Kadang-kadang, tempat yang paling tenang itulah yang paling kuat tarikannya. Tak perlu viral, tak perlu riuh rendah. Cukup dengan bunyi air mengalir dan angin yang menyapa perlahan. Macam tu lah rasa bila pertama kali jejak ke Lubuak Rantiang. Awalnya ingat biasa saja. Singgah sekejap, ambil gambar, lepas tu balik. Tapi bila dah duduk tepi air, tengok aliran sungai yang jernih dan suasana hijau sekeliling… terus rasa nak lama sikit. Tempat ni bukan jenis yang “wow” dari jauh, tapi dia bagi rasa tenang yang perlahan-lahan masuk ke hati. Yang bestnya, suasana di sini masih terasa asli. Tak terlalu sesak, tak terlalu bising. Sesuai untuk yang nak rehatkan fikiran, lari sekejap dari kesibukan kerja atau rutin harian. Datang dengan kawan-kawan pun seronok, datang sorang pun tetap rasa nyaman. Airnya yang jernih, batu-batu sungai yang tersusun alami, dan cahaya matahari yang tembus celah-celah pokok buat suasana nampak cantik tanpa perlu filter berlebihan. Memang jenis tempat yang kalau ambil gambar, terus nampak natural. Kadang-kadang kita tak perlukan destinasi yang terlalu gah. Cukup satu sudut alam yang buat kita boleh tarik nafas panjang dan rasa “okay, aku tenang sekarang.” Dan Lubuak Rantiang bagi rasa tu. Tak ramai tahu, tapi siapa yang pernah sampai, mesti faham kenapa tempat ni diam-diam buat orang jatuh hati. Nak rasa sendiri pengalaman ni? Kami ada pakej lawatan yang dah siap dengan itinerary menarik, transport selesa, guide mesra, dan spot-spot foto cantik sekitar kawasan ni. Datang santai je, selebihnya biar kami uruskan. Pilih pakej yang sesuai dan jom ke Lubuak Rantiang with BMW 2002 Tour! WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Bunga Syukria
ES CINDUA LANGKOK, MINUMAN SEGAR MINANG YANG DIAM-DIAM BUAT ORANG KETAGIH
Kalau cuaca panas di Minangkabau, memang sedap kalau dapat sesuatu yang sejuk sejuk. Bukan saja hilangkan dahaga, tapi terus rasa segar. Salah satu minuman tradisional yang selalu jadi pilihan ialah es cindua langkok. Nama dia mungkin agak unik bagi yang baru dengar. Cindua tu sebenarnya merujuk pada cendol, manakala langkok pula maksudnya lengkap atau penuh isi. Jadi es cindua langkok ni boleh dikatakan versi cendol yang lebih lengkap dan lebih padu rasa dia. Isi dia memang meriah. Ada cendol yang lembut, ditambah pula dengan pulut hitam,ada juga dengan lupis, kadang ada juga tapai atau bahan lain ikut tempat. Lepas tu disiram dengan santan dan gula merah yang cair. Bila semua bercampur, rasa dia memang cukup manis, lemak, dan sejuk. Yang buat minuman ni lagi best, tekstur dia. Ada yang lembut dari cendol, ada yang kenyal dari pulut, dan ada juga rasa berair dari kuah santan dan gula merah. Bila minum waktu tengah panas, memang rasa lega terus. Di kawasan seperti Bukittinggi, es cindua langkok ni cukup mudah dijumpai. Biasanya dijual di gerai kecil atau tepi jalan. Ramai orang singgah sekadar nak lepaskan dahaga sambil duduk santai. Walaupun nampak macam minuman biasa, sebenarnya es cindua langkok ni ada keunikan tersendiri. Bukan sekadar cendol, tapi gabungan bahan yang buat dia jadi lebih mengenyangkan dan memuaskan. Bagi orang Minangkabau, minuman macam ni bukan saja untuk hilangkan haus, tapi juga jadi sebahagian daripada kehidupan harian. Kadang ketika petang, minum es cindua langkok sambil tertawa dengan kawan atau keluarga, itu pun sudah cukup. Kalau korang nak rasa sendiri kesegaran es cindua langkok yang asli, memang lebih best kalau datang terus ke tanah Minang. Selain boleh cuba minuman tradisional, korang juga boleh nikmati suasana dan budaya di sana. Jangan lupa pesan pakej bersama BMW 2002 Tour , supaya perjalanan jadi lebih mudah dan korang boleh cuba macam-macam lagi makanan serta minuman khas Minangkabau. Sekali datang, memang susah nak lupa. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis: Chindy Amelia
JOM KENALI ISLAMIC CENTER PADANG PANJANG, PERMATA INDAH DI TANAH MINANG
Di tengah udara sejuk dan suasana nyaman bandar Padang Panjang, berdiri megah sebuah masjid yang menjadi kebanggaan masyarakat setempat, iaitu Islamic Center Padang Panjang. Keindahannya bukan sahaja menarik perhatian penduduk tempatan, malah turut memikat hati para pelancong yang berkunjung ke Sumatera Barat. Dari sudut seni bina, bangunan ini tampil dengan reka bentuk yang menggabungkan elemen moden dan sentuhan klasik Islam. Kubahnya yang besar dan indah menjadi fokus utama, manakala susun atur bangunan yang kemas serta kawasan perkarangan yang luas memberikan suasana lapang dan selesa. Keindahan struktur bangunan ini jelas terserlah sama ada dilihat dari dekat mahupun dari kejauhan. Keistimewaan Islamic Center Padang Panjang juga terletak pada suasananya yang tenang. Dikelilingi udara sejuk khas Padang Panjang, kawasan ini memberikan rasa damai kepada sesiapa sahaja yang berada di dalamnya. Ramai pengunjung memilih untuk duduk seketika di halaman masjid, menikmati angin lembut sambil menenangkan fikiran selepas perjalanan jauh. Pada waktu siang, cahaya matahari menyerlahkan lagi keindahan seni bina masjid ini. Manakala pada waktu malam, pencahayaan yang lembut menjadikan suasananya lebih syahdu dan mendamaikan. Tidak hairanlah lokasi ini turut menjadi tempat pilihan untuk merakam gambar kenangan kerana latarnya yang cantik dan tersusun. Secara keseluruhannya, Islamic Center Padang Panjang merupakan permata indah di Tanah Minang yang wajar dikunjungi. Ia bukan sahaja menawarkan keindahan visual, tetapi juga menghadirkan pengalaman spiritual dan ketenangan jiwa yang sukar dilupakan. Jom rancang trip anda bersama BMW 2002 Tour dan rasai sendiri keindahan serta ketenangan di Islamic Center Padang Panjang. Bila lagi nak jejakkan kaki ke permata indah ini? WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Bunga Syukria
BAJU BASIBA : KESEDERHANAAN JADI IDENTITI WANITA MINANGKABAU
BAJU BASIBA KESEDERHANAAN JADI IDENTITI WANITA MINANGKABAU Kalau tengok pakaian adat Minangkabau, bukan semua nampak mewah atau penuh hiasan. Ada juga yang nampak sederhana, tapi sebenarnya ada cerita di sebaliknya. Salah satunya ialah baju basiba, pakaian tradisional yang masih dipakai sampai sekarang. Sekali pandang, baju basiba ni nampak longgar dan tertutup. Potongannya tak ketat, malah sengaja dibuat labuh dan sopan. Biasanya dipakai oleh wanita Minangkabau, terutama dalam kehidupan seharian atau acara tertentu yang masih pegang adat. Nama basiba itu sendiri merujuk pada bahagian kain yang dilipat atau disusun di sisi baju. Lipatan ini bukan sekadar untuk cantik, tapi ada maksud tersendiri. Ia melambangkan kesopanan dan cara wanita Minangkabau menjaga diri dalam berpakaian. Baju basiba biasanya dibuat daripada kain yang lembut dan selesa. Tak terlalu berat, jadi senang dipakai untuk bergerak. Warna dan coraknya pun tak terlalu mencolok, lebih kepada yang sederhana tapi tetap nampak elok dipandang. Yang menarik, walaupun nampak ringkas, cara pakai baju basiba tetap ada aturannya. Ia mencerminkan nilai dalam masyarakat Minangkabau, terutama tentang adab dan kesederhanaan. Dari cara berpakaian saja, orang sudah boleh nampak bagaimana budaya itu dijaga. Di beberapa kawasan di Sumatera Barat, baju basiba masih dipakai, bukan saja dalam acara adat, tapi juga dalam kehidupan harian oleh setengah orang. Ini menunjukkan pakaian tradisional bukan sekadar untuk majlis besar, tapi masih hidup dalam kehidupan seharian. Kadang bila tengok baju basiba, kita nampak ia sederhana. Tapi sebenarnya di situlah keistimewaannya. Tak perlu terlalu mewah, tapi tetap ada nilai dan makna yang kuat. Kaalau korang nak tengok sendiri keunikan baju basiba dan budaya Minangkabau dengan lebih dekat, memang lebih seronok kalau datang terus ke tanah Minang. Boleh lihat sendiri bagaimana pakaian tradisional ini masih dipakai dan dijaga. Lagi mudah kalau ikut pakej bersama BMW 2002 Tour, semuanya dah diatur dari perjalanan sampai ke tempat menarik. Tinggal datang dan nikmati sendiri pengalaman budaya Minangkabau yang sebenar. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Chindy Amelia
“AYAM DEN LAPEH” – LAGU MINANG LEGENDA YANG SEMUA ORANG BOLEH NYANYI SEKALI
Di sebuah kampung di tanah Minang, pagi datang dengan kabus nipis di kaki Gunung. Bunyi ayam berkokok bersahut-sahutan, sawah masih basah dengan embun. Semuanya nampak biasa tenang, sederhana, dan penuh kehidupan. Tapi dalam lagu Ayam Den Lapeh, ada satu perkara yang “tak biasa” ayam yang terlepas. Secara zahir, ia cuma cerita tentang ayam yang lari. Tapi dalam budaya Minangkabau, jarang sekali sesuatu disebut tanpa makna tersirat. “Ayam yang terlepas” itu sebenarnya kiasan. Ia boleh jadi tentang peluang yang tak sempat digenggam, cinta yang tak sempat diluah, atau sesuatu yang terlalu yakin kita miliki… sampai akhirnya hilang begitu saja. Antara bait yang paling dikenali ramai ialah: “Ayam den lapeh, ai ai ayam den lapeh, mandaki jalan pandai sikek…” Liriknya nampak ringan dan ceria, tapi sebenarnya penuh kiasan. Dalam budaya Minang, banyak lagu tradisional menggunakan sindiran halus untuk menyampaikan cerita tentang kehilangan, penyesalan, atau perasaan yang terpendam. Itulah yang buat lagu ini bukan sekadar hiburan, tapi juga kaya dengan makna. korang tau tak? Dalam masyarakat Minang, perasaan sering dibungkus dengan perumpamaan. Tak semua yang hilang perlu disebut terus terang. Kadang cukup dengan cerita tentang ayam, orang yang mendengar sudah faham maksudnya. Selalunya, tamu BMW 2002 Tour memang akan request pasang lagu ni sepanjang perjalanan dalam kereta. Bila lagu tu mula berkumandang, suasana terus berubah dari sekadar perjalanan biasa jadi lebih hidup dan penuh rasa Minangkabau. Ditambah pula dengan view bukit-bukit hijau dan jalan berliku khas Sumatera Barat, vibes dia memang lain macam. WE GIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Bunga Syukria
DI ANTARA GULAI DAN RENDANG, DI SITULAH SEDAPNYA KALIO AYAM
Kalau cakap pasal masakan Minangkabau, ramai orang terus teringat rendang. Tapi sebenarnya ada satu lagi lauk yang hampir sama, cuma kuah dia tak dimasak sampai kering. Orang Minang panggil ini kalio ayam. Sekali pandang memang nampak macam rendang, tapi bedanya kalio ayam masih ada kuah yang pekat. Warna dia biasanya coklat kekuningan, dengan minyak santan yang timbul sikit di atas. Dari rupa saja pun dah nampak menyelerakan. Ayam yang digunakan biasanya dipotong sederhana, tak terlalu kecil. Lepas tu dimasak bersama santan dan berbagai rempah macam serai, lengkuas, kunyit, bawang dan cili. Semua bahan ni dimasak perlahan lahan supaya kuah dia jadi pekat dan meresap betul ke dalam isi ayam. Yang best pasal kalio ayam ni, rasa dia memang cukup lengkap. Ada pedas, ada lemak dari santan, dan bau rempah dia pun kuat. Bila makan dengan nasi panas, memang susah nak berhenti. Kuah dia tu kalau gaul dengan nasi, memang buat selera terus naik. Di kawasan Minangkabau macam Padang atau Bukittinggi, kalio ayam ni biasa dijumpai di rumah makan. Kadang orang tempatan pun masak sendiri di rumah, terutama bila ada acara atau kumpul keluarga. Kalio ayam ni sebenarnya boleh dikatakan adik kepada rendang. Kalau dimasak lebih lama sampai kering, dia akan jadi rendang. Tapi kalau berhenti awal, jadilah kalio kuah masih ada, tapi sudah cukup pekat dan berempah. Masakan macam ni memang tunjuk betapa kayanya rasa dalam makanan Minangkabau. Walaupun bahan dia hampir sama, cara masak yang berbeda boleh hasilkan lauk yang lain rasa dan teksturnya. Kaalau korang nak rasa sendiri kalio ayam yang asli, memang lebih puas kalau korang datang terus ke tanah Minang. Selain boleh cuba berbagai lauk tradisional, korang juga boleh tengok sendiri budaya dan suasana masyarakatnya. Jangan lupa pesan pakej bersama BMW 2002 Tour, supaya perjalanan jadi lebih mudah dan korang boleh nikmati macam-macam lagi makanan khas Minangkabau. Sekali datang, biasanya memang teringat ingat nak datang lagi. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Chindy Amelia
SEBAB APA LOBANG JEPUN BUKITTINGGGI ADA DALAM SERANAI CUTI KORANG?
Kalau korang plan nak bercuti ke Bukittinggi, jangan setakat singgah untuk bergambar je. Ada satu tempat yang bukan saja ikonik, tapi penuh cerita sejarah yang buat kita rasa lain macam bila jejak kaki ke dalamnya inilah Lobang Jepun Bukittinggi. Tempat Sejarah Yang Betul-Betul Real Lobang Jepun ni dibina sekitar zaman pendudukan Jepun (1942–1945). Terowong bawah tanah sepanjang ratusan meter ni dulunya digunakan sebagai kubu pertahanan, tempat simpanan logistik dan laluan perlindungan askar Jepun. Bila masuk ke dalam, suasana redup dan lorong sempit dia terus buat kita terbayang kehidupan zaman perang dulu. Bukan cerita dalam buku je ini tinggalan sebenar yang masih kukuh sampai hari ni. Pengalaman Masuk Terowong Bawah Tanah Bukan setiap hari kita dapat rasa berjalan dalam terowong sejarah. Suhu dalamnya sejuk, pencahayaan malap, dan setiap sudut ada fungsi tersendiri seperti bilik tahanan, bilik mesyuarat dan ruang rehat tentera. Memang pengalaman yang lain dari yang lain, terutama kalau datang dengan kawan-kawan atau family. Lokasi Strategik & Mudah Singgah Lobang Jepun terletak dekat kawasan Taman Panorama, tak jauh dari Jam Gadang. Jadi lepas pusing bandar, makan, atau shopping, korang boleh terus singgah sini. Tak perlu keluar jauh dari pusat bandar pun. Spot Bergambar Yang Rare Walaupun terkenal dengan sejarahnya, tempat ni pun ada sudut-sudut menarik untuk ambil gambar. Laluan masuk yang unik, tangga menurun ke bawah tanah, dan panorama sekitar kawasan Taman Panorama memang cantik untuk dijadikan kenangan trip korang. Cuti Bukan Sekadar Jalan-Jalan Kadang-kadang kita bercuti nak tenangkan fikiran. Tapi bila dapat selit sedikit ilmu sejarah dalam trip, rasa percutian tu jadi lebih bermakna. Kita bukan saja datang untuk enjoy view, tapi juga faham sedikit kisah yang pernah berlaku di tanah Minangkabau ni. Nak lagi senang? Korang boleh terus ambil pakej tour dengan BMW 2002 Tour dan rasakan sendiri pengalaman bercuti secara langsung di destinasi best yang satu ni. Korang tinggal datang, enjoy trip, dan cipta kenangan tanpa pening fikir detail. So, bila nak turun jejak sejarah kat sini? WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis: Bunga Syukria
JANGAN PANDANG BIASA, KACIMUIH INI ADA RASA YANG SUSAH NAK LUPA
Kalau singgah ke pasar tradisional di Minangkabau, kadang ada satu kuih yang nampak ringkas sangat. Tak berwarna warni, tak terlalu menarik perhatian, tapi bila sudah cuba, rasanya lain macam. Itulah dia kacimuih, salah satu kuih tradisional Minang yang masih ada sampai sekarang. Kacimuih biasanya dibuat daripada singkong atau ubi kayu. Ubi tu akan diparut halus dulu, lepas tu diperah sedikit supaya tak terlalu berair. Selepas itu, ia akan dimasak atau dikukus sampai jadi lembut dan berderai. Dari situ saja sebenarnya sudah keluar bau yang cukup wangi. Yang buat kacimuih ni sedap ialah cara dia dihidangkan. Biasanya ia akan ditabur dengan gula merah yang sudah dicairkan atau diserut halus, kemudian ditambah pula kelapa parut. Gabungan rasa manis dari gula merah dengan lemak kelapa tu memang kena sangat. Tekstur kacimuih pula agak lembut dan sedikit berderai. Bila makan, terasa ringan tapi tetap mengenyangkan. Tak terlalu manis, jadi sedap dimakan bila bila masa, terutama waktu pagi atau petang. Di beberapa tempat di Sumatera Barat seperti Bukittinggi atau kawasan kampung sekitar Minangkabau, kacimuih masih boleh dijumpai di pasar pagi. Walaupun bukan kuih yang paling popular, tapi orang yang sudah biasa memang akan cari. Kuih macam kacimuih ni sebenarnya melambangkan cara hidup orang Minangkabau dulu. Dengan bahan yang sederhana seperti ubi, gula dan kelapa, mereka boleh hasilkan makanan yang sedap dan mengenyangkan. Tak perlu bahan mahal, tapi tetap ada rasa yang buat orang suka. Kadang kuih macam ni yang buat orang rindu suasana kampung. Duduk santai, makan kuih panas panas, sambil minum teh, itu yang buat dia lagi terasa nikmat. Kalau korang nak cuba sendiri kacimuih yang asli dari Minangkabau, memang lebih seronok kalau datang terus ke sana. Selain boleh rasa makanan tradisional, korang juga boleh lihat sendiri suasana dan budaya masyarakatnya. Jangan lupa pesan pakej bersama BMW 2002 Tour, supaya perjalanan korang jadi lebih mudah dan korang boleh cuba berbagai lagi kuih tradisional Minangkabau yang mungkin susah nak jumpa di tempat lain. Sekali datang, biasanya memang susah nak lupa pengalaman tu. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Chindy Amelia
BANDARA INTERNATIONAL MINANGKABAU, SATU-SATUNYA LAPANGAN TERBANG DI DUNIA YANG MENGGUNAKAN NAMA ETNIK
Bandara Internasional Minangkabau merupakan salah satu lapangan terbang yang unik dimiliki Indonesia. Terletak di Sumatera Barat, lapangan terbang ini bukan sahaja berfungsi sebagai pusat pengangkutan udara, malah menjadi simbol identiti budaya masyarakat setempat. Keunikan utamanya terletak pada namanya yang menggunakan nama etnik, iaitu Minangkabau, sesuatu yang jarang ditemui pada lapangan terbang di pelbagai negara di dunia. Kebiasaannya, lapangan terbang di dunia menggunakan nama bandar, wilayah atau tokoh nasional sebagai identiti. Namun, Bandara Internasional Minangkabau memilih nama yang mewakili suku atau etnik. Minangkabau sendiri merupakan salah satu kelompok etnik terbesar di Indonesia yang mempunyai sejarah, adat istiadat dan budaya yang sangat kuat. Pemilihan nama ini menjadi tanda penghormatan serta kebanggaan terhadap identiti tempatan. Terdapat beberapa cadangan nama yang diambil daripada tokoh-tokoh besar asal Sumatera Barat. Namun, bagi mengelakkan perdebatan dan demi menjaga perpaduan, dipilihlah nama Minangkabau yang dianggap mampu mewakili seluruh masyarakat tanpa memihak kepada mana-mana tokoh tertentu. Nama ini sekali gus menjadi simbol penyatuan masyarakat Minang, sama ada yang tinggal di kampung halaman mahupun yang berada di perantauan. Walaupun sering disebut sebagai satu-satunya lapangan terbang di dunia yang menggunakan nama etnik, dakwaan tersebut sebenarnya masih bersifat popular dan belum disokong oleh data global yang benar-benar menyeluruh. Namun begitu, penggunaan nama etnik secara langsung seperti ini memang sangat jarang ditemui, sekali gus menjadikannya mempunyai nilai keunikan yang tersendiri. Kalau nak tahu macam mana cantiknya suasana di Bandara Internasional Minangkabau, korang memang kena datang sendiri ke Padang Bukittinggi. Dari pertama kali jejak kaki pun dah boleh rasa vibe Minangkabau yang unik, dengan reka bentuk yang penuh identiti dan view sekeliling yang menenangkan. Lagi best, ambil je pakej tour with BMW 2002 Tour WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Bunga Syukria
TANGKULUAK TANDUAK ”BILA KAIN DAPAT JADI SIMBOL KEKUATAN WANITA MINANG”
TANGKULUAK TANDUAK ”BILA KAIN DAPAT JADI SIMBOL KEKUATAN WANITA MINANG” Kalau tengok pakaian adat Minangkabau, selain suntiang yang selalu jadi perhatian, ada satu lagi yang tak kurang menarik penutup kepala yang bentuknya macam tanduk. Orang Minang panggil ini tangkuluak tanduak. Sekali pandang memang unik, terus nampak lain daripada yang lain. Bentuknya melengkung ke atas di kiri dan kanan, macam tanduk kerbau. Tapi sebenarnya bukan sekedar cantik saja. Dalam budaya Minangkabau, bentuk tanduk tu ada makna yang cukup dekat dengan sejarah dan adat mereka. Dari dulu lagi, kerbau memang ada kaitan dengan cerita asal-usul Minangkabau, jadi tak hairan kalau bentuk tu dijadikan inspirasi. Tangkuluak tanduak biasanya dipakai oleh wanita, terutama waktu majlis adat, acara resmi, atau persembahan budaya. Cara pakainya pun bukan sekadar lilit saja. Kain akan dilipat, disusun, dan dibentuk dengan kemas supaya kedua sisi nampak seimbang. Nampak macam mudah, tapi sebenarnya perlu kemahiran. Yang menarik, setiap lilitan itu bukan saja untuk nampak cantik. Ada juga makna di sebaliknya. Ia melambangkan kebijaksanaan, kesabaran, dan juga kekuatan wanita Minangkabau. Dalam adat Minang, wanita memang pegang peranan penting dalam keluarga, jadi tangkuluak tanduak ini macam satu simbol kepada itu semua. Kalau diperhatikan betul betul, setiap daerah di Minangkabau kadang ada gaya tangkuluak yang sedikit berbeda. Ada yang bentuknya lebih tinggi, ada yang lebih lebar. Itu pun ada cerita masing-masing, ikut tradisi tempat mereka. Walaupun sekarang zaman sudah berubah, tangkuluak tanduak masih kekal sampai hari ini. Tak kira dalam majlis perkahwinan, acara adat atau festival budaya, ia tetap dipakai. Bukan saja untuk jaga tradisi, tapi juga sebagai tanda bangga dengan identiti sendiri. Kadang bila tengok wanita Minang pakai tangkuluak tanduak, rasa dia lain macam. Bukan saja nampak anggun, tapi ada aura kuat yang datang sekali. Dari cara dia berdiri sampai cara dia bawa diri, semua nampak penuh keyakinan. Kalau korang nak tengok sendiri keunikan tangkuluak tanduak dan budaya Minangkabau dengan lebih dekat, memang lebih best kalau korang datang terus ke tanah Minang. Boleh nampak sendiri macam mana adat itu masih hidup sampai sekarang. Lagi senang kalau ikut pakej bersama BMW 2002 Tour and Travel, semua perjalanan dah diatur. Korang tinggal datang, jalan, dan nikmati sendiri pengalaman budaya Minangkabau yang memang susah nak jumpa di tempat lain. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Chindy Amelia
SHORT ESCAPE LEPAS RAYA? PUNCAK LAWANG MEMANG BERBALOI
Lepas raya, mesti ramai yang rasa penat sibuk beraya sana sini, makan tak henti, perjalanan pun agak padat. Kadang-kadang badan dah balik kerja, tapi mood tu masih belum “reset” lagi. Jadi, apa kata ambil sedikit masa untuk diri sendiri dengan short escape yang santai, tak perlu jauh, tapi tetap puas? Salah satu tempat yang memang “paling best” untuk itu ialah Puncak Lawang. Terletak di kawasan tanah tinggi, tempat ni terkenal dengan pemandangan yang luas dan udara yang sejuk. Dari atas, korang boleh nampak keindahan Danau Maninjau yang terbentang cantik memang jenis view yang buat kita diam sekejap, tarik nafas, dan rasa tenang. Yang bestnya, perjalanan ke sini pun tak terlalu susah. Sesuai sangat untuk short trip 1–2 hari, sama ada dengan kawan-kawan, family, atau even solo trip. Sampai je kat atas, suasana dia lain macam angin sepoi-sepoi, kabus nipis kadang lalu, memang vibe dia santai habis. Kalau jenis suka ambil gambar, memang confirm storage cepat penuh. Dekat sini, tak perlu rushing pun. Korang boleh duduk santai, minum kopi, sembang-sembang sambil layan view. Kadang-kadang, moment paling simple macam ni lah yang paling “kena”. Tak perlu itinerary padat, tak perlu kejar banyak tempat cukup satu lokasi, tapi betul-betul dinikmati. Pendek kata, kalau korang tengah fikir nak ke mana lepas raya, Puncak Lawang memang pilihan yang berbaloi. Tak ambil masa lama, tapi cukup untuk recharge balik tenaga dan mood. Nak trip lagi senang dan tanpa pening fikir detail? Korang boleh pilih pakej tour dengan BMW 2002 Tour semua dah diurus dari itinerary sampai transport, korang tinggal enjoy je. Memang sesuai untuk cipta pengalaman bercuti yang lebih smooth, santai, dan penuh kenangan best! WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Bunga Syukria
DI BALIK KILAU EMAS TU, ADA CERITA TENTANG SUNTIANG MINANGKABAU
Kalau pernah tengok perkahwinan adat Minangkabau, pasti mata terus tertumpu pada satu benda ni hiasan kepala pengantin perempuan yang besar dan berlapis-lapis tu. Dari jauh pun sudah nampak bersinar. Itulah yang disebut orang Minang suntiang. Sekali pandang memang tampak cantik dan megah. Tapi di sebalik keindahan itu, ada cerita yang tak semua orang tau. Suntiang bukan sekadar hiasan, tapi ada makna yang cukup mendalam dalam budaya Minangkabau. Suntiang biasanya dipakai oleh pengantin perempuan pada hari perkahwinan. Bentuknya bertingkat-tingkat, dibuat daripada logam berwarna keemasan, dan dihiasi dengan berbagai corak bunga serta ukiran halus. Bila dipakai, ia akan menutup hampir seluruh bahagian kepala, buat pengantin nampak lebih berseri. Yang orang jarang tahu, suntiang ini sebenarnya agak berat. Ada yang beratnya hingga beberapa kilo. Sebab itu, pengantin perlu duduk dan bergerak dengan penuh hati-hati. Tapi di situlah maknanya berat suntiang tu melambangkan tanggung jawab yang bakal dipikul dalam kehidupan berumah tangga. Proses memakaikan suntiang pun bukan sekejap. Biasanya ambil masa yang lama, satu persatu disusun sampai jadi bentuk yang cantik dan seimbang. Orang yang memakaikan pun biasanya sudah berpengalaman, sebab kalau tak betul susunannya, memang susah nak tampak lawa. Walaupun nampak tradisional, suntiang masih kekal sampai hari ini. Dalam majlis perkahwinan Minangkabau, ia tetap jadi simbol utama. Ramai pengantin masih memilih untuk pakai suntiang walaupun ada pilihan modern, sebab nilai tradisi itu masih kuat. Kadang bila tengok pengantin pakai suntiang, kita bukan saja nampak kecantikan, tapi juga rasa hormat pada adat yang masih dijaga. Dari generasi ke generasi, suntiang tetap jadi lambang keindahan dan kekuatan wanita Minangkabau. Kalau korang nak tengok sendiri keindahan suntiang dan suasana perkahwinan adat Minangkabau, memang lebih seronok kalau datang terus ke tanah Minang. Lagi mudah kalau ikut pakej bersama BMW 2002 Tour and Travel, semuanya sudah diatur dari perjalanan sampai ke tempat – tempat menarik. Boleh tengok budaya Minang dengan lebih dekat, bukan sekadar dengar cerita saja. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Chindy Amelia