Kalau sebut pasal surau, mesti ramai yang terus teringat suasana kampung dulu. Surau ni bukan sekadar tempat solat, tapi jadi pusat kehidupan masyarakat. Dari pagi sampai malam, ada saja orang keluar masuk, sama ada nak beribadah, berehat, atau sekadar bersembang. Dulu, surau memang dekat dengan kehidupan harian. Lepas adzan, orang kampung akan berkumpul, solat berjamaah, lepas tu duduk – duduk. Budak-budak kecil pula belajar mengaji, orang tua-tua beri nasihat, cerita pengalaman hidup. Suasana tu sederhana, tapi penuh makna. Surau biasanya dibina ringkas saja. Ada yang daripada kayu, ada yang beratap zink, lantainya pun kadang cuma papan. Tapi walaupun nampak biasa, fungsinya besar. Surau jadi tempat orang belajar adab, belajar hormat, dan belajar hidup bersama-sama. Selain solat, surau juga jadi tempat masyarakat kampung, bincang hal gotong-royong, atau persiapan kenduri. Bila ada masalah, orang kampung berkumpul di surau, cari jalan sama-sama. Sebab tu surau dianggap nadi kehidupan masyarakat dulu. Sekarang ni, walaupun zaman dah berubah, surau masih ada tempatnya. Mungkin tak seramai dulu, tapi nilai kebersamaan tu masih terasa. Bila masuk surau, rasa tenang, rasa dekat dengan suasana lama yang penuh kesederhanaan. Bagi setengah orang, surau bukan sekadar bangunan ibadah. Ia tempat kenangan, tempat belajar jadi manusia, dan tempat bermulanya banyak cerita hidup. Sebab tu, walau sejauh mana pergi, bayangan surau kampung tetap ada dalam ingatan. Pendek kata, walaupun surau nampak sederhana, peranannya besar dalam kehidupan orang kampung. Di situlah orang belajar arti kebersamaan, hormat-menghormati, dan hidup saling menjaga. Zaman boleh berubah, bangunan boleh bertukar rupa, tapi nilai yang lahir dari surau tu tetap sama. Ia bukan sekadar tempat singgah untuk solat, tapi tempat yang menyimpan banyak cerita, kenangan, dan pelajaran hidup yang tak lapuk ditelan masa. Bila korang rindu nak rasai sendiri suasana surau yang tenang, dan cerita kehidupan seperti ini, jom pilih Pakej 4D3N Padang Bukittinggi untuk ciptakan penglaman menyeronokkan with BMW 2002 Tour. Sedia bawa korang lebih dekat dengan pengalaman menyenangkan dan tak terlupakan. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Chindy Amelia
BUKITTINGGI BERSAKSI: DERAP KUDA, TRADISI YANG MENGHIBUR
Bukittinggi memang terkenal sebagai salah satu tempat Pacu Kuda yang masih kekal sampai sekarang. Setiap kali acara ni berlangsung, bunyi derap kuda dekat padang memang boleh buat orang terus menoleh. Bukan calang-calang bunyi tapi ini bunyi tradisi Minangkabau yang penuh semangat dan hiburan. Pacu Kuda bukan sekadar perlumbaan, tapi macam satu pesta rakyat yang buat semua orang berkumpul, dari orang tempatan sampai pelancong luar negara. Bila kuda dah mula berlari, suasana terus jadi lain macam. Derap kaki kuda yang laju, sorakan penonton yang tak reti diam, ditambah pula dengan joki cilik yang menunggang tanpa pelana memang buat ramai ternganga. Pelancong pun bukan main teruja, kamera angkat dulu, rakam dulu, lepas tu baru tepuk tangan. Yang menariknya, Pacu Kuda ni bukan hiburan kosong. Dalam gelak tawa dan sorakan tu, terselit nilai tradisi dan semangat kebersamaan masyarakat Bukittinggi. Ia ajar tentang disiplin, keberanian, dan hubungan rapat antara manusia dengan kuda. Setiap perlumbaan ada ceritanya sendiri, bukan main-main. Bagi pelancong, tengok Pacu Kuda secara live memang pengalaman yang susah nak dilupakan. Aksi laju, budaya asli, suasana meriah lengkap satu pakej. Sekali tengok, memang rasa nak tengok lagi. Bukittinggi terus jadi saksi kepada derap kuda yang menggema. Tradisi ni bukan saja menghiburkan, tapi jadi lambang identiti dan kebanggaan masyarakat setempat. Pacu Kuda bukan sekadar tontonan ia warisan hidup yang masih berlari laju sampai hari ini. Tengok Pacu Kuda Bukittinggi dari video je tak cukup puas, so kena tengok depan mata baru terasa bahangnya! Jom join Pakej Tour with BMW 2002 Tour, kami bawak korang terus ke lokasi sambil rasai pengalaman budaya Minangkabau. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Bunga Syukria
Hoyak Tabuik Budaya Orang Minangkabau
Pernah tak tengok binaan besar diarak beramai-ramai sambil orang jerit “Hoyak! Hoyak!”? Itulah uniknya tradisi Hoyak Tabuik di Pariaman. perkataan hoyak maksudnya ialah goncang atau goyang. Dalam acara Tabuik, patung Tabuik tu memang digoncang ramai-ramai, sebab tu dipanggil Hoyak Tabuik. Jadi, Tabuik ni bukan sekadar perayaan biasa je. Sebenarnya, ada cerita dan sejarah menarik di sebalik Tabuik ni. Tabuik datang daripada perkataan tabut dalam bahasa Arab, yang maksudnya peti kayu. Ia ada kaitan dengan kisah makhluk bersayap bernama Buraq. Tabuik ini juga mempunyai asal usul, Asal usul Tabuik ni penuh dengan sejarah. Tradisi ni asalnya dibawa oleh tentera Inggeris dari India yang dipanggil Sipai sekitar abad ke-19. Lepas tu, orang tempatan di Pariaman ubah dan sesuaikan dengan budaya Minangkabau sampai jadi tradisi yang kita kenal hari ni. Hoyak Tabuik ni juga terdapat beberapa prosesi utama yang menarik iaitu: Persiapan: Beberapa hari sebelum acara kemuncak, orang ramai dah mula siapkan Tabuik. Ada dua Tabuik utama iaitu Tabuik Pasa dan Tabuik Subarang. Tabuik Naiak Pangkek: Ini proses angkat Tabuik supaya boleh diarak. Biasanya dibuat secara beramai-ramai. Hoyak Tabuik: Tabuik diarak keliling bandar sambil diiringi bunyi muzik gandang tasa. Suasana memang meriah, dan kemuncaknya dekat Pantai Gandoriah. Tabuik Dibuang ke Laut: Menjelang waktu Maghrib, kedua-dua Tabuik dilepaskan ke laut sebagai tanda penutup acara. Hoyak Tabuik ni juga ada waktu pelaksanaannya biasanya Hoyak Tabuik dibuat pada 10 Muharram, iaitu sempena Tahun Baru Islam. Tapi untuk tujuan pelancongan, tarikhnya boleh berubah ikut kalendar Masehi. Secara keseluruhannya, Hoyak Tabuik bukan sekadar acara perarakan biasa. Ia adalah tradisi lama yang penuh dengan sejarah, makna, dan semangat kebersamaan orang Pariaman. Walaupun zaman dah berubah, tradisi ni masih kekal dan terus diraikan setiap tahun. Harapnya generasi muda akan terus jaga dan hargai warisan budaya ni supaya Hoyak Tabuik tak hilang ditelan zaman. Macam mana, korang dah faham ke belum pasal prosesi Hoyak Tabuik ni?
Randai Minangkabau: Seni Tradisi yang Hidup dan Bermakna
Randai Minangkabau ialah seni persembahan rakyat tradisional yang unik kerana menggabungkan teater, tarian silat, muzik tradisional (saluang dan talempong), nyanyian dendang, serta cerita rakyat Minangkabau yang dipanggil kaba. Dalam satu pertunjukan, semua unsur ni bersatu dan saling melengkapi. Sebab tu randai bukan sekadar hiburan je, tetapi juga jadi media untuk sampaikan pengajaran hidup, nilai adat, dan kearifan lokal orang Minangkabau. Persembahan randai biasanya dibuat dalam bentuk lingkaran. Para pemain bergerak bersama-sama, perlahan tetapi penuh tenaga. Bentuk lingkaran ni melambangkan kebersamaan, kesatuan, dan semangat bermasyarakat. Gerakan yang digunakan berasal daripada pencak silat Minangkabau, yang diolah menjadi tarian berirama atau galombang. Bila semua pemain bergerak serentak, suasananya jadi sangat hidup dan bertenaga. Muzik memainkan peranan besar dalam randai. Bunyi saluang, talempong, dan gendang tu mengiringi setiap gerakan dan babak. Ditambah pula dengan dendang atau gurindam yang dinyanyikan, suasana pertunjukan jadi lebih meriah dan ikut jalan cerita yang dibawakan. Cerita dalam randai diambil daripada kaba, iaitu kisah rakyat yang sarat dengan pesan moral. Selalunya ia mengangkat nilai seperti kejujuran, tanggungjawab, keberanian, dan hormat kepada orang tua. Semua ini selari dengan falsafah Minangkabau:“Adat basandi syarak, syarak basandi Kitabullah.” Dalam setiap persembahan randai ni ada seorang pemimpin yang dipanggil panggoreh atau janang. Dialah yang mengatur tempo dengan teriakan khas seperti “hep, tah, tih” supaya gerakan, nyanyian, dan muzik berjalan serentak dan teratur. Kalau korang nak tau bila diadakan Randai ni, randai ni sering dipentaskan dalam majlis perkahwinan, acara adat, pesta panen, dan festival budaya. Randai ni bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga jadi cara untuk mewariskan budaya dan mendidik generasi muda tentang adat serta identiti Minangkabau. Bagi pelancong yang datang ke Sumatra Barat, menonton randai ialah pengalaman budaya yang berharga. Sebab Randai ni bukan sekadar tontonan seni je, tetapi juga cara terbaik untuk merasai sendiri keindahan dan kekayaan budaya Minangkabau. Kalau korang nak tonton dan rasai langsung vibes budaya yang kental dalam acara randai ni, BMW 2002 Tour sedia bawa korang lebih dekat dengan tradisi tempatan. With BMW 2002 Tour, perjalanan korang bukan sekadar percutian biasa. Setiap trip disusun kemas, santai, dan penuh pengalaman bermakna untuk Korang. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Egie Aulia Rizky
MINANGKABAU: NAMA YANG LAHIR DARI MENANG KERBAU
Pernah tak korang tertanya-tanya kenapa suku Minang dikenali dengan nama Minangkabau? Jawapannya bermula daripada satu kisah legenda yang sangat terkenal menang kerbau. Asal usul nama Minangkabau tidak dapat dipisahkan daripada kisah konflik antara Kerajaan Pagaruyung dengan sebuah kerajaan besar dari luar wilayahnya, yang dalam cerita tambo sering disebut sebagai Kerajaan Majapahit. Pada masa itu, Majapahit dikatakan ingin memperluaskan pengaruhnya ke wilayah Minangkabau. Ancaman peperangan pun tidak dapat dielakkan. Namun, masyarakat Pagaruyung memilih jalan yang lebih bijaksana mereka mahu mengelakkan pertumpahan darah dan kerosakan negeri. Sebagai jalan damai, kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan konflik melalui satu pertandingan yaini Adu kerbau (laga kerbau). Pihak Majapahit tampil yakin dengan kerbau besar, kuat, dan menakutkan. Sebaliknya, orang Pagaruyung hanya membawa seekor anak kerbau yang kelihatan kecil dan lemah. Ramai menyangka Pagaruyung akan kalah sebelum pertandingan bermula. Namun, di situlah terserlah kebijaksanaan orang Minangkabau. Anak kerbau itu dibiarkan lapar dan dipasang benda tajam kecil di tanduknya. Apabila pertandingan bermula, si anak kerbau menyangka kerbau besar itu ibunya, lalu terus menyerbu ke bahagian perut untuk menyusu. Serangan tidak dijangka itu menyebabkan kerbau besar cedera dan akhirnya kalah. Kemenangan ini dikenang sebagai menang kerbau. Dari situlah lahir sebutan Minangkabau, yang kekal hingga ke hari ini. Kisah ini bukan sekadar legenda, tetapi melambangkan nilai penting masyarakat Minangkabau, bagaimana kebijaksanaan mengatasi kekuatan, musyawarah lebih utama daripada peperangan. Sebab itulah kerbau menjadi simbol utama dalam budaya Minangkabau, termasuk pada bentuk bumbung Rumah Gadang yang menyerupai tanduk kerbau. Baca juga : https://www.bmw2002tour.com/category/sejarah-minangkabau/ WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Bunga Syukria
WAJAH BAHARU NGARAI MARAAM BUKITTINGGI, TARIKAN PELANCONGAN ALAM YANG WAJIB DIKUNJUNGI
Mungkin ramai yang belum mengetahui bahawa sejak hujung tahun 2025, Ngarai Maraam mula diperbarui oleh kerajaan setempat. Kini, kawasan ini tampil dengan wajah baharu yang lebih tersusun serta selesa untuk dilawati. Pembaruan tersebut meliputi penataan kawasan, penambahbaikan laluan pejalan kaki, serta penyediaan ruang yang lebih kemas bagi pengunjung untuk menikmati pemandangan ngarai dengan selamat dan tenang. Walaupun mengalami pembaruan, korang tak payah risau sebab keaslian alam Ngarai Maram tetap dipelihara. Keindahan tebing ngarai yang hijau, udara yang sejuk, serta suasana semula jadi masih menjadi daya tarik utama. Gabungan antara kemudahan yang lebih baik dan alam yang terjaga menjadikan Ngarai Maram sesuai dikunjungi oleh pelancong yang mencari ketenangan, fotografi alam, mahupun percutian santai di Bukittinggi. Ngarai Maraam juga memberi pengalaman unik melalui kehadiran monyet-monyet liar yang hidup bebas di kawasan ini. Di celah pepohonan dan tebing hijau, kelibat mereka sering muncul secara spontan, kadang melompat dari dahan ke dahan, kadang sekadar duduk memerhati suasana. Kehadiran haiwan ini menjadikan kunjungan terasa lebih hidup, seolah-olah pengunjung benar-benar berada di tengah alam yang masih asli. Dirancang sebagai ruang awam yang mesra untuk semua lapisan masyarakat, pengussssssnjung tempatan mahupun pelancong dari luar kawasan. Gabungan antara ruang awam yang tertata dengan keindahan semula jadi menjadikan lokasi ini pilihan menarik bagi korang yang tengah cari pengalaman pelancongan yang tenang dan menyenangkan di bandar Bukittinggi. Kalau korang tengah rancang percutian ke Bukittinggi dan nak singgah ke Ngarai Maraam dengan lebih teratur dan mudah, BMW 2002 Tour sediakan Pakej 4D3N Padang Bukittinggi yang patut korang ambil untuk Explore Ngarai Maram serta New Object Tourism lainnya. Bersama Kami ciptakan Percutian selesa dan moment manis tak terlupakan. Baca juga : https://www.bmw2002tour.com/category/destinasi-pelancongan/ WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Bunga Syukria
CERMIN ALAM RANAH MINANG: KEINDAHAN TASIK SUMATERA BARAT
Sumatera Barat, dianugerahi keindahan alam yang mempesona serta kekayaan landskap semula jadi yang menakjubkan. Di antara khazanah alamnya yang paling menawan ialah tasik-tasik indah yang terbentang di celah perbukitan dan gunung-ganang. Airnya yang jernih bagaikan cermin alam. Berikut merupakan senarai tasik-tasik indah yang terdapat di Sumatera Barat: Tasik Tarusan Kamang Tasik Tarusan Kamang merupakan salah satu tasik yang memiliki keindahan semula jadi dengan suasana yang tenang dan dikelilingi kehijauan alam. Tasik ini sering dimanfaatkan oleh masyarakat setempat sebagai kawasan rekreasi serta sumber perikanan air tawar. Tasik Talang Tasik Talang pula terletak di kaki Gunung Talang dan terkenal dengan udara yang sejuk serta pemandangan alam yang menenangkan. Kawasan sekitar tasik ini sesuai untuk aktiviti bersantai sambil menikmati keindahan gunung dan hutan yang masih terpelihara. Tasik Ateh dan Tasik Bawah Selain itu, terdapat juga Tasik Ateh dan Tasik Bawah yang dikenali sebagai Tasik Kembar. Kedua-dua tasik ini terletak berdekatan antara satu sama lain dan menawarkan panorama alam yang indah dengan latar belakang perbukitan serta ladang pertanian masyarakat setempat. Tasik Maninjau Tasik Maninjau merupakan antara tasik paling terkenal di Sumatera Barat. Terbentuk daripada letusan gunung berapi, tasik ini dikelilingi oleh bukit-bukau yang menjadikan pemandangannya sangat memukau. Kehidupan masyarakat di sekitar tasik turut menambah nilai budaya dan keunikan kawasan ini. Tasik Singkarak Tasik Singkarak pula ialah tasik terbesar di Sumatera Barat dan merentasi dua daerah. Selain menjadi sumber perikanan, tasik ini juga terkenal sebagai destinasi pelancongan serta lokasi pelbagai aktiviti sukan air dan acara peringkat antarabangsa. Korang boleh terokai semua tasik cantik ini dengan ambil Pakej Tour 4H3M Padang Bukittinggi bersama BMW 2002 Tour. Pakejnya lengkap, termasuk penginapan, pengangkutan, dan pemandu profesional. Pengalaman jalan-jalan yang menyeronokkan dan tenang menanti korang! WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis: Bunga Syukria
Asal Usul Bukittinggi, Bandar Bersejarah di Atas Bukit
Korang semua tau tak Bukittinggi ni asalnya bermula dari sebuah kawasan di atas bukit yang dulu jadi tempat orang ramai berniaga. Sebab kedudukannya yang tinggi dan strategik, tempat ni makin lama makin berkembang sampai akhirnya dikenali sebagai Bukittinggi. Dari situlah bermula sejarah sebuah bandar yang penuh cerita dan warisan. Bukittinggi ni asalnya dari Nagari Kurai, yang dulu jadi pusat perdagangan atau pakan di dataran tinggi Minangkabau. Sebab tempatnya strategik, orang Belanda bina kubu pertahanan yang dipanggil Fort de Kock pada tahun 1825 untuk lawan Kaum Padri. Lepas tu, kawasan ni juga dijadikan ibu kota residensi. Nama Bukittinggi pula datang daripada keadaan geografinya, iaitu kawasan bukit yang tinggi. Bila Indonesia dah merdeka, nama Belanda dibuang dan Bukittinggi terus jadi bandar sendiri. Bandar ni juga dikenali dengan gelaran “Paris van Sumatra”. Nah Korang mesti belum tau kan, Bukittinggi ni juga punya perkembangan sejarah juga yang terbagi menjadi empat bagian yaitu: Awal mula:Kawasan ni asalnya dikenali sebagai Nagari Kurai, sebuah perkampungan dan pasar (pakan) di dataran tinggi Luhak Agam, yang jadi pusat perdagangan orang tempatan. Masa kolonial Belanda: Orang Belanda bina benteng pertahanan Fort de Kock pada tahun 1825 di salah satu bukit untuk lawan Kaum Padri. Bandar ni kemudian dijadikan ibu kota residensi Belanda yang dikenali sebagai Padangsche Bovenlanden, dan juga tempat rehat pegawai-pegawai Belanda. Belanda turut bina sebuah pasar besar yang dipanggil Loih Galuang (Loods). Masa pendudukan Jepang: Bandar ni pernah dinamakan Bukittinggi Shi Yaku Sho, dan dijadikan markas tentera Jepun untuk seluruh Sumatra. Masa kemerdekaan: Lepas proklamasi, Bukittinggi pernah jadi ibu kota Pemerintahan Darurat Republik Indonesia (PDRI) pada tahun 1948–1949, masa Yogyakarta diduduki oleh Belanda. Nama Fort de Kock kemudian ditukar menjadi Bukittinggi pada tahun 1949, sebagai lambang identiti tempatan bandar ni. Nama Bukittinggi ni juga mempunyai makna mendalam, mesti Korang semua tak tau kan. Secara ringkasnya, maksud Bukittinggi tu ialah “bukit yang tinggi”, sesuai dengan keadaan kawasannya yang terletak di kawasan berbukit pada ketinggian sekitar 909–941 meter dari paras laut, dengan cuaca yang sejuk. Nama ni sebenarnya dah digunakan oleh orang tempatan sejak dulu lagi, lama sebelum Belanda tukar namanya jadi Fort de Kock. Ia Cuma gelaran untuk kawasan Nagari Kurai yang terletak di kawasan perbukitan. Kesimpulannya, Bukittinggi bukan sekadar sebuah bandar di atas bukit, tapi saksi perjalanan sejarah panjang dari zaman nagari, penjajahan, hingga perjuangan kemerdekaan. Semua kisah ni membentuk identiti Bukittinggi yang kita kenal hari ni.Macam mana, korang semua dah faham ke asal usul Bukittinggi? WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis: Muhammad Rafi
SANJAI: KUDAPAN MINANGKABAU YANG BIKIN RINDU
Kalau sebut pasal kudapan Sanjai memang tak asing lagi kan? Sanjai memang antara yang selalu orang ingat dulu. Rupanya nampak ringkas saja, dibuat daripada singkong yang dihiris tipis kemudian digoreng sampai rangup. Tapi di sebalik kesederhanaan itu, sanjai ada rasa dan cerita yang buat ramai orang jatuh suka, lebih-lebih lagi bagi yang pernah singgah ke Sumatera Barat. Nama sanjai ni sebenarnya dah lama orang Minang guna. Cerita pasal asal nama dia pun lebih kepada cerita orang-orang lama, turun-temurun saja. Ada yang cakap, dulu bila singkong ni dihiris dan digoreng, prosesnya cepat dan tak renyah, jadi orang panggil ikut gaya sebutan orang kampung, lama-lama jadi sanjai. Walaupun tak ada kisah resmi atau catatan bertulis, nama tu terus kekal sampai sekarang dan bila orang sebut sanjai, semua orang terus tahu itu kerepek singkong khas Minangkabau. Sanjai ni sebenarnya makanan yang nampak biasa saja, tapi bila sudah rasa, memang susah nak berhenti. Ia dibuat daripada ubi kayu yang dihiris nipis, digoreng sampai rangup, lepas tu disalut dengan perisa ikut selera. Walaupun bahan dia ringkas, rasa sanjai ni memang ada keistimewaan tersendiri. Biasanya sanjai ni banyak dijumpai di kawasan Sumatera Barat. Kalau singgah ke Bukittinggi atau kawasan sekitarnya, memang senang sangat jumpa kedai sanjai. Bau sanjai yang baru digoreng tu kadang-kadang boleh tarik orang singgah walaupun asalnya tak ada niat nak beli. Ada macam-macam jenis sanjai. Yang original rasanya masin dan lemak sikit, sesuai dimakan bila santai-santai. Tapi yang paling popular mestilah sanjai balado. Balado dia pedas, manis, dan ada rasa padu yang buat lidah rasa “hidup”. Ada juga sanjai lado hijau, pedasnya lain sikit, lebih segar dan tak terlalu menyengat, tapi tetap buat orang ketagih. Sanjai ni bukan setakat makanan ringan. Bagi ramai orang, ia jadi simbol kenangan. Ada yang teringat kampung halaman, ada yang teringat jalan-jalan dengan keluarga, dan ada juga yang memang wajib beli sanjai setiap kali melancong. Sebab tu sanjai selalu dijadikan buah tangan bila balik dari Minang. Sekarang ni, sanjai bukan saja dimakan di tempat asal. Banyak orang luar pun sudah kenal dan suka dengan kudapan ni. Walaupun dibawa jauh, rasa sanjai tetap sama, rangup dan penuh rasa. Tampak sedap kan kalau korang nak rasa sendiri sanjai yang asli dan segar terus dari tempat asalnya, korang boleh pesan pakej BMW 2002 Tour and Travel. Sambil jalan-jalan, sambil rasa sanjai terus dari sumbernya, memang pengalaman yang lain dari yang lain. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis: Chindy Amelia
Langgam Kato Nan Ampek: Bertutur dengan Rasa Orang Minang
Pernah tak korang perasan, orang Minangkabau ni kalau bercakap macam ada “rasa” dia sendiri? Bukan sekadar cakap, tapi penuh adab dan pertimbangan. Dalam budaya Minang, tutur kata tu dijaga betul-betul, sebab dari situlah orang menilai budi dan diri kita. Itulah sebabnya wujud satu pedoman yang dipanggil Langgam Kato Nan Ampek. Kenapa nama dia langgam kato nan ampek? Sebab pedoman ni ada empat..ialah: Kato Mandaki Kalau bercakap dengan orang yang lebih tua, orang besar adat, atau ibu bapa, bahasa kita automatik jadi lebih lembut dan sopan. Inilah Kato Mandaki. Nada suara direndahkan, ayat dipilih elok-elok. Bukan sebab takut, tapi sebab tahu menghormati. Dalam hidup orang Minang, menghargai yang lebih tua itu asas. Kato Melereng Bila bersembang dengan saudara sebaya atau kawan yang sama-sama kita hormati, cara bercakap pun berubah sikit. Kato Melereng ni bahasanya mesra, tak terlalu formal, tapi masih jaga adab. Dekat, tapi tak melampaui batas. Sebab hubungan yang baik lahir dari kata yang dijaga. Kato Mandata Dengan kawan rapat atau orang yang betul-betul sederajat, barulah kita guna Kato Mandata. Cakap biasa-biasa saja, santai, dan terus terang. Tapi walaupun santai, sopan tetap kena ada. Orang Minang percaya, rapat bukan alasan untuk bercakap sesuka hati. Kato Manurun Bila bercakap dengan anak-anak atau orang yang lebih muda, kata-kata diturunkan dengan penuh kasih sayang. Kato Manurun mengajar kita bercakap lembut, menasihati tanpa marah, dan mendidik tanpa menyakiti hati. Kerana setiap kata tu boleh jadi pelajaran untuk mereka. Kalau you all tanya, mengapa Kato Nan Ampek Ini Penting? Sebab empat langgam ni sebenarnya asas hidup bermasyarakat orang Minangkabau. Di dalamnya ada nilai rasa, perasaan, malu, dan sopan santun. Sebab tu orang yang tak pandai menempatkan kata sering dianggap “indak tau di nan ampek” tak tahu adat, tak tahu jaga diri. Walaupun sekarang kita banyak berhubung melalui WhatsApp, Instagram, dan media sosial, nilai Kato Nan Ampek tetap relevan. Cara kita menaip, membalas mesej, atau meninggalkan komen pun sebenarnya mencerminkan adab kita. With BMW 2002 Tour, melancong ke Minangkabau bukan sekadar jalan-jalan dan ambil gambar. Ia tentang memahami cara hidup, nilai, dan budaya yang masih dijaga hingga hari ini. Sebab bila kita tahu menjaga kata, perjalanan itu jadi lebih bermakna bukan cuma sampai ke tempat, tapi sampai ke hati orangnya. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Egie Aulia Rizky
SEJARAH BATU BATIKAM DAN NILAI PERDAMAIAN DALAM MASYARAKAT MINANGKABAU
Gambar Batu Batikam tampak dari dekat Batu Batikam ialah salah satu tapak sejarah yang penting dalam masyarakat Minangkabau dan terletak di Nagari Limo Kaum, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat. Tapak ini berkait rapat dengan sejarah awal pembentukan sistem adat Minangkabau. Nama Batu Batikam berasal daripada perkataan batikam yang membawa maksud tertusuk, merujuk kepada sebuah batu besar yang mempunyai lubang di bahagian tengahnya, yang dipercayai sebagai kesan tikaman keris pada zaman dahulu. Menurut sejarah serta cerita turun-temurun, Batu Batikam wujud akibat perselisihan antara dua tokoh besar Minangkabau, iaitu Datuk Ketemanggungan dan Datuk Perpatih Nan Sabatang. Perselisihan tersebut berkaitan dengan perbezaan pandangan dalam sistem pemerintahan adat. Datuk Ketemanggungan memperkenalkan sistem adat Koto Piliang yang bersifat berperingkat dan berunsur bangsawan, manakala Datuk Perpatih Nan Sabatang memperkenalkan sistem adat Bodi Caniago yang menekankan prinsip permuafakatan dan kesamarataan. Perbezaan ini pernah menimbulkan ketegangan serta konflik dalam kalangan masyarakat. Untuk mengelakkan pertumpahan darah yang lebih besar, Datuk Perpatih Nan Sabatang telah mengambil tindakan simbolik dengan menikam sebuah batu menggunakan keris sebagai tanda menghentikan konflik. Tindakan ini melambangkan bahawa perbezaan pendapat hendaklah diselesaikan melalui permuafakatan dan kebijaksanaan, bukannya dengan kekerasan. Sejak peristiwa tersebut, batu itu dikenali sebagai Batu Batikam dan dijadikan lambang perdamaian dalam adat Minangkabau. Sehingga kini, Batu Batikam terus dipelihara sebagai warisan budaya dan menjadi saksi penting dalam sejarah perkembangan adat Minangkabau. Kalau you all nak tengok tapak sejarah Minangkabau ni boleh datang dan tengok langsung. Dengan ambik Pakej 4D3N Padang Bukittinggi bersama BMW 2002 Tour. So Jangan lepaskan peluang! Baca Juga Artikel : https://www.bmw2002tour.com/menyusuri-jejak-awal-peradaban-minangkabau-kat-nagari-tuo-pariangan/ WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis :Bunga Syukria
Galamai: Manisan Tradisi Urang Minang
Korang semua tau tak Galamai ialah juadah tradisional khas Minangkabau yang terkenal dengan rasa manis serta teksturnya yang lekit. Ia dibuat secara bergotong-royong dan menjadi lambang kebersamaan serta warisan kulinari yang terus dipelihara oleh orang Minang. Galamai ni ialah kuih tradisional sejenis dodol atau jenang yang sangat terkenal dari Sumatera Barat, khususnya Payakumbuh. Ia diperbuat daripada campuran tepung pulut, santan, serta gula aren atau gula merah, yang dimasak dalam tempoh lama sehingga menjadi pekat dan kenyal. Galamai sering dihidangkan pada majlis adat atau hari raya, serta mempunyai nilai falsafah yang mendalam tentang keramahan dan kerendahan hati. Bahan dia pun tak banyak ada 3 macam saja seperti: Tepung beras ketan Santan kelapa Gula merah/Aren(adapun dengan gula pasir) Diapun juga ada bahan tambahannya seperti: Daun pandan, vanili atau durian sebagai penguat rasa dan aroma dia. Galamai ini pun juga mempunyai ciri khas tersendiri seperti: Tekstur : Tekstur diapun kenyal proses : Proses diapun juga membutuhkan waktu memasak lebih dari tujuh jam di atas tungku dengan api sedang, diaduk terus-menerus. Penyajian : Biasanya dia ni di bungkus plastik kecil, disajikan saat pernikahan, hari raya, atau sebagai oleh-oleh. Filosofi : Galamai ini juga punya filosofi yang melambangkan keramahan (manisnya gula), rendah hati (tepung ketan yang merunduk), dan bermanfaat (seperti kelapa) Korang semua boleh menemukan galamai ni di daerah Payakumbuh, Solok, Pariaman, Pasaman (Sumatera Barat). Hampir setiap daerah Korang semua bisa menemukan galamai ni. Nama lain makanan ni disebut juga Kamalai atau dodol khas Minang/Payakumbuh. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Muhammad Rafi