Gambaran Makan Bajamba kat Minangkabau Bayangkan you all duduk bersila kat sebuah rumah kampung di Sumatera Barat. Kat tengah-tengah, terhidang satu talam besar berisi nasi panas dan lauk Minangkabau macam rendang, ayam gulai, ikan, sambal. Orang sekeliling senyum, suasana tenang, dan sebelum makan, semua tunduk berdoa bersama. Inilah yang orang Minangkabau panggil Makan Bajamba. Dalam tiap perjalanan ke Sumatera Barat, ada pengalaman yang tak boleh didapat hanya dengan melihat pemandangan. Makan Bajamba ialah salah satunya. Tradisi ni ajak orang makan bersama dalam kumpulan kecil, biasanya tiga hingga tujuh orang, duduk melingkar dan berkongsi satu hidangan. Dari situ, rasa kebersamaan mula terasa. Lelaki duduk bersila, perempuan bersimpuh. Tak ada yang duduk lebih tinggi, tak ada yang didahulukan kerana pangkat. Satu talam di tengah, semua ambil secukupnya. Tak gelojoh, tak berebut. Orang yang lebih tua atau yang dihormati dipersilakan dahulu, yang lain menunggu dengan penuh sopan. Cara makan pun ada adabnya. Tangan kanan menyuap, tangan kiri menadah. Makan perlahan, berbual seadanya. Kadang-kadang diselangi pantun atau cerita lama orang kampung. Masa terasa berjalan perlahan, tapi hati rasa penuh. Di situlah nilai Makan Bajamba tu. Ia bukan sekadar makan, tapi pelajaran tentang hormat-menghormati, timbang rasa, dan kebersamaan. Semua hidangan perlu dihabiskan bersama. Kalau ada lebih, dibahagi adil. Tak ada pembaziran, sebab rezeki itu dikongsi. Tradisi ni biasanya hidup dalam kenduri, majlis perkahwinan, manjapuik marapulai, khatam, dan acara adat lain. Hingga hari ini, Makan Bajamba masih diamalkan dan diajarkan kepada generasi muda, supaya nilai-nilai ini tak hilang ditelan zaman. With BMW 2002 Tour, perjalanan ke Sumatera Barat bukan hanya membawa you all melihat tempat cantik, tapi merasai sendiri kehidupan dan budaya orang Minangkabau. Makan Bajamba menjadi satu pengalaman sederhana, tapi penuh makna penggalaman yang susah dilupakan bila dah balik nanti. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis: Egie Aulia Rizky
Dakak-dakak : Oleh oleh khas Minangkabau
Dakak – dakak ? Benda ape tu eh? Makanan ini merupakan oleh-oleh khas Minangkabau. Dakak-dakak ni antara oleh-oleh tradisional Minangkabau yang mungkin nampak simple, tapi rasa dia memang ada kelas tersendiri. Walaupun tak sepopular sanjai, tapi siapa yang pernah rasa biasanya terus ingat sampai sekarang. Dakak-dakak dibuat daripada tepung beras yang digaul dengan gula dan santan, lepas tu digoreng sampai jadi rangup di luar tapi masih ada rasa lembut di dalam. Bentuk dia kecil-kecil, warna keemasan, sekali makan memang susah nak berhenti. Rasa dia manis sederhana, tak muak, sesuai makan sambil minum kopi atau teh panas. Dulu-dulu, dakak-dakak ni selalu ada masa kenduri atau majlis keluarga. Sekarang pun masih jadi pilihan sebagai oleh-oleh sebab dia tahan lama dan senang dibawa. Ada yang dibungkus ringkas, ada juga yang dah dikemas cantik untuk buah tangan. Lagipun, dakak-dakak ni jenis kuih yang makin lama dikunyah makin keluar rasa dia. Kadang nampak biasa je, tapi bila dah mula makan, tangan asyik capai lagi dan lagi. Sesuai sangat dijadikan teman borak, teman travel, atau sekadar nak rasa vibes lama-lama Minang. Orang kata, kuih ni tak perlu banyak gaya, cukup rasa dia yang jujur, terus buat orang senyum sendiri. Pendek cerita, dakak-dakak ni bukan sekadar kuih lama, tapi sebahagian dari kenangan dan rasa orang Minangkabau. Kalau jumpa di kedai oleh-oleh, jangan ragu nak ambil kadang yang klasik tu lah paling sedap. Nah, kalau korang teringin nak rasa sendiri oleh oleh dakak-dakak ni ,korang boleh ambil Pakej Tour ke BMW 2002 Trour And Travel. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Chindy Amelia
Macam Ini Lah Rangkaian Prosesi Perkawinan dalam Adat Minangkabau, Jom Semak Pesanan
Adat perkahwinan Minangkabau mempunyai rangkaian prosesi yang penuh makna dan nilai budaya. Setiap peringkat mencerminkan kebijaksanaan adat serta semangat kebersamaan dalam menyatukan dua keluarga berlandaskan adat basandi syarak, syarak basandi Kitabullah. Terdapat 7 Tradisi Perkahwinan di Minangkabau, diantaranya ialah: 1)Maresek => adalah dimana keluarga wanita mengunjungi keluarga pengantin lelaki untuk menilai kesesuaian secara diam-diam,Maresek ini merupakan langkah awal sebelum lamaran rasmi,Agar batimbang tando menjadi bahagian penting dalam tradisi perkahwinan Minang.Iaitu proses pertukaran tanda pengikat antara bakal marapulai dan anak Daro sebagai akad dan restu perhubungan. 2)Mahanta sirih atau maantaan siriah => merupakan tradisi penting dalam perkahwinan Minangkabau.iaitu perarakan tradisional untuk meminta izin daripada keluarga pengantin perempuan dan rombongan pengantin perempuan Membawa pokok kurma yang diisi daun nipah dan tembakau,serta rombongan pengantin perempuan lengkap dengan sirih, pinang, gambir, dan limau nipis.sebagai lambang harapan kehidupan keluarga yang harmoni dan diiringi dengan ucapan pasambahan tradisi. 3)Babako-babaki => bermaksud tradisi adat Minangkabau di mana keluarga bapanya dipanggil bako. 4)Malam bainai => malam bainah ialah tradisi adat Minangkabau di Sumatera Barat yang diadakan pada malam terakhir calon pengantin perempuan (anak daro) sebelum perkahwinan, di mana kukunya dilumuri dengan daun inai merah yang dihancurkan (inai).merah menandakan statusnya sebagai wanita yang sudah berkahwin, diiringi doa restu, nasihat, hiburan seperti randai, dan luahan kasih sayang keluarga sebelum meninggalkan kehidupan lajang. 5)Manjampuik marapulai => yang dimaksud dengan manjampuik marapulai adalah tradisi adat Minangkabau yang sangat penting dalam perkahwinan, artinya “menjemput pengantin laki-laki” (marapulai) oleh keluarga pengantin perempuan (anak daro) dari rumahnya untuk dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk melaksanakan akad nikah dan berdiri berdampingan di atas pelamin, sebagai lambang kehormatan,keterbukaan terhadap keluarga perempuan. (marapulai) sebagai sebahagian daripada keluarga besar pengantin perempuan (anak daro). 6)Penyambutan di rumah anak daro =>prosesi meriah menyambut marapulai (pengantin pria) dengan musik tradisional (talempong, gandang tabuk), barisan dara (gadis) membawakan sirih, penaburan beras kuning oleh sesepuh, dan pemercikan air suci sebelum memasuki rumah sebagai simbol penyucian dan penghormatan 7)Basandiang di pentas perkahwinan => merupakan salah satu acara utama dalam perarakan perkahwinan tradisional Minangkabau, di mana pasangan pengantin secara rasminya duduk bersanding di atas pentas perkahwinan atau pelamin. Bersama BMW 2002 Tour & Travel, perjalanan ke Sumatera Barat bukan hanya membawa you all mengenal prosesi perkahwinan di Minangkabau, tapi merasai sendiri kehidupan dan budaya orang Minangkabau. Perkahwinan di Minangkabau menjadi satu pengalaman sederhana, tapi penuh makna penggalaman yang susah dilupakan bila dah balik nanti. Itulah 7 tradisi orang Minangkabau. Ada yang korang dah familiar, atau semua pun baru dengar? WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Muhammad Rafi
Kelok 9: Selekoh Berliku dengan Pemandangan Menakjubkan
Kelok 9 ialah laluan jalan raya yang sangat famous di daerah Sumatra Barat, dengan reka bentuk 9 selekoh tajam yang meliuk-liuk di atas lembah dan ngarai yang luas. Jalan asalnya mula dibina pada tahun 1908 semasa era kolonial Belanda, bertujuan sebagai penghubung strategik antara wilayah Bandar Bukittinggi dan Bandar Payakumbuh ke kawasan timur Sumatra termasuk Riau, untuk mempercepatkan mobiliti hasil bumi seperti kopi, rempah, dan arang batu. Flyover ini direka supaya kenderaan berat seperti lori dan bas boleh melintas dengan lebih stabil, sementara jalan selekoh asal masih dikekalkan dan kini menjadi laluan nostalgia serta tarikan pelancongan. Struktur flyover ini berdiri setinggi kira-kira 50–60 meter di atas dasar lembah, memberi pengalaman visual yang luar biasa seolah-olah terapung di tengah-tengah alam rimba Sumatra Barat. Dikelilingi oleh hutan tropika yang masih sangat asli, menjadi habitat kepada monyet ekor panjang, burung enggang, dan juga flora endemik. Dari atas jambatan, pelancong boleh tengok Ngarai Harau di kejauhan, sawah bertingkat yang berubah warna mengikut musim. Reka bentuk lengkungnya bukan sahaja cantik, tetapi juga pernah dikaji sebagai contoh kejuruteraan jalan gunung kerana kemampuan strukturnya bertahan lebih dari satu abad meskipun berada di daerah curah hujan tinggi serta kawasan pergerakan tanah. Selain sebagai ikon pelancongan, Kelok 9 juga punya nilai budaya bagi orang Minang ia dianggap sebagai lambang keteguhan dan kebijaksanaan merancang hidup, sama seperti falsafah adat yang mementingkan strategi dan keseimbangan. Check Pakej Tour Padang Bukittinggi untuk melancong with BMW 2002 Tour. Nikmati keindahan Selekoh 9 Berliku Dengan Pemandangan Menakjubkan. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis: Bunga Syukria
TRADISI MERANTAU ORANG MINANGKABAU: DARI KAMPUNG KE NEGERI ORANG
Kenapa agaknya orang Minangkabau pilih untuk merantau jauh dari kampung? Merantau di Minangkabau ialah tradisi lama yang dipengaruhi oleh faktor sistem matrilineal, di mana harta pusaka diwarisi oleh perempuan, membuatkan anak lelaki digalakkan mencari rezeki sendiri. Pepatah adat megatakan ‘Karatau Madang di Hulu’ maknanya ialah anak bujang yang masih belum berkahwin sepatutnya pergi merantau dan mencari pengalaman di tempat lain. Merantau bukan sekadar soal ekonomi, tetapi juga membentuk kemandirian, menambah ilmu, meluaskan pandangan, dan akhirnya kembali ke kampung untuk membangunkan serta mengembangkan diri. Pepatah menyebutkan bahwa “Karatau madang di hulu, babuah babungo alun, marantau bujang dahulu, di rumah paguno alun”. Maknanya pemuda Minang harus merantau dulu untuk mencari pengalaman dan ilmu agar pulang bisa berguna di kampung halaman. Bukan hanya sekadar tujuan ekonomi, merantau juga untuk menempa karakter, membangun jaringan, beradaptasi, dan mencari jati diri. Tujuan orang Minang merantau sesuai ajaran Islam, iaitu mencari kehidupan di muka bumi adalah kewajiban Selain itu, faktor pendorong merantau orang Minangkabau, iaitu: Sistem Matrilineal: Laki-laki tidak mewarisi harta pusaka, sehingga harus mencari kehidupan sendiri di perantauan, karena yang mewarisi harta pusaka adalah perempuan sebab tulah laki-laki di Minangkabau pergi merantau. Budaya Adat: Merantau adalah bagian integral dari adat Minangkabau untuk pengembangan diri pemuda. Ekonomi dan Pendidikan: Keterbatasan di kampung mendorong mencari peluang di tempat lain. Proses dan tipikal orang nak merantau Usia Muda: Umumnya dimulai pada usia belasan tahun, mungkin Korang semua dah pernah tengok orang Minangkabau merantau kebanyakan anak-anak muda semua, karna lepas mereka dah merantau. Modal Semangat: Tidak membawa banyak modal uang, tapi semangat, keuletan, dan prinsip. Tujuan: Seringkali ke banda-banda besar atau daerah ramai, mulai dengan usaha kecil seperti berdagang (kaki lima). Etika: Hidup hemat, mawas diri, menjalin silaturahmi kuat sesama orang Minang, dan mengirim uang ke kampung untuk membantu keluarga. Tujuan orang Minangkabau merantau nih ada pula bukan hanya untuk mencari uang saja tetapi mereka semua kembali ke kampung dengan bekal ilmu, pengalaman, dan modal untuk membangun kampung halaman dan memberi manfaat. Korang semua dah paham tak, macam mana orang minang pergi merantau dan juga manfaat mereka merantau? WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis: Muhammad Rafi
SATE PADANG KULINER KHAS MINANGKABAU
Siape yang sudah pernah merasai Sate Padang? Sate Padang terkenal dengan kuahnya yang pekat, padu, dan penuh rasa sampai sekali cuba memang terus jatuh cinta. Dari jauh pun dah boleh tau bau rempah dia. Sate ni bukan sekadar daging dicucuk dan dibakar, tapi ada cerita panjang di sebalik rasanya. Biasanya sate Padang guna daging lembu atau lidah lembu yang direbus lama dengan pelbagai rempah. Lepas tu baru dicucuk dan dibakar sekejap atas bara api, cukup bagi aroma hangus-hangus manja tu naik. Tapi yang buat orang ingat sampai bila-bila, mestilah kuah dia. Kuah kuning pekat, pedas sederhana, dan lemak berempah, bila kena dengan sate panas-panas memang ngam. Makan pula dengan ketupat atau lontong, tambah sikit bawang goreng dan cili kisar. Sekali suap, rasa dia ada pedas, ada lemak, ada rempah yang kuat tapi tak menyakitkan lidah. Tak hairanlah Sate Padang ni bukan je popular di Sumatera, tapi sampai ke Malaysia pun ramai yang cari. Bagi orang Minangkabau, sate Padang ni bukan sekadar makanan. Ia selalu jadi hidangan bila ada kenduri, majlis keluarga, atau sekadar lepak petang-petang. Setiap gerai pula ada versi kuah masing-masing, jadi rasa dia memang tak pernah sama Sate Padang ni bukan jenis makan sekali lepas tu lupa. Dia jenis yang buat orang rindu, buat orang sanggup pusing jauh semata-mata nak rasa kuah dia yang ‘waw’. Kalau belum pernah cuba, memang rugi besar. So tampak sedap kan? korang boleh rasa sate ni dengan ambik pakej tour Padang Bukittinggi dengan BMW 2002 Tour and Travel. We Guide You To Beauty Penulis: Chindy Amelia
FESTIVAL TRADISIONAL PACU JAWI: PERLUMBAAN LEMBU YANG UNIK DI MINANGKABAU
Korang tau tak? Di Minangkabau ada satu tradisi yang sangat meriah dan unik dikenali sebagai Pacuan Lembu atau kat sini kita sebut Pacu Jawi. Tradisi ini bukan sekadar hiburan semata, tetapi juga cara para petani menunjukkan rasa syukur selepas musim panen padi. Dalam event ini, para petani akan guide dua lembu untuk berlari laju di sawah berlumpur sambil memegang kayu yang diikat pada ekor Lembu mereka. Pengemudi kena kuat dan steady supaya Lembu stay straight, sambil balance diri supaya tak jatuh ke lumpur. Bayangkan Lembu lari laju dengan lumpur terpercik ke udara memang penuh adrenalin! Aksi penuh adrenalin ini menjadikan Pacu Jawi satu pengalaman budaya yang menarik untuk disaksikan, baik oleh penduduk tempatan mahupun pelancong. Selain hiburan, ada makna sosial dan budaya yang terdapat dalam acara ni. Festival ini diadakan untuk tunjukkan rasa syukur petani pada alam dan Tuhan atas panen yang melimpah. Event ni juga cara petani tunjuk skill dan kekuatan Lembu mereka. Lembu yang menang biasanya punya value lebih tinggi sebab dianggap kuat, sihat, dan lincah. Dalam beberapa tahun ni, Pacu Jawi makin famous secara international. Perkembangan festival ini menjadi lebih maju berkat sokongan dan hebahan di media sosial. Pacu Jawi bukan sekadar balapan tapi simbol bravery, skill, dan harmony antara manusia dengan alam. Melalui tradisi ni, generasi muda Minangkabau boleh kenal heritage mereka, sementara pelancong dapat experience yang lain dan baru di Sumatra Barat. Gabungan culture, sport, dan scenery yang cantik, Pacu Jawi memang tak patut dilepaskan kalau korang nak rasa keunikan Minangkabau! Bila you all nak tengok dan rasakan kemeriahan festival Pacu Jawi ni boleh ambik pakej 4D3N Padang Bukittinggi Tour. Pakej ni memang best sebab bukan sekadar melancong ke tempat lawatapijuga dapat pengalaman dan pengetahuan budaya. Temukan berbagai macam pakej yang berbaloi dan dapatkan kepuasan dalam percutian. Bersama BMW 2002 Tour, setiap perjalanan yang anda lalui akan jadi pengalaman yang menyeronokkan. We Guide Yu To Beauty Penulis: Bunga Syukria
MELANCONG SAMBIL KENAL TARI MINANGKABAU
MELANCONG SAMBIL KENAL TARI MINANGKABAU Kalau you all travel kat Sumatera Barat, jangan hanya tengok gunung, sawah, dan rumah gadang je. Sebab Minangkabau ni, cerita dia bukan hanya pada tempat, tetapi juga pada gerak tubuh dan irama lewat tarian tradisional. Berikut ni antara empat tarian tradisional Minangkabau yang ramai orang kenal dan selalu dipersembahkan. Tari Piring Bila dengar bunyi piring berdenting, terus rasa jantung ikut berdegup. Tari Piring ni antara tarian paling terkenal dari Minangkabau. Gerakan dia laju, bertenaga, penuh semangat macam orang Minang tu sendiri. Dulu, tarian ni dibuat sebagai tanda syukur selepas musim menuai je. Tetapi sekarang ni, Tari Piring sering dipersembahkan untuk hiburan dan sambutan, tapi rasa semangat dan kekuatannya masih sama. Bila tengok depan mata, akan buat you all terpegun. 2. Tari Pasambahan Kalau Tari Piring penuh tenaga, Tari Pasambahan pula lembut dan penuh adab. Tarian ni biasanya dipersembahkan untuk menyambut tetamu seolah-olah berkata, “selamat datang, kami hormati kehadiran kamu.” Gerakan dia perlahan, sopan, dan penuh makna. Inilah gambaran orang Minangkabau yang sangat menjaga adat ketibaan tetamu. Bila tengok Tari Pasambahan, you all bukan sekadar ditontonkan tarian je, tapi dapat rasakan disambut dengan hangat. 3. Tari Payung Tari Payung ni lain sikit vibe dia. Lebih lembut, romantis, dan penuh rasa. Payung yang dibawa penari melambangkan perlindungan dan tanggung jawab, kisah tentang kasih sayang dan kehidupan berpasangan. Biasanya ditarikan secara berdua, Tari Payung sering muncul dalam majlis perkahwinan atau acara adat. Tengok tarian ni, rasa tenang macam dengar cerita cinta orang dulu-dulu, sederhana tapi mendalam. 4. Tari Indang Kalau yang ni pula, rasa kebersamaan dia kuat. Tari Indang ditarikan secara berkumpulan, duduk berbaris, dengan tepukan tangan dan syair yang berunsur keagamaan. Tarian ni lahir dari surau dan tradisi dakwah. Gerakan dia kompak, serentak, menunjukkan betapa pentingnya kesatuan dan kebersamaan dalam masyarakat Minangkabau. Simple, tetapi penuh makna. Dalam setiap tarian Minangkabau, ada cerita tentang kehidupan, tentang syukur, hormat, cinta, dan kebersamaan. Itulah yang membuat pengalaman travel jadi lebih dari sekadar jalan-jalan. Bersama BMW 2002 Tour & Travel, perjalanan you all ke Sumatera Barat bukan hanya melihat keindahan alam je, tapi juga merasai denyut budaya yang masih hidup dan dijaga hingga hari ini. Kerana Minangkabau bukan untuk dilihat sepintas lalu je, Ia untuk dirasai, difahami, dan dikenang We Guide You To Beauty Penulis: Egie Aulia Rizky
MENGENAL SILEK HARIMAU: SENI BELA DIRI KHAS TANAH MINANGKABAU
Minangkabau masyhur dengan kekayaan budayanya, termasuk seni bela diri tradisional yang dipanggil silek. Di antaranya yaitu Silek Harimau, korang pernah dengar tentang Silek Harimau tak? Silek Harimau tercipta sekitar tahun 1119 di Pariangan, oleh Datuak Suri Dirajo untuk melatih pasukan kerajaan Minangkabau. Sebuah warisan budaya Minangkabau yang tak ternilai harganya. Silek Harimau, bukan hanya sebagai seni bertarung, tetapi sebagai bagian penting dari identiti minang yang patut kita banggakan dan dilestarikan bersama. Silek, atau kita panggil silat, ni salah satu seni bela diri tradisional khas Minangkabau yang asalnya dari Sumatera Barat, Indonesia. Silek ni guna teknik pertahanan dan serangan, boleh guna senjata atau tangan kosong je. Dulu-dulu, fungsi utama silek ni untuk orang Minang jaga diri dan kawasan dorang dari pada musuh. Tapi sekarang, silek bukan sekadar untuk bertarung, dah jadi hiburan pun, macam Silek Harimau tu. Silek Harimau Minangkabau ni seni bela diri unik dari Sumatera Barat yang gerak geri dan falsafahnya diinspirasikan daripada harimau. Ia terkenal dengan gerakan yang cantik, tangkas, dan ada teknik kuncian serta cakaran yang tajam. Menariknya, ia juga mengajarkan kita pasal moral, cara pertahanan diri, dan pentingnya kekeluargaan. Walaupun zaman dah moden, warisan penting ni tetap dijaga dan dilestarikan. Gerakannya menyerupai harimau; yaitu langkah cepat, serangan cakar (tangan terbuka) ke area vital, kuncian kuat, dan gerakan akrobatik seperti membanting lawan, seringkali dilakukan dengan posisi rendah atau merayap. Senjata yang biasanya dipakai ialah kerambit yang diadaptasi dari bentuk kuku harimau. Masyarakat Minangkabau pada zaman dahulu perlu memiliki sistem pertahanan yang baik untuk mempertahankan diri dan negeri mereka dari pada ancaman musuh yang boleh datang pada bila-bila masa. So Silat Minangkabau sederhana saja, tetapi dibalik langkah sederhana tu, terkandung kecerdasan yang tinggi dari para penggagas ratusan tahun yang lampau. Tampak seronok kan? Jom tengok atraksi ni dengan BMW 2002 Tour We Guide You To Beauty Penulis: Chindy Amelia
MENYUSURI JEJAK AWAL PERADABAN MINANGKABAU KAT NAGARI TUO PARIANGAN
MENYUSURI JEJAK AWAL PERADABAN MINANGKABAU KAT NAGARI TUO PARIANGAN You all tau tak? Kat kaki Gunung Marapi, Sumatera Barat, ada sebuah nagari yang keindahan dia diakui dunia. Nama dia Nagari Tuo Pariangan, salah satu desa terindah di dunia. Pariangan terkenal dengan sawah berundak yang tersusun cantik, rumah gadang tradisional yang menyatu dengan alam, udara sejuk pegunungan, dan suasana kampung yang tenang. Setiap sudut nagari ni terasa hidup, natural, dan sangat fotogenik. Tak hairanlah Pariangan masuk dalam senarai kampung tercantik di dunia. Selain cantik, Pariangan pun tempat yang tepat untuk duduk sebab udara sejuk dan nyaman. Kat sini you all boleh jalan santai pusing kampung, duduk minum kopi sambil tengok hamparan sawah, atau sekadar nikmati bunyi alam tanpa gangguan. Pagi diselimuti kabus, petang pula cahaya matahari jatuh lembut di celah bukit, simple moments yang buat hati tenang. Sedikit sejarah tentang dia, Pariangan dikenali dalam tambo Minangkabau sebagai nagari tertua. Ringkas dia, Nagari Tuo Pariangan ni adalah tempat awal ada Minangkabau. Dari nagari ini masyarakat Minang berkembang dan menyebar ke berbagai wilayah dengan tradisi merantau. Tapi yang buat tempat ni istimewa, sejarah tu masih hidup dalam susunan kampung, adat masyarakat, dan cara hidup yang masih dijaga sampai hari ini. Bukan sekadar cerita lama je, tapi sebahagian daripada kehidupan harian. Tarikan utama di sini ialah rumah gadang lama, masjid tua, dan mata air panas semula yang sering jadi tempat rehat pelawat. Semuanya bukan dibina untuk pelancong, tapi memang sudah menjadi sebahagian daripada nagari sejak dulu. Nagari Tuo Pariangan ni tempat untuk merasai, bukan sekadar melihat. Tempat di mana keindahan alam, budaya, dan ketenangan bersatu dengan cara yang sangat asli. With BMW 2002 Tour & Travel, perjalanan ke Nagari Tuo Pariangan bukan hanya melancong, tapi menikmati salah satu desa terindah di duni tenang, cantik, dan penuh rasa. We Guide You To Beauty Penulis: Egie Aulia Rizky
JOM MENGENALI SNEK TRADISIONAL KHAS RANAH MINANG YANG TETAP DIMINATI SEJAK DAHULU HINGGA SEKARANG
Snek tradisional khas minangkabau LAMANG TAPAI Lamang dibuat daripada beras pulut yang dimasak di dalam buluh, bersama santan sehingga menghasilkan tekstur yang lembut, wangi, dan sedikit berminyak. Proses membakarnya menggunakan api luar menjadikan aromanya sangat khas. Tapai pula ialah pulut yang diperam bersama ragi sehingga menghasilkan rasa manis, sedikit masam, dan wangi. Kombinasi lamang yang lembut dengan tapai yang manis-masam menjadikan rasanya seimbang dan sangat digemari. PINYARAM Pinyaram ialah salah satu snek tradisional Minangkabau yang sangat popular, terutama pada saat musim perayaan, majlis adat, atau kenduri keluarga. Bentuk dia bulat macam lempeng kecil, warna coklat keemasan dan aroma yang wangi. Snek ini dibuat daripada campuran tepung beras, gula, dan santan. Adunan ini digoreng dalam minyak panas sehingga menghasilkan bahagian tepi yang rangup dan tengah yang lembut. LAPEK BUGIH Lapek Bugih ialah salah satu kuih tradisional Minangkabau yang sangat terkenal dan terus menjadi warisan turun-temurun hingga hari ini. Ia biasanya berbentuk kecil dan dibungkus rapi dengan daun pisang, membuatkan aromanya sangat wangi ketika dibuka.Lapek Bugih berasal daripada masyarakat Minangkabau di Sumatera Barat. Perkataan “lapek” bermaksud kuih yang dibungkus, manakala “bugih” merujuk kepada pulut atau bahan yang melekit. MANGKUAK SAYAK Mangkuak Sayak ialah salah satu kuih tradisional Minangkabau yang unik kerana cara penyajiannya menggunakan tempurung kelapa sini kita sebut (sayak). Perkataan “mangkuak” bermaksud mencedok atau mengambil dengan senduk, manakala “sayak” ialah tempurung kelapa. So boleh cuba langsung masa panas lah, sebab dia memang nikmat di santap saat tu. Gabungan kedua-dua perkataan ini merujuk kepada kuih yang dimasak atau dibentuk di dalam tempurung kelapa, menjadikan aroma dan rasanya sangat istimewa. Sumatera Barat memanglah salah satu tempat yang ramai pelancong datang sebab budaya dan keindaha alam yang memukau. Makanan pun tak kalah famous dan sedap jugak. Banyak Snek khas minangkabau yang boleh korang cuba kalau pergi kat Padang Bukittinggi. So bila you all ada plan nak bercuti kat Sumatera Barat , you can visid bmw2002tour.com untuk tengok berbagai pilihan pakej berbaloi lainnya. We Guide You To Beauty Penulis : Bunga Syukria
MENENTUKAN TRAVEL AGENT YANG BEST: KUNCI PERCUTIAN SELAMAT DAN SELESA KE PADANG BUKITTINGGI
Tips untuk Memilih Travel Agent yang benar ialah: Tentukan Destinasi dan Tarikh Bila korang nak bercuti musti perhatikan betul sebelum pilih travel agent yang akan digunakan. Carilah travel agent yang memang based on Padang Bukittinggi yang faham betul menganai semua destinasi. Sebab tu lah sebelum pilih pakej dan agent mana yang sesuai dengan destinasi yang dah dipilih, tengok dulu mana yang memang best dan terpercaya untuk atur perjalanan korang selama bercuti kat Padang Bukittinggi. lepas tu ambik travel agent yang boleh tentukan tarikh sorang. Perhatikan Respon dan komunikasi Travel Agent Respon serta komunikasi selalunya menjadi hal penting pada setiap orang bila nak pilih travel agent untuk ambik pakej pelancongan. Macam mana respon dan cara berkomunikasi dapat tentukan bagaimana ke profesionalan sebuah agent. Korang boleh try kesigapan jawab soalan mengenai pakej dan bagi info detail mengenai pakej yang dipilih. Sebab dari situ korang boleh nampak agent tu betul-betul faham produk dia, dan serius jaga pengalaman pelanggan bukan sekadar nak jual, tapi nak pastikan perjalanan korang berjalan lancar dari awal sampai balik. Lihat Pengalaman Urus Trip kat Media Sosial Zaman modern macam sekarang ni memang lagi senang bila nak tengok citra sebuah travel agent. Yang paling mudah untuk tengok pengalaman urus trip ni langsung cek saja kat media sosial. Sebab memang platform media sosial tu lah yang paling berperan besar atas nama baik daripada travel agent. So korang yang tengah cari pakej pelancongan lagi baik kalau pilih yang memiliki pengalaman serta review yang baik kat media sosial. Cek Itinerarry yang ditawarkan Pastikan itinerary yang disediakan memang sesuai dengan plan yang sudah ditentukan. Review balik betul ke pekej yang ditawarkan tidak terlalu padat sampai penat sangat, dan juga tak terlalu kosong sampai rasa buang masa. Jangan lupa pastikan juga intinerary relevan dengan minat korang, Atur jugak sesuai kehendak kalau korang nak di change ikut keperluan boleh didapat, bukan guna template yang sama untuk semua orang. Sebab tu kena pandai pilih supaya perjalanan korang nantik sesuai dengan yang diinginkan. Verifikasi Legalitas dan Izin Usaha Tahap yang paling mustahak ialah check adakah Travel Agent tersebut memiliki izin usaha yang sah dari pemerintah (kerajaan) dalam bentuk Nomor Induk Usaha Pariwisata, serta Sertifikat daripada ASITA (Association of the Indonesian Tour & Travel Agencies). Jangan risau bila ada soalan mengenai legalitas ni kami boleh bagi tunjuk bukti dokumen. Sebagai contoh, kami daripada PT.BMW 2002 Tour dengan senang hati bagi tunjuk legalitas kami kepada sesiapa calon tetamu yang akan ambik pakej tour dengan kami, karena ini adalah bentuk komitmen kami terhadap kepercayaan mereka. Tengok Ulasan Pelancong Cara paling mudah untuk dapat tahu quality serta kelebihan daripada travel agent korang boleh baca ulasan pelancong sebelum ni. Tengok apa hal yang mereka puji dan adakah service mesra yang didapatkan. Ulasan pelancong bukan saja bantu korang untuk nilai pengalaman sebenar, tapi boleh jadi panduan buat pilihan bijak dalam memilih pakej pelancongan. Bukan perkara yang mudah untuk dapatkan pakej percutian Padang Bukittinggi yang sesuai dan sudah berpengalaman. Korang musti check dan pastikan betul supaya activity pelancongan akan berkesan dan sukar dilupakan. So bila you all nak bercutikat Padang Bukittinggi boleh cek pakej pelancongan kita kat Bmw 2002tour.com. Temukan berbagai macam pakej yang berbaloi dan dapatkan kepuasan dalam percutian. bersama BMW 2002 Tour, setiap perjalanan yang anda lalui akan jadi pengalaman yang menyeronokkan. We Guide You To Beauty Penulis : Bunga Syukria