia pun ada seni dia sendiri. Adunan doh ditebar nipis, kemudian inti dimasukkan, lipat kemas-kemas, lepas tu goreng atas kuali leper dengan minyak secukupnya. Bunyi dia masa tengah goreng tu pun dah buat perut berkeroncong ”sssshh” tanda nak siap makan sedap. Lagi best ialah, kalau makan masa panas- panas sebab kulit luar rangup, dalam pula lembut dan berjus. Bila cicah dengan kuah kari atau sos cili, memang terus naik level rasa dia. Ada juga orang suka makan dengan acar timun bagi tambahrasa segar memang ngam abis. Selain daripada rasa, harga juga jadi salah satu sebab kenapa makanan ni jadi kegemaran ramai. Dengan harga yang berpatutan, korang boleh dapat makanan yang mengenyangkan. Tak kira student, pekerja, atau keluarga, semua boleh enjoy tanpa rasa terbeban. Menariknya, sekarang dah mula ada divariasikan ikut selera semasa. Ada yang tambah cheese, ada yang buat versi ayam, sampai yang buat saiz mini untuk senang makan. Tapi walau macam mana pun versi dia, yang original tetap jadi pilihan ramai sebab rasa yang klasik memang sussah nak lawan. Bagi sesetengah orang, makan martabak kubang bukan sekadar isi perut je, tetapi juga satu pengalaman. Bau dia yang harum, bunyi gorengan, suasana beli kat gerai tepi jalan semua tu bagi vibe yang susah nak dapat dari makanan lain. Pendek kata, martabak kubang ni bukti jelas yang street food tak perlu fancy untuk dapat yang sedap. kadang – kadang yang paling simple tu lah yang paling ”kena” di hati. Kalau korang belum pernah cuba lagi, memang rugi besar. Sekali rasa, memang confirm akan repeat lagi. Jom ambil percutian with BMW 2002 Tour untul rasai pengalaman sebenarnya. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Muhammad Rafi
PINDIK HITAM PAYAKUMBUH, KUIH TRADISIONAL YANG NAMPAK GELAP TAPI SEDAP
PINDIK HITAM PAYAKUMBUH, KUIH TRADISIONAL YANG NAMPAK GELAP TAPI SEDAP Kalau singgah ke kawasan Payakumbuh, kadang ada satu kuih yang warnanya agak gelap, hampir hitam. Sekali pandang mungkin orang tak begitu tertarik, tapi bagi yang sudah pernah rasa, memang tahu itu pindik hitam, salah satu kuih tradisional Minangkabau yang cukup unik. Pindik versi ini berbeda sikit daripada yang biasa. Warna hitam itu biasanya datang daripada bahan seperti gula merah atau campuran tertentu yang memberi warna lebih gelap. Dari situ juga rasa dia jadi lebih pekat dan sedikit karamel. Cara buatnya masih sederhana. Adunan daripada tepung beras akan digaul dengan santan dan bahan lain, lepas tu dimasak atau dikukus sampai jadi padat dan lembut. Walaupun bahan tak banyak, cara masak kena betul supaya tekstur dia jadi elok tak terlalu keras dan tak terlalu lembik. Bila sudah siap, pindik hitam ni nampak sederhana saja. Biasanya dipotong kecil atau dibentuk ikut cara masing-masing. Tapi bila dimakan, baru terasa beda dia. Tekstur dia keras, garing dan rasa dia manis-manis lemak dengan sedikit rasa gula yang lebih dalam. Kadang ada juga yang makan dengan kelapa parut untuk tambah rasa lemak. Gabungan tu memang kena manis, lemak, dan rasa dia sedap bila digigit. Di Payakumbuh, kuih macam ni masih boleh dijumpai di pasar atau dibuat sendiri di rumah. Walaupun tak sepopular kuih lain, tapi orang tempatan memang kenal dan suka. Bagi pelancong pula, kuih ni jadi sesuatu yang menarik untuk dicuba sebab rupa dan rasa dia yang berbeda. Pindik hitam ni sebenarnya contoh macam mana orang Minangkabau buat kuih daripada bahan sederhana, tapi tetap ada identiti sendiri. Tak perlu rupa yang cantik atau warna yang terang, tapi rasa dia tetap buat orang ingat. Kadang kuih macam ni yang buat orang rindu kampung. Makan sederhana, tapi penuh rasa dan kenangan. Kalau korang nak rasa sendiri pindik hitam khas Payakumbuh ni, memang lebih seronok kalau datang terus ke tanah Minang. Selain boleh cuba kuih tradisional, korang juga boleh lihat sendiri suasana kampung dan budaya masyarakatnya. Jangan lupa pesan pakej bersama BMW 2002 Tour, supaya perjalanan korang jadi lebih mudah dan korang boleh cuba berbagai lagi makanan tradisional Minangkabau yang unik. Sekali datang, memang susah nak lupa pengalaman tu. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Chindy Amelia
TARI LILIN, SENI TARI YANG MASIH HIDUP SAMPAI SEKARANG
TARI LILIN, SENI TARI YANG MASIH HIDUP SAMPAI SEKARANG Tari Lilin Minangkabau ialah salah satu tarian tradisi dari Minangkabau, Sumatera Barat. Tarian ni memang terkenal sebab penari bawa lilin menyala atas piring sambil menari dengan gerakan yang lembut. Walaupun zaman sekarang dah moden, Tari Lilin masih lagi wujud dan selalu dipersembahkan dalam macam-macam acara. Menurut cerita orang dulu-dulu, Tari Lilin datang daripada kisah seorang gadis yang hilang cincin masa waktu malam. Jadi dia cari cincin tu dengan bantuan lilin sebagai cahaya. Dari situ, gerakan mencari tu dijadikan tarian yang penuh makna dan keindahan. Lama-lama, tarian ni jadi sebahagian daripada budaya Minangkabau. Yang paling menarik pasal Tari Lilin ni mestilah lilin tu sendiri. Penari kena bawa piring dengan lilin menyala, tapi dalam masa yang sama kena menari dengan cantik tanpa jatuhkan lilin atau padamkan api. Bukan senang tau, perlukan latihan dan fokus yang tinggi. Gerakan dia pula lembut dan teratur, nampak sopan dan tenang. Muzik latar yang digunakan pun biasanya alat tradisional, jadi suasana dia memang rasa klasik dan mendamaikan. Tari Lilin bukan sekadar tarian biasa. Ia ada makna yang dalam. Contohnya, ia melambangkan kesabaran, usaha, dan ketekunan dalam hidup. Api lilin tu pula boleh dianggap sebagai harapan atau cahaya dalam kegelapan. Selain tu, tarian ni juga tunjukkan budaya Minangkabau yang penuh dengan sopan santun dan adab, terutamanya melalui cara penari bergerak. Walaupun banyak tarian moden sekarang, Tari Lilin masih lagi popular. Ia selalu dipersembahkan dalam majlis kahwin, acara budaya, dan festival. Ada juga versi moden yang digabungkan dengan elemen baru supaya lebih menarik untuk anak muda. Sekolah dan kumpulan seni pun banyak bantu kekalkan tarian ni dengan ajar generasi muda. Jadi, taklah hilang ditelan zaman. Tari Lilin memang satu seni tradisi yang unik dan masih bertahan sampai sekarang. Walaupun dunia berubah, tarian ni tetap ada tempat dalam hati masyarakat. Jadi, kita semua ada peranan untuk jaga dan teruskan warisan ni supaya tak hilang begitu je. bila nak tonton pertunjukan tari yang satu ni secara langsung, korang boleh ambik pakej special dengan BMW 2002 Tour. Boleh nikmati percutian yang berbaloi sambil tengok tari lilin sekali. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Muhammad Rafi
SAMBA BURUAK – BURUAK : LAUK MINANG YANG NAMANYA UNIK TAPI RASANYA MEMANG KENA
SAMBA BURUAK BURUAK : LAUK MINANG YANG NAMANYA UNIK TAPI RASANYA MEMANG KENA Kalau dengar nama samba buruak buruak, memang ramai yang akan tertanya tanya. Bunyi dia agak lain sikit, sampai ada yang ingat rasanya pun buruak. Tapi sebenarnya, lauk ni langsung tak seperti namanya. Malah bagi orang Minangkabau, inilah antara hidangan kampung yang cukup digemari. Samba dalam bahasa Minang merujuk kepada sambal atau lauk berempah. Manakala buruak buruak tu lebih kepada nama yang sudah melekat dari dulu, bukan bermaksud rasa dia tak sedap. Kadang nama dalam masakan Minang memang begitu unik, tapi ada ceritanya sendiri. Samba buruak buruak biasanya dibuat menggunakan bahan seperti ikan, terung, kadang ikan kering atau ikan segar, yang dimasak bersama cili, bawang dan sedikit rempah lain. Cara masaknya tak terlalu rumit, tapi kena pandai seimbangkan rasa supaya tak terlalu masin atau pedas. Yang menarik, lauk ni tak berkuah sangat. Lebih kepada sambal kering yang disalut pada ikan. Bila sudah masak, baunya memang naik, campur antara pedas cili dan aroma ikan yang dimasak sampai betul-betul meresap. Rasa dia pula pedas, sedikit masin, dan ada rasa khas yang buat orang selera makan. Biasanya dimakan dengan nasi panas saja pun sudah cukup. Kadang tambah sedikit ulam atau sayur, memang lengkap. Di kawasan Minangkabau seperti Bukittinggi atau kampung sekitar Sumatera Barat, lauk macam ni masih boleh dijumpai, terutama di rumah rumah atau kedai makan kecil. Walaupun tak sepopular rendang, tapi bagi orang tempatan, ini antara lauk yang biasa dan selalu dimakan. Masakan macam samba buruak buruak ni sebenarnya menunjukkan cara orang Minang masak dengan bahan yang ada, tapi tetap jaga rasa. Tak perlu bahan yang banyak, tapi hasilnya tetap sedap dan membuka selera. Kadang lauk macam ni yang buat orang rindu kampung. Makan panas-panas, lauk pedas, sambil duduk santai, itu yang buat dia terasa lain. Kalau korang nak cuba sendiri samba buruak buruak yang asli ni, memang lebih best kalau korang datang terus ke tanah Minang. Selain boleh rasa makanan tradisional, korang juga boleh tengok sendiri budaya masyarakatnya. Jangan lupa pesan pakej bersama BMW 2002 Tour, supaya perjalanan korang jadi lebih mudah dan korang boleh cuba berbagai lagi makanan khas Minangkabau yang mungkin jarang ditemui di tempat lain. Sekali datang, memang susah nak lupa pengalaman tu. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Chindy Amelia
KATAN DURIAN MINANG, MANIS LEMAK SAMPAI TERNGIANG
KATAN DURIAN MINANG, MANIS LEMAK SAMPAI TERNGIANG Ketan durian minang antara kuih tradisi yang tak pernah lapuk dek zaman. Dalam dunia sekarang yang penuh dengan makanan viral, dessert modern, dan trend cafe yang sentiasa berubah, katan durian masih kekal sebagai salah satu hidangan yang punya identiti kuat dan nilai budaya yang tinggi. Bagi masyarakat Minangkabau, kuihni bukan sekadar makanan untuk isi perut, tapi juga satu simbol warisan yang penuh makna dan kenangan. Kalau kita imbas balik, ketan durian ni dah lama wujud dalam kehidupan masyarakat Minang. Ia lahir dari kesederhanaan bahan yang ada di sekitar pulut, santan, dan durian. Tapi dari bahan yang nampak biasa ni, tercipta satu hidangan yang luar biasa dari segi rasa dan penuh pengalaman makan. Inilah keunikan masakan tradisi simple tapi penuh jiwa. Pulut sebagai bahan asas memainkan peranan penting dalam hidangan ni. Proses nak hasilkan pulut yang sempurna bukan boleh buat sambil lewa. Beras pulut biasanya direndam dulu beberapa jam supaya teksturnya nanti jadi lebih lembut dan sekata bila dikuks. Lepas tu, pulut dikukus dengan teknik yang betul tak boleh terlalu lembik, tak boleh terlalu keras. Bila dah masak, pulut akan digaul dengan santan yang pekat, kadang-kadang ditambah sedikit garam untuk seimbangan rasa. Hasilnya adalah pulut yang lemak, wangi, dan cukup ”ngam” bila dimakan dengan kuah durian. Masuk pula bab kuah durian ini memang highlight utama. Durian yang digunakan selalunya durian tempatan yang dah betul-betul masak ranum. Isi durian yang lembut dan beraroma kuat akan dimasak bersama santan segar dan gula. Ada juga yang tambah daun pandan untuk bagi aroma lebih wangi dan menyelerakan. Proses memasak kuah ni kena jaga api dan sentiasa kacau supaya santan tak pecah. Bila dah siap, kuah dia akan jadi pekat, creamy, dan penuh rasa durian asli. Bau dia je pun dah boleh buat orang lapar. Gabungan pulut dan kuah durian ni memang satu kombinasi yang “perfect”. Tekstur pulut yang kenyal berpadu dengan kuah durian yang lembut dan berkrim, menghasilkan rasa yang seimbang antara lemak dan manis. Setiap suapan tu bukan saja sedap, tapi juga memberi kepuasan yang susah nak digambarkan dengan kata-kata. Sebab tu ramai yang kata, katan durian ni bukan sekadar makanan ia satu pengalaman. Kalau kita fikir lebih dalam, katan durian ni sebenarnya melambangkan banyak perkara kesederhanaan, kreativiti, kebersamaan, dan penghargaan terhadap alam. Dari bahan yang mudah didapati, masyarakat Minang berjaya hasilkan sesuatu yang bukan saja sedap, tapi juga penuh makna. Inilah keindahan warisan tradisi yang patut kita jaga dan teruskan. Akhir kata, katan durian Minang bukan sekadar kuih biasa. Ia adalah cerita tentang budaya, kenangan masa lalu, dan rasa yang menyatukan generasi. Dalam setiap suapan, ada rasa manis, lemak, dan juga nostalgia. Jadi kalau ada peluang untuk rasa sendiri, jangan lepaskan sebab sekali cuba, memang confirm akan teringat-ingat lama. Bila you all nak rasa sendiri makanan manis yang satu ni, apa kata datang terus ke Sumatera Barat dan cuba depan mata? Lagi best, ambil je special pakej 4D3N Padang Bukittinggi dengan BMW 2002 Tour. Tak payah pening susun itinerary atau fikir nak cari kat mana, semua dah kami aturkan siap-siap. Sambil jalan tengok keindahan alam, terus nikmati katan durian. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Muhammad Rafi
TARI PAYUNG : GERAK LEMBUT YANG PENUH MAKNA DARI MINANGKABAU
TARI PAYUNG: GERAK LEMBUT YANG PENUH MAKNA DARI MINANGKABAU Kalau bercakap tentang budaya Minangkabau, bukan saja makanan atau pakaian adat yang menarik perhatian, tapi juga tarian tradisionalnya. Salah satu yang cukup dikenali ialah tari payung. Sekali tengok saja, sudah nampak keindahan geraknya yang lembut dan teratur, tak tergesa gesa tapi tetap memikat. Tari payung biasanya dipersembahkan secara berpasangan, lelaki dan perempuan. Yang paling mencuri perhatian tentu saja payung yang dibawa oleh penari lelaki. Payung itu bukan sekadar hiasan, tapi ada maksud yang lebih dalam. Dalam makna yang sering diceritakan, payung melambangkan perlindungan. Ia menggambarkan bagaimana seorang lelaki menjaga dan melindungi wanita di sampingnya. Sebab itu kalau perhatikan betul betul, gerakan penari lelaki dengan payung tu seolah olah melindungi pasangan, bagi rasa tenang dan selamat. Gerakan dalam tari payung tak terlalu laju. Lebih kepada lembut dan beralun, ikut irama muzik yang dimainkan. Setiap langkah nampak teratur, tak berlebihan, tapi cukup untuk buat orang yang tengok rasa tenang. Penari wanita pula bergerak dengan penuh sopan, langkah kecil, tangan diatur cantik semuanya nampak kemas dan terjaga. Kalau diperhatikan, bukan senang nak buat tarian ni nampak ringan. Walaupun gerakannya nampak simple, sebenarnya perlukan latihan supaya setiap langkah selaras dengan muzik dan pasangan. Dari cara pegang payung, cara berpusing, sampai ke gerakan tangan, semua ada kiraannya. Di tempat seperti Padang dan Bukittinggi, tari payung masih dipersembahkan dalam acara budaya, majlis rasmi, atau untuk menyambut tetamu. Kadang kadang pelancong yang datang pun tertarik nak tengok sebab geraknya nampak unik dan berbeda. Yang menariknya, tari payung bukan sekadar untuk tontonan. Ia juga bawa cerita tentang kehidupan masyarakat Minangkabau tentang hubungan, tentang cara menghargai pasangan, dan juga tentang kesopanan dalam pergaulan. Semua itu disampaikan melalui gerakan, tanpa perlu kata-kata. Bila tengok tarian ni lama lama, ada rasa tenang. Tak bising, tak terlalu kuat, tapi cukup untuk buat orang fokus. Gerakan yang perlahan tu kadang lebih terasa, sebab kita boleh nampak setiap detail dengan jelas. Kadang benda macam ni yang buat orang rasa dekat dengan budaya sesuatu tempat. Bukan sebab ia besar atau megah, tapi sebab cara ia disampaikan sederhana, tapi penuh makna. Kalau korang nak tengok sendiri keindahan tari payung dan budaya Minangkabau dengan lebih dekat, memang lebih best kalau korang datang terus ke tanah Minang. Boleh rasa sendiri suasana dan lihat bagaimana tarian ini dipersembahkan secara langsung. Lagi mudah kalau korang ambik pakej bersama BMW 2002 Tour, semua sudah diatur. Korang tinggal datang, jalan santai, dan nikmati sendiri pengalaman budaya Minangkabau yang memang lain daripada yang lain. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Chindy Amelia
LOBANG MBAH SOERO, SAKSI BISU SEJARAH GELAP PERLOMBONGAN BATU BARA
LOBANG MBAH SOERO, SAKSI BISU SEJARAH GELAP PERLOMBONGAN BATU BARA Di tengah bandar kecil yang tenang bernama Sawahlunto, tersembunyi sebuah lorong bawah tanah yang pernah menjadi saksi jerih perih dan penderitaan ratusan pekerja lombong. Itulah Lobang Mbah Soero sebuah terowong perlombongan yang hari ini dikenali sebagai destinasi pelancongan sejarah, namun masih menyimpan kisah gelap dari zaman kolonial. Pada penghujung abad ke-19, kawasan Ombilin berkembang pesat selepas penemuan batu bara berkualiti tinggi. Pentadbiran kolonial Belanda membangunkan sistem perlombongan yang moden pada ketika itu dan menjadikan Tambang Batu Bara Ombilin sebagai sumber tenaga penting untuk industri dan pengangkutan. Perkembangan ini menjadikan Sawahlunto sebuah bandar perlombongan yang maju dan strategic pada zamannya. Namun, di sebalik kemajuan tersebut, tersembunyi kisah yang menyentuh hati.tempat ni pernah menjadi tempat tahanan yang dikenali sebagai “orang rantai” dipaksa bekerja jauh di dalam perut bumi. Dalam keadaan gelap, udara terhad dan suhu yang panas, mereka berdepan risiko runtuhan dan bahaya setiap hari. It was not just about mining coal it was about survival. Nama “Mbah Soero” sendiri dikaitkan dengan tokoh tempatan dalam sejarah perlombongan di kawasan ini. Kini, terowong yang suatu ketika dahulu menjadi simbol kerja keras dan penderitaan telah dipulihara sebagai tapak warisan sejarah. Pengunjung boleh menyusuri sebahagian laluan bawah tanah, melihat peralatan lama dan mendengar kisah sebenar yang membentuk perjalanan bandar ini. Kawasan perlombongan Ombilin turut diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, sekali gus meletakkan Sawahlunto di peta pelancongan antarabangsa. Datang sini bukan sekadar sightseeing, tetapi satu meaningful journey untuk memahami bahawa setiap pembangunan ada cerita manusia di sebaliknya. Jalan dalam terowong, dengar kisah sebenar zaman perlombongan, dan rasai sendiri vibe kota warisan yang unik. Kalau nak trip yang bukan cuma cantik untuk kamera tapi juga ada story untuk dibawa pulang, jom plan sekali dengan BMW 2002 Tour. Baca juga website terbaru: https://bmw2002tours.com/kampung-cina-bukittinggi-jejak-warisan-di-tengah-kota-bersejarah https://bmw2002tours.com/rumah-kecil-di-bukittinggi-lahirnya-tokoh-hebat https://bmw2002tours.com/keindahan-masjid-raya-syekh-ahmad-khatib-al-minangkabawi-permata-islam-di-ranah-minang WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Bunga Syukria
BUKAN SEKADAR MAKAN JE, LANGKITANG CUCUIK INI ADA CARA MAKAN DIA YANG UNIK
BUKAN SEKADAR MAKAN JE, LANGKITANG CUCUIK INI ADA CARA MAKAN DIA YANG UNIK Kalau jalan jalan di Minangkabau, kadang ada satu makanan kecil yang nampak sederhana, tapi ramai orang berhenti untuk beli. Bunyinya pun agak unik langkitang cucuik. Bagi yang pertama kali dengar, memang tertanya tanya juga apa sebenarnya benda ni. Langkitang tu sebenarnya sejenis siput kecil yang biasa dijumpai di kawasan sawah atau air tawar. Di Minangkabau, siput ni dimasak jadi kudapan yang cukup digemari. Cara makannya pun agak berbeda perlu dicucuik atau korang bisa sebut sedut, sebab itu dipanggil cucuik. Biasanya langkitang dimasak bersama sambal pedas. Bahan macam cili, bawang dan rempah lain akan ditumis sampai naik bau, lepas tu barulah dimasukkan langkitang. Masak sampai kuahnya meresap, dan baunya memang terus buat orang rasa lapar. Yang buat langkitang cucuik ni menarik bukan saja rasanya, tapi juga cara makannya. Bila makan, kena pandai sedut isi dia keluar dari cengkerang. Bagi yang dah biasa, memang senang. Tapi bagi yang baru cuba, kadang boleh tergelak sendiri sebab susah nak di sedut. Rasa dia pula pedas, sedikit lemak, dan ada rasa khas dari langkitang itu sendiri. Bila makan panas-panas, memang susah nak berhenti. Biasanya orang makan sambil santai, kadang sambil tertawa dengan kawan. Di kawasan seperti Bukittinggi atau sekitar Minangkabau, makanan ni boleh dijumpai di gerai kecil atau pasar. Walaupun nampak ringkas, tapi peminat dia memang ramai. Langkitang cucuik ni bukan sekadar makanan ringan. Ia juga jadi sebahagian daripada cara orang Minangkabau menikmati masa bersama. Makan ramai-ramai, sambil sembang, itu yang buat dia lagi terasa seronok. Kalau korang nak cuba sendiri langkitang cucuik yang asli, memang lebih best kalau korang datang terus ke tanah Minang. Selain korang boleh rasa makanan unik macam ni, korang juga boleh tengok sendiri budaya masyarakatnya. Jangan lupa ambik pakej bersama BMW 2002 Tour, supaya perjalanan korang jadi lebih mudah dan korang boleh cuba macam-macam lagi makanan khas Minangkabau. Sekali datang, memang susah nak lupa pengalaman tu. WE GUIDE YOU BEAUTY Penulis : Chindy Amelia
WHEN SYAIR BECOMES DAKWAH: KENALI SALAWAT DULANG YANG UNIK DARI MINANGKABAU
WHEN SYAIR BECOMES DAKWAH: KENALI SALAWAT DULANG YANG UNIK DARI MINANGKABAU Di Minangkabau, Sumatera Barat, terdapat satu tradisi budaya yang unik dan penuh makna, iaitu Salawat Dulang. Ia bukan sekadar persembahan seni, tetapi gabungan syair, selawat, dan dakwah Islam yang disampaikan dengan cara santai, mudah difahami, dan sarat pengajaran. Tradisi ini menggunakan syair berirama sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Perkataan “dulang” merujuk kepada talam atau dulang besar yang sering dijadikan simbol dalam persembahan ini. Lazimnya, persembahan dilakukan secara berpasangan atau berkumpulan, di mana para pendendang akan berbalas syair dalam bentuk call and response, menjadikan suasana lebih hidup dan interaktif. Keistimewaannya terletak pada gabungan hiburan dan dakwah dalam satu persembahan. Walaupun disampaikan secara santai, isi kandungannya sarat dengan nilai murni seperti bersyukur, menjauhi sifat sombong, mengingati kematian, serta menjaga hubungan sesama manusia. Unsur humor ringan turut diselitkan bagi menjadikan persembahan lebih dekat dengan penonton tanpa mengurangkan mesej utama. Walaupun merupakan seni tradisional lama, persembahan ini masih kekal dipentaskan hingga kini di beberapa kawasan Minangkabau, khususnya dalam majlis adat, acara keagamaan, festival budaya, dan program komuniti. Ia berfungsi sebagai medium pendidikan masyarakat yang disampaikan melalui seni. Boleh dianggap sebagai bentuk Islamic storytelling yang unik, iaitu penyampaian dakwah melalui seni berirama yang santai tetapi bermakna. Ia bukan sekadar hiburan, tetapi juga sarana penyampaian nilai dan nasihat secara lembut. Jom rancang percutian ke Sumatera Barat dan alami sendiri keindahan tradisi ini secara live bersama BMW 2002 Tour. Bukan sekadar melancong, tetapi satu pengalaman budaya dan spiritual yang sukar ditemui di tempat lain. Pilih pakej yang paling sesuai dengan anda dan mulakan perjalanan sekarang! Baca juga : https://bmw2002tours.com/saluang-alunan-jiwa-dari-tanah-minangkabau https://bmw2002tours.com/pernah-dengar-tradisi-basapa-tradisi-ziarah-yang-penuh-makna-di-minangkabau WE GUIDE TOU TO BEAUTY Penulis : Bunga Syukria
KALIKIH SANTAN; MINUMAN TRADISIONAL KHAS MINANGKABAU
Kalau bercakap pasal Minangkabau, orang selalu bayangkan lauk berempah dan makanan berat. Tapi sebenarnya, ada juga minuman tradisional yang simple tapi sedap. Salah satunya ialah kalikih santan. Kalikih tu biasanya merujuk pada buah pepaya. Tapi untuk versi minuman ni, yang digunakan ialah pepaya yang sudah masak, manis dan lembut. Isi pepa akan dipotong kecil kecil, kemudian dicampur dengan santan dan sedikit gula. Kadang ada juga yang tambah ice batu supaya lebih segar bila diminum. Sekali pandang nampak biasa saja, tapi bila sudah cuba, rasa dia memang lain macam. Manis dari pepaya tu tak terlalu kuat, bercampur dengan lemak santan yang buat minuman ni jadi lebih lembut. Kalau minum waktu cuaca panas, memang rasa best. Tekstur dia pun menarik. Ada isi pepaya yang lembut bila digigit, dan ada juga rasa berkrim dari santan. Bila semua bercampur, dia jadi minuman yang bukan saja menghilangkan dahaga, tapi juga sedikit menyegarkan . Di beberapa kawasan di Sumatera Barat, minuman macam ni masih boleh dijumpai, terutama di pasar atau waktu ada acara tertentu. Walaupun tak sepopular minuman modern, tapi bagi orang yang sudah biasa, kalikih santan tetap ada tempat tersendiri. Minuman macam ni sebenarnya menunjukkan cara orang Minangkabau guna bahan yang ada di sekitar mereka. Tak perlu banyak bahan, tapi bila digabungkan dengan betul, hasilnya tetap sedap dan menyegarkan. Kadang minuman macam kalikih santan ni yang buat orang rindu suasana kampung. Duduk santai, minum yang sejuk sejuk, sambil btertawa, itu yang buat dia terasa lain. Kalau korang nak rasa sendiri kalikih santan yang asli ni, memang lebih best kalau korang datang terus ke tanah Minang. Selain boleh cuba minuman tradisional, korang juga boleh lihat sendiri budaya dan kehidupan masyarakat di sana. Jangan lupa pesan pakej bersama BMW 2002 Tour and Travel, supaya perjalanan korang jadi lebih mudah dan boleh cuba macam macam lagi makanan dan minuman khas Minangkabau. Sekali datang, memang susah nak lupa pengalaman tu. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Chindy Amelia