KALAMAI GEGEK : KULINER TRADISIONAL YANG MASIH BERTAHAN HINGGA KINI

Kalamai Gegek ialah makanan tradisional dari Minangkabau, Sumatera Barat yang terkenal dengan rasa manis dan tekstur yang lembut serta sedikit kenyal bila dimakan. Biasanya dibuat daripada bahan-bahan yang sederhana seperti tepung beras, santan dan gula merah. Walaupun bahan yang digunakan tidak terlalu banyak, hasilnya tetap sedap dan mempunyai cita rasa yang khas.
Proses pembuatannya memerlukan masa dan juga kesabaran. Tepung beras, santan dan gula merah akan dicampurkan terlebih dahulu sehingga menjadi adunan. Selepas itu, adunan tersebut dimasak di dalam kuali sambil sentiasa dikacau. Proses mengacau ni penting supaya adunan tidak hangit dan boleh masak dengan sempurna. Biasanya adunan perlu dimasak agak lama sehingga teksturnya menjadi lebih pekat dan berubah menjadi hidangan yang lembut serta kenyal.
Di beberapa daerah di Sumatera Barat, makanan manis ni masih dijadikan sebagai salah satu kuih tradisional yang dikenali hingga sekarang. Ia boleh dijumpai di pasar tradisional, kedai kecil, atau juga dibuat sendiri di rumah. Ada juga masyarakat yang menikmatinya bersama keluarga ketika waktu santai, kerana rasanya yang manis dan lemak santan memang sesuai dijadikan makanan ringan.
Kalamai gegek juga sering dikaitkan dengan budaya dan tradisi masyarakat Minangkabau. Makanan tradisional seperti ini menunjukkan bagaimana masyarakat dahulu memanfaatkan bahan-bahan yang ada di sekitar mereka untuk menghasilkan hidangan yang sedap. Selain itu, proses pembuatannya yang masih menggunakan cara tradisional turut menjadi salah satu keunikan yang membuat makanan ini tetap dikenali hingga sekarang.
Walaupun pada masa sekarang sudah banyak makanan moden yang muncul, kalamai gegek masih tetap dikenali dan disukai oleh masyarakat. Ramai orang masih mencari makanan tradisional seperti ini kerana rasanya yang khas dan tidak mudah dilupakan. Bagi sesetengah orang, kalamai gegek bukan sekadar makanan biasa, tetapi juga melambangkan kekayaan kuliner dan budaya yang dimiliki oleh masyarakat Minangkabau.
Sebab tu, kalamai gegek perlu terus diperkenalkan kepada generasi muda supaya makanan tradisi ni tak hilang ditelan zaman. Dengan cara tu, warisan kuliner macam ni akan terus dikenali dan masih boleh dinikmati oleh ramai orang pada masa akan datang. Selain menjaga tradisi, memperkenalkan makanan macam ni juga boleh buat masyarakat lebih menghargai kekayaan budaya yang ada di daerah mereka.
Korang boleh cuba dan nikmati kudapan satu ni masa datang bercuti kat Padang Bukittinggi with BMW 2002 Tour. Pengalaman sempurna dan menyenangkan dalam sekali trip. Ambik pakej special 4D3N dan tentukan tarikh pilihan korang sekarang.
WE GUIDE YOU TO BEAUTY
Penulis : Muhammad Rafi


