Salah satu pusat utama dalam sistem ini ialah Lubang Mbah Soero, sebuah lombong bawah tanah yang jadi simbol eksploitasi serta sejarah pahit kat bandar ni. Lombong ni bukan sahaja berfungsi sebagai tempat pengeluaran arang batu, tapi juga jadi lokasi kerja paksa bagi tahanan yang dibawa dari pelbagai daerah di Nusantara. Mereka dikenali sebagai “orang rantai” kerana bekerja dalam keadaan berantai. Arang batu yang dihasilkan dari sini kemudiannya menjadi komoditi utama yang perlu dihantar ke luar kawasan. Bagi tujuan pengangkutan, pihak Belanda membina rangkaian kereta api yang berhubung dengan Museum Kereta Api Sawahlunto, yang dahulunya aktif. Dari sinilah arang batu dihantar ke pelabuhan seperti Emmahaven, yang kini dikenali sebagai Pelabuhan Teluk Bayur. Laluan kereta api ni menjadi nadi utama yang menghubungkan kawasan lombong dengan dunia luar, sekaligus menjadikan Sawahlunto sebagai pusat industri penting pada ketika itu. Selain lombong dan sistem pengangkutan, pelbagai kemudahan sokongan turut dibina seperti rumah pekerja, Antaranya ialah Museum Goedang Ransoem yang dahulunya berfungsi sebagai dapur umum berskala besar untuk menyediakan makanan kepada ribuan pekerja setiap hari. Semua ini tunjukkan bahawa Sawahlunto bukan sekadar kawasan perlombongan, tapi sebuah sistem kehidupan yang lengkap dan terancang. Seiring berlalunya masa dan berkurangnya aktiviti perlombongan, Sawahlunto mula berubah fungsi. Namun, warisan sejarah yang saling berkait ini masih dipelihara dengan baik. Pada tahun 2019, kawasan ini diiktiraf oleh UNESCO sebagai “Ombilin Coal Mining Heritage of Sawahlunto”. Pengiktirafan ini membuktikan bahawa keseluruhan sistem daripada lombong, pengangkutan hingga ke pelabuhan merupakan satu kesatuan sejarah yang penting di peringkat dunia. Saat ni, Sawahlunto dikenali sebagai destinasi pelancongan berasaskan sejarah yang unik. Para pelancong bukan sahaja dapat melihat bangunan lama, malah dapat memahami bagaimana setiap elemen di bandar ni saling berkaitan dalam membentuk sebuah sistem perlombongan yang pernah berkembang pesat. So kalau korang nak pelajari sendiri sejarahnya, jom PM BMW 2002 Tour now WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Egie Aulia Rizky
KADANG YANG PALING SIMPLE ITU PALING BEST, INI CERITA PISANG PANGGANG KHAS MINANGKABAU
Gambar 1.1 Kuliner Pisang Panggang dengan campuran roti gabin Kalau korang pusing pusing kat Minangkabau ni, kadang tak payah cari makanan yang berat pun. Cukup dengan sesuatu yang ringan, tapi sedap dan panas-panas. Salah satu yang selalu jadi pilihan ialah pisang panggang. Nampak biasa saja bentuk dia, sedap bila sudah rasa, memang susah nak berhenti. Pisang yang digunakan biasanya pisang yang sudah masak elok. Tak terlalu lembik, tapi cukup manis. Pisang tu akan dibakar di atas bara api perlahan-lahan. Dari situ sudah mula keluar bau harum, campur antara manis pisang dan sedikit bau asap. Bila sudah separuh masak, pisang akan dibalik-balik supaya masak setara. Ada juga yang tekan sikit bagi kecil, tapi tak semua buat macam tu. Yang penting, bahagian luar dia sedikit garing dan dalamnya masih lembut. Yang buat pisang panggang Minangkabau ni lagi menarik ialah cara hidangnya. Ada yang makan begitu saja, tapi ramai juga yang suka tambah kuah manis dari gula merah dan santan ada juga yang tambah kue. Bila disiram atas pisang yang masih panas, memang terus naik selera. Tekstur dia memang best la luar sikit garing, dalam lembut dan manis. Bila makan panas-panas, rasa dia lagi sedap. Kadang tak sedar, satu demi satu habis. Di kawasan macam Bukittinggi atau sekitar Minangkabau, pisang panggang ni mudah jumpa, terutama waktu petang atau malam. Biasanya dijual di kedai kecil, tempat orang singgah santai sambil makan dan bercanda tawa. Walaupun sekarang banyak makanan modern, pisang panggang tetap ada peminat. Mungkin sebab cara buat dia simple, tapi rasa dia tetap kena di tekak. Lagi-lagi kalau makan dalam suasana santai, angin petang, memang lain rasa dia. Kadang makanan macam ni yang buat orang rindu, bukan sebab mewah, tapi sebab rasa dan suasana yang datang sekali. Duduk santai, makan panas-panas, sembang dengan kawan atau keluarga, itu yang buat dia lagi sedap. Kalau korang nak rasa sendiri pisang panggang Minangkabau yang asli, memang lebih puas kalau datang terus ke tanah Minang. Selain boleh cuba makanan tradisional korang juga boleh nikmati suasana kampung yang tenang. Jangan lupa pesan pakej bersama BMW 2002 Tour, supaya perjalanan korang jadi lebih mudah dan korang boleh cuba macam-macam lagi makanan khas Minangkabau. Sekali datang, biasanya memang susah nak lupa. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Chindy Amelia
Pernah Dengar Turun Mandi? Begini Cara Orang Minang Sambut Bayi Baru Lahir
Kalau sebut pasal kelahiran bayi, mesti kita bayangkan suasana meriah, keluarga gembira, kan? Tapi tahukah korang, orang Minangkabau di Sumatera Barat ada satu tradisi super unik yang dipanggil turun mandi? Ini bukan sekadar mandikan bayi macam biasa tau, tapi penuh makna, doa, dan harapan untuk kehidupan si kecil yang baru lahir. Apa Itu Turun Mandi? So, turun mandi ni adalah satu traditional ceremony yang dibuat beberapa hari lepas bayi lahir. Bayi akan dibawa ke sungai atau tempat air tertentu dan dimandikan secara simbolik. Boleh kata, ini macam “welcome to the world” version orang Minang bayi disambut dengan penuh rasa syukur, dan simbolik bersih serta suci untuk permulaan hidupnya. Kenapa Tradisi Ini Penting? Bukan sekadar adat, turun mandi ni ada beberapa maksud yang mendalam: Rasa syukur kepada Tuhan (gratitude) Tanda bayi diterima dalam keluarga dan kaum Doa supaya bayi membesar sihat dan bijak (healthy & smart) Mempereratkan hubungan kekeluargaan dan komuniti Kalau korang perasan, tradisi ni bukan sahaja tentang bayi, tapi juga tentang bonding keluarga dan jiran tetangga. Macam Mana Upacaranya? Biasanya, turun mandi dijalankan ikut langkah-langkah ni: Persiapan Keluarga sediakan air bersih, pakaian bayi, dan segala peralatan yang diperlukan. Bacaan doa Biasanya ada doa-doa adat + doa agama sebagai tanda minta keberkatan. Memandikan bayi Bayi dimandikan perlahan-lahan. Macam simbolik fresh start untuk kehidupannya. Perkenalan bayi kepada komuniti Bayi diperkenalkan kepada keluarga besar dan jiran. Semua boleh ucap selamat datang kat si kecil. Kalau korang nak pengalaman lebih unique, Pakej ini membawa korang ke Padang, Bukittinggi dan kampung-kampung tradisional Minangkabau. Dengan tour ini, pengalaman budaya korang bukan sahaja lebih lengkap, malah penuh keseronokan dan kenangan yang takkan dilupakan. Bayangkan korang boleh saksikan turun mandi sambil jelajah Minangkabau dengan ambik pakej with BMW 2002 Tour! WE GUIDE YOU TO BEUTY Penulis : Bunga Syukria
Jangan Pandang Rupa : Godok Katan Itam Ini Sedapnya Lain Macam
Kalau singgah ke pasar pagi di Minangkabau, kadang ada satu kuih yang warnanya agak gelap, hampir hitam. Sekali pandang mungkin orang tak perasan pun, tapi bila dekat, bau dia memang harum. Itu lah dia godok katan itam tu, kuih tradisional yang masih ada sampai sekarang, walaupun tak semua orang kenal. Nama dia pun dah boleh agak katan tu pulut, dan yang digunakan ialah pulut hitam. Pulut tu biasanya dimasak dulu sampai betul-betul lembut. Lepas tu baru dicampur dengan kelapa parut. Ada yang tambah sedikit gula merah atau santan, cukup sekadar bagi rasa dia lebih lemak dan tak kering. Cara buat dia tak susah, tapi kena pandai agak supaya tekstur dia jadi elok. Bila adunan dah siap, orang akan bentuk kecil-kecil. Ada yang bulat, ada juga yang ditekan sikit. Lepas tu terus goreng dalam minyak panas. Masa tengah goreng tu memang best bau pulut hitam bercampur dengan kelapa, naik satu dapur. Kadang yang tengah tunggu pun dah tak sabar nak makan. Bila dah masak, luar dia sedikit garing, tapi bahagian dalam masih lembut dan kenyal. Bila gigit, ada rasa lemak dari kelapa, dengan manis yang tak terlalu kuat. Sebab tu kuih ni sedap dimakan panas-panas. Kadang satu tak cukup, tangan tu terus ambil lagi. Di tempat macam Bukittinggi atau kawasan kampung sekitar Minangkabau, kuih macam ni masih boleh jumpa, tapi tak setiap hari. Selalunya dijual di pasar pagi atau kedai kecil. Orang tempatan memang dah biasa, tapi bagi orang luar, kuih ni kadang jadi benda baru yang menarik untuk dicuba. Yang menariknya, kuih ni bukan sekadar makanan. Ia juga sebahagian daripada cara hidup orang dulu-dulu. Guna bahan yang ada di rumah, buat ramai-ramai, makan sama-sama. Kadang dibuat waktu petang, sambil minum teh, sambil tergelak dengan keluarga. Suasana macam tu yang buat rasa kuih ni lagi bermakna. Walaupun sekarang banyak kuih modern dan makanan viral, kuih tradisional macam ni tetap ada tempatnya. Bukan sebab rupa atau trend, tapi sebab rasa dia yang asli dan tak berubah. Orang yang pernah makan biasanya akan ingat bukan saja rasa dia, tapi suasana masa makan tu. Kalau korang nak cuba sendiri kuih tradisional macam godok katan itam ni, memang lebih seronok kalau datang terus ke tanah Minang. Selain boleh rasa makanan asli, korang juga boleh tengok sendiri suasana kampung dan budaya masyarakatnya. Lagi mudah kalau ikut pakej bersama BMW 2002 Tour tak perlu pening fikir jalan atau tempat makan. Datang saja, jalan santai, dan nikmati sendiri pengalaman rasa makanan Minangkabau yang sebenar. Sekali datang, biasanya memang teringat-ingat nak datang lagi. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis: Chindy Amelia
TAHUKAH KORANG ADA JAMBATAN LEGEND “SITI NURBAYA” KAT BANDAR PADANG?
Salah satu ikon paling terkenal kat Padang ialah sebuah jambatan yang merentasi Sungai Batang Arau, menghubungkan pusat bandar dengan Seberang Padang. Bukan sekadar laluan pengangkutan, tempat ni juga menjadi spot pelancongan menarik untuk penduduk tempatan dan pelawat dari luar. Nama “Siti Nurbaya” datang daripada watak utama dalam novel klasik Melayu tulisan Marah Rusli. Kisah tragis tentang cinta dan pengorbanan ni dah jadi legenda dalam kesusasteraan Indonesia, dan namanya diabadikan sebagai simbol sejarah dan budaya di kawasan ni. Jambatan ni panjangnya lebih kurang 156 meter, direka untuk mudahkan pergerakan antara dua kawasan penting kat bandar Padang. Dari atas, korang boleh menikmati pemandangan Sungai Batang Arau yang cantik, ditambah deretan bukit yang mengelilingi kawasan ni. Waktu petang hingga malam, suasana makin meriah dengan lampu-lampu cantik dan kehadiran peniaga makanan serta minuman. Sekitar kawasan ni juga ada tapak bersejarah yang berkait dengan legenda Siti Nurbaya, termasuk makam yang dipercayai ada hubung kait dengan cerita tersebut. Jadi, tempat ni bukan sahaja penting untuk pengangkutan, tapi juga legasi sejarah yang menarik yang menarik. Kesimpulannya, jambatan ni bukan sekadar struktur biasa. Ia simbol identiti bandar Padang, gabungan antara fungsi moden dan nilai sejarah yang kaya. Dengan pemandangan cantik dan kisah legenda yang menyelubungi, memang wajib singgah kalau datang Padang. So, jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman melancong unik bersama BMW 2002 Tour sambil menikmati keindahan dan sejarah yang menawan ni! WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Bunga Syukria
HEALING SAMBIL LAYAN SUNSET CANTIK DI PANTAI PADANG
Pantai Padang, Sumatera Barat (Harian Haluan.com) Kalau datang ke Sumatera Barat tapi tak singgah tengok sunset dekat Pantai Padang, memang rugi besar. Inilah spot pantai yang bukan saja famous, tapi view dia memang next level langit oren membara, laut terbentang luas, angin petang sepoi-sepoi memang auto buat mood jadi baik. Datang waktu senja, duduk santai tepi pantai, dan biar alam yang buat selebihnya. Sekali rasa, confirm nak repeat lagi. Menjelang lewat petang, suasana di Pantai Padang mula berubah perlahan-lahan. Matahari yang tadinya tinggi dan terang, kini semakin rendah menghampiri ufuk barat. Cahaya keemasan mula menyelimuti permukaan laut, memantul cantik di atas ombak yang bergerak tenang. Langit pula bertukar warna dari biru cerah ke jingga terang, kemudian perlahan-lahan bercampur merah jambu dan sedikit ungu. Setiap minit warnanya berubah, seolah-olah alam sedang buat persembahan khas untuk siapa saja yang sanggup berhenti dan menikmati. Angin petang yang sepoi-sepoi tambah lagi rasa nyaman. Tak panas, tak terlalu kuat cukup untuk buat hati rasa lapang. Bunyi deburan ombak jadi muzik latar yang menenangkan, seakan-akan menghapuskan segala penat selepas seharian berjalan atau bekerja. Ramai yang duduk santai atas benteng, ada yang gelak-gelak bersama kawan, ada pasangan yang ambil gambar dengan siluet matahari di belakang, dan tak kurang juga yang memilih untuk duduk diam, menikmati momen seorang diri. Inilah jenis healing yang tak perlukan tempat eksklusif atau aktiviti ekstrem. Cukup dengan duduk di tepi pantai, tarik nafas dalam-dalam, dan biar alam ambil alih segala kekusutan fikiran. Sunset di Pantai Padang bukan sekadar pemandangan cantik, tapi pengalaman yang buat kita rasa lebih tenang dan lebih bersyukur. Dan kalau korang memang rancang nak bercuti ke Sumatera Barat, jangan datang sekadar singgah tanpa perancangan yang proper. Jom rasakan sendiri healing sebenar di Pantai Padang. Ambil Pakej with BMW 2002 Tour dan alami pengalaman tengok sunset yang bukan sekadar cantik dalam gambar, tapi lebih cantik bila dilihat dengan mata sendiri. Sekali je datang, confirm nak repeat lagi. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis: Bunga Syukria
SOTO PADANG : BENING KUAHNYA TAPI RASA DIA PADU
Kuah dia nampak biasa saja , yakin sedap? Itu selalu jadi reaksi orang bila pertama kali tengok soto Padang. Tak pekat, tak berminyak sangat, nampak ringkas. Tapi jangan tertipu dengan rupa. Sekali suap, baru faham kenapa menu ni ada tempat sendiri dalam hati orang Minangkabau. Soto Padang memang lain dari soto yang biasa kita jumpa. Kuah dia jernih, tapi aroma rempah dia naik perlahan-lahan. Dalam mangkuk biasanya ada bihun, hirisan daging lembu yang lembut, kadang ditambah sedikit paru goreng yang rangup. Lepas tu ditabur keripik merah di atas — bila makan ada bunyi rangup sikit, sedap pula tu. Yang buat soto ni menarik, dia tak berat sangat tapi tetap mengenyangkan. Sesuai makan waktu pagi sebelum mula kerja, atau malam-malam bila nak sesuatu yang panas dan ringan. Tambah sedikit sambal kalau suka pedas, perah limau sikit, memang terus jadi lengkap. Di Minangkabau, soto Padang ni senang jumpa. Mula dari warung kecil tepi jalan sampai ke kedai makan yang lebih besar, mesti ada. Orang tempatan pula makan bukan sebab trend, tapi memang sudah biasa dari dulu. Ada yang sudah jadi pelanggan tetap, duduk di meja yang sama, pesan menu yang sama setiap minggu. Kadang yang buat sedap tu bukan Cuma sotonya saja, tapi suasananya. Duduk di kedai sederhana, angin petang lalu perlahan, bunyi orang berbual di sebelah meja. Makan pun jadi lebih nikmat. Tak perlu tempat mewah, cukup rasa yang kena di lidah. Soto Padang ni mungkin nampak simple, tapi di situlah keistimewaannya. Tak perlu kuah pekat atau bahan berlebihan untuk buat orang suka. Cukup rasa yang seimbang dan cara hidang yang ikhlas. Kalau korang nak rasa sendiri soto Padang yang betul-betul asli, memang lebih puas kalau cuba di tanah Minang sendiri. Lagi mudah kalau korang ambil pakej with BMW 2002 Tour, tak payah pening nak cari kedai mana yang sedap. Semuanya sudah diatur, korang tinggal datang, makan, dan nikmati saja suasana. Biasanya sekali cuba, lepas balik tu mesti teringat-ingat rasa kuah panas dia. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis: Chindy Amelia
GODOK BATINTA : KUIH TRADISIONAL MINANGKABAU YANG MANIS
Korang kalau berbuka puasa dengan apa? Kalau nak berbuka dengan yang manis, godok batinta ni cocok sebagai takjil bulan puasa. Godok batinta ni ialah salah satu kuih tradisional masyarakat Minangkabau yang terkenal dengan rasa manis serta teksturnya yang lembut di bahagian dalam. Nama “batinta” ni asal nya daripada bahasa Minangkabau yang dimana warna tersebut terhasil daripada penggunaan gula merah sebagai bahan utama, yang bukan sahaja memberi warna menarik tetapi juga menghasilkan aroma harum serta rasa manis yang asli dan menyelerakan. Keistimewaan godok batinta terletak pada kesederhanaannya. Walaupun bahan dan cara penyediaannya tak rumit, kuih ni membawa nilai nostalgia yang kuat dalam kalangan masyarakat Minangkabau. Pada masa dahulu, godok batinta sering disediakan sebagai hidangan petang dan dinikmati bersama teh panas atau kopi ketika berkumpul bersama keluarga, melambangkan suasana mesra dan kebersamaan. Selain menjadi makanan harian, godok batinta juga sering dihidangkan dalam acara adat, gotong-royong, dan majlis masyarakat. Kehadirannya melambangkan rezeki yang sederhana namun penuh rasa syukur, selaras dengan falsafah hidup masyarakat Minangkabau yang menitikberatkan kebersamaan dan kesederhanaan. Walaupun pelbagai makanan moden semakin popular pada masa kini, godok batinta tetap kekal sebagai warisan kuliner tradisional yang dihargai. Terlebih lagi pada saat bulan ramadhan ni, kuih nih sangat dicari cari untuk berbuka puasa. Kuih ini pun masih boleh korang temui kat pasar tradisional serta lokasi pelancongan kuliner kat Sumatera Barat. So kalau korang semua nak rasa macam mana rasa godok batinta ni, boleh je PM BMW 2002 Tour, kita akan bawa korang rasa sendiri godok batinta tu! WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Egie Aulia Rizky
AYAM POP SI PUTIH LEMBUT YANG JADI PRIMADONA RUMAH MAKAN PADANG
Kalau sebut pasal masakan Minang, mesti orang terus bayang rendang, gulai yang merah menyala, sambal pedas berapi. Tapi di celah-celah lauk yang penuh warna tu, ada satu menu yang nampak simple je tapi selalu jadi rebutan , sebut je ayam pop. Ayam Pop ni memang lain dari yang lain. Warna dia tak merah, tak bersalut sambal tebal, malah nampak putih pucat kekuningan je. Sekali pandang macam biasa-biasa. Tapi jangan tertipu dengan rupa dia. Bila dah rasa, baru faham kenapa ramai orang pilih Ayam Pop tiap kali makan kat rumah makan Padang. Proses masak Ayam Pop ni pun unik. Ayam tak terus goreng macam ayam biasa. Mula-mula dia direbus dulu dengan bawang putih, garam, dan kadang-kadang campur air kelapa supaya rasa dia lagi dalam dan daging jadi lembut betul. Lepas tu baru digoreng sekejap je bukan sampai garing keras, tapi cukup untuk bagi luar dia sedikit kering dan wangi. Sebab tu isi dia kekal juicy dan tak liat. Yang buat lagi padu mestilah sambal merah dia. Sambal khas Minang ni pedas tapi ada sikit rasa manis, memang ngam kalau makan dengan ayam yang lembut tu. Bila cicah sekali, rasa gurih ayam bercampur dengan pedas manis sambal, terus buat nasi bertambah tanpa sedar. Ayam Pop ni juga sesuai untuk orang yang tak tahan pedas sangat tapi nak rasa masakan Minang. Dia tak terlalu kuat rempah, tapi tetap ada identiti sendiri. Malah ada yang kata, Ayam Pop ni lambang kesederhanaan dalam dunia masakan Minang yang terkenal dengan rasa bold dan berani. Sekarang ni, hampir semua rumah makan Padang mesti ada Ayam Pop dalam senarai lauk. Dari bandar besar sampai pekan kecil, menu ni tetap ada peminat dia. Walaupun nampak tenang dan tak “menjerit” macam lauk lain, Ayam Pop tetap jadi primadona Ayam Pop bukan sekadar lauk biasa. Ia adalah bukti bahawa dalam kesederhanaan ada keistimewaan. Tak perlu warna terang atau rasa terlalu kuat untuk jadi kegemaran ramai. Cuba secara langsung di negeri asalnya dengan ambik Pakej Percutian With BMW 2002 Tour. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis: Muhamad Rafi
Maksud Di Sebalik Tongkat Penghulu Minangkabau
Tongkat penghulu dalam adat Minangkabau bukanlah sekadar sebatang kayu yang dipegang ketika berjalan atau berdiri. Ia adalah lambang maruah, kuasa dan amanah besar yang digalas oleh seorang penghulu dalam memimpin kaumnya. Setiap inci tongkat itu membawa makna, falsafah dan pesan adat yang diwarisi sejak turun-temurun. Dalam kehidupan orang Minangkabau, penghulu memegang peranan yang sangat penting. Dia bukan sahaja ketua kaum, tapi juga orang tengah dalam menyelesaikan masalah, pendamai bila berlaku perselisihan, dan tempat anak kemenakan menumpang harapan. Sebab tu, tongkat yang dipegang melambangkan bahawa seorang penghulu mesti berdiri teguh, berpijak pada adat, dan sentiasa berpihak kepada kebenaran. Pemilihan tongkat penghulu bukan dibuat sembarangan. Biasanya, ia diperbuat daripada kayu yang keras, tahan lama dan berkualiti tinggi. Kayu tersebut melambangkan kekuatan jiwa, ketabahan dan kesabaran seorang pemimpin adat. Ada juga tongkat yang diukir dengan corak tertentu, seperti motif alam atau ukiran tradisi Minangkabau. Setiap ukiran itu membawa maksud tersendiri, ada yang melambangkan kebijaksanaan, ada yang menggambarkan kesatuan kaum, dan ada juga yang menjadi peringatan supaya penghulu sentiasa merendah diri walaupun mempunyai kuasa. Tongkat penghulu bukan hanya digunakan dalam kehidupan seharian, tetapi sangat penting dalam upacara adat. Dalam acara batagak penghulu, tongkat menjadi salah satu simbol utama. Saat tongkat diserahkan dan dipegang oleh penghulu, itu menandakan bermulanya tanggungjawab besar. Sejak saat itu, segala tingkah laku, percakapan dan keputusan yang dibuat akan diperhatikan oleh anak kemenakan dan masyarakat sekeliling. Dalam falsafah adat Minangkabau, tongkat juga membawa maksud keadilan dan keseimbangan. Penghulu dituntut untuk berlaku adil, tidak berat sebelah dan tidak menggunakan kuasa untuk kepentingan diri sendiri. Tongkat yang dipegang menjadi peringatan bahawa kuasa bukan untuk dibanggakan, tetapi untuk digunakan demi kebaikan bersama. Jika tersalah langkah, tongkat itulah yang seolah-olah “menegur” agar penghulu kembali ke jalan adat. Selain itu, tongkat penghulu juga melambangkan hubungan antara adat dan agama. Dalam prinsip Minangkabau yang terkenal, adat basandi syarak, syarak basandi Kitabullah, tongkat menjadi simbol pegangan hidup seorang pemimpin. Penghulu bukan sahaja perlu faham adat, tetapi juga mesti berlandaskan nilai agama dalam setiap keputusannya. Tongkat penghulu juga menjadi tanda kesinambungan warisan adat. Ia bukan sekadar milik peribadi, tetapi milik kaum. Bila seorang penghulu meninggal dunia atau tamat amanahnya, tongkat itu akan diserahkan kepada pengganti yang layak. Proses ini melambangkan bahawa kepimpinan adat tidak pernah putus, sebaliknya terus hidup dan dijaga dari satu generasi ke generasi seterusnya. Tongkat penghulu Minangkabau bukan sekadar simbol adat, tetapi lambang amanah dan tanggungjawab seorang pemimpin. Selagi tongkat itu dipegang, selagi itulah penghulu dituntut untuk berlaku adil, menjaga adat, dan melindungi anak kemenakan demi kelangsungan warisan Minangkabau. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis: Bunga Syukria
Scarf Songket Khas Minang: Keindahan Tradisi dalam Gaya Masa Kini
Gambar 1.1 Scarft Songket Minangkabau Scarf songket khas Minangkabau merupakan bentuk inovasi daripada kain songket tradisional Minang yang sarat dengan nilai adat, sejarah, dan falsafah hidup masyarakat Minangkabau. Kain ini ditenun secara tradisional menggunakan benang emas atau perak, lalu diolah menjadi scarf yang lebih ringan, praktikal, dan sesuai dengan gaya masa kini tanpa menghilangkan identiti asalnya. Motif-motif pada selendang Minang ini biasanya terinspirasi daripada alam sekitar dan nilai adat, seperti bentuk flora, geometri, serta simbol-simbol yang mencerminkan kebijaksanaan orang Minang dalam memaknai kehidupan. Setiap corak bukan sekadar hiasan, tetapi membawa makna tentang keseimbangan, keharmonian, dan hubungan manusia dengan alam serta adat. Walaupun tampil dalam bentuk moden, proses pembuatannya tetap memerlukan ketelitian tinggi dan kemahiran penenun berpengalaman. Inilah yang menjadikan setiap helai scarf songket Minang memiliki nilai seni dan keunikan tersendiri. Tidak hairan jika scarf ini sering digunakan sebagai pelengkap busana untuk acara adat, majlis rasmi, hingga sentuhan etnik dalam gaya harian. Kini, scarf songket khas Minang bukan sekadar aksesori fesyen, tetapi juga simbol kebanggaan budaya. Memakainya bermakna membawa secebis warisan Minangkabau ke dalam kehidupan moden, sambil terus menjaga dan menghargai kekayaan tradisi yang diwariskan dari generasi ke generasi. BMW 2002 Tour menghadiahkan selendang songket khas Minangkabau ini secara percuma kepada para tetamu yang mengambil pakej bersama kami, dan akan diserahkan saat ketibaan tetamu di lapangan terbang sebagai tanda sambutan yang mesra. Bukan sekadar cenderamata, ia melambangkan kenangan dan penghargaan sehelai warisan Minang yang boleh terus dipakai, dibawa pulang, dan dikenang sebagai sebahagian daripada pengalaman perjalanan di Sumatera Barat. Gambar 1.2 Tetamu saat menggunakan Scarft Songket from BMW 2002 Tour WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis: Bunga Syukria
ALAT MUZIK TRADISI DARI SAWAH
Dalam kehidupan orang kampung dulu, hiburan tak perlu benda mahal. Cukup dengan batang padi, dah boleh jadi pupuik batang padi, permainan tradisi yang ringkas tapi penuh makna. Pupuik batang padi ialah satu permainan tradisional yang lahir daripada kehidupan orang kampung dulu. Ia dibuat daripada batang padi yang biasanya dianggap benda biasa saja, tapi di tangan budak-budak kampung, batang padi boleh bertukar jadi alat hiburan. Masa itu, hiburan tak perlu mahal dan tak perlu dibeli, cukup guna apa yang ada di sekeliling. Dulu-dulu, pupuik batang padi selalu dimainkan masa budak-budak ikut orang tua ke sawah atau lepas balik sekolah. Ambil batang padi yang lurus, potong sikit, buat belahan kecil, lepas tu ditiup. Walaupun bunyi yang keluar taklah sekuat alat muzik lain, tapi bunyi dia cukup buat suasana sawah jadi hidup. Kadang-kadang bunyi pupuik ni bercampur dengan bunyi angin dan burung, jadi satu suasana yang tenang dan damai. Permainan ni bukan saja untuk suka-suka, tapi juga jadi cara budak-budak belajar tentang kreativiti. Dengan benda yang paling ringkas, mereka belajar mencipta bunyi, belajar sabar untuk dapatkan nada yang sedap, dan belajar berkongsi kegembiraan dengan kawan-kawan. Masa main pupuik batang padi, tak ada siapa yang berlumba siapa paling hebat, yang penting semua seronok bersama. Dalam kehidupan orang kampung dulu, pupuik batang padi juga menggambarkan hubungan rapat manusia dengan alam. Batang padi yang tumbuh di sawah bukan sekadar sumber makanan, tapi juga boleh jadi alat hiburan. Ini menunjukkan bagaimana orang dulu menghargai alam dan guna apa yang ada tanpa merosakkannya. Dari situ juga lahir sikap hidup sederhana dan berpada-pada. Sekarang ni, pupuik batang padi makin jarang kedengaran. Zaman dah berubah, budak-budak lebih tertarik dengan telefon, permainan video dan hiburan moden. Tapi walaupun begitu, pupuik batang padi masih ada nilai yang besar sebagai warisan budaya. Ia mengingatkan kita tentang zaman yang lebih tenang, tentang kegembiraan yang lahir daripada kesederhanaan, dan tentang pentingnya menjaga tradisi supaya tak hilang ditelan masa. Kalau pupuik batang padi diperkenalkan balik kepada generasi sekarang, bukan saja sebagai permainan, tapi sebagai cerita dan pengalaman, ia boleh jadi satu cara untuk mengenalkan budaya lama kepada anak-anak. Dari bunyi yang kecil dan ringkas itu, tersimpan cerita panjang tentang kehidupan, alam dan kebersamaan orang kampung dulu. Pupuik batang padi bukan sekadar permainan lama, tapi lambang kehidupan orang kampung yang sederhana dan penuh makna. Dari batang padi yang biasa, lahir bunyi kecil yang membawa kegembiraan dan kebersamaan. Walaupun kini jarang kedengaran, pupuik batang padi wajar dikenang dan diperkenalkan semula supaya warisan ini tak hilang ditelan zaman. Bila you all datang kat Padang Bukittinggi boleh jumpa alat muzik ni terus beli bawak balik kat kampung pun boleh. Sila ambik Pakej 4D3N with BMW 2002 Tour. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis: Muhamad Rafi