KAWA DAUN: SECAWAN RASA, SEJUTA NILAI BUDAYA

Gambar 1.1 Kawa Daun Original

Di tengah kekayaan tradisi di Sumatera Barat, tersimpan satu minuman yang nampak simple, tapi sebenarnya penuh dengan sejarah, ketabahan dan identiti masyarakatnya itulah Kopi Kawa Daun. Berbeza dengan regular coffee yang menggunakan biji, Kawa Daun dibuat daripada daun kopi yang dikeringkan dan disangai sebelum dibrew macam teh.

Kawa Daun lahir daripada sejarah. Zaman penjajahan Belanda dulu, biji kopi dari tanah Minang banyak dieksport ke luar negara. Local people yang tanam kopi tak dapat nikmati hasil bijinya sendiri. So mereka gunakan daun kopi sebagai alternatif minuman harian. From that limitation, lahirlah satu tradisi simbol creativity dan resilience masyarakat Minangkabau.

Lama-kelamaan, Kawa Daun jadi lebih daripada sekadar minuman. Ia jadi social drink diminum sambil sembang santai, family gathering, atau lepas penat bekerja. Secawan Kawa Daun bukan hanya penghilang dahaga, tapi juga pengikat silaturahim.


Gambar 2.1 Kawa Daun di Campur Susu

Sekarang ini, Kawa Daun bukan lagi sekadar minuman orang lama sahaja. Golongan muda juga mula menghargai dan berbangga dengan minuman tradisi ini. Para pelancong yang datang ke Sumatera Barat turut menjadikan Kawa Daun sebagai pengalaman yang wajib dicuba bukan sekadar untuk menikmati rasanya, tetapi juga untuk memahami kisah dan sejarah di sebaliknya.

Walaupun kafe moden semakin berkembang dan pilihan minuman kian berbagai, Kawa Daun tetap bertahan. Yang dipertahankan bukan hanya rasanya, tetapi nilai sejarah dan budaya yang terkandung di dalamnya. Kawa Daun mengajarkan kita satu hakikat: sesuatu yang sederhana mampu membawa makna yang luar biasa. Dari sehelai daun kopi, lahirlah sebuah tradisi.

Nak experience sendiri rasa Kawa Daun secara authentic di tempat asalnya?
Jom tour bersama BMW 2002 Tour Pilih pakej yang sesuai dengan plan percutian korang. Bukan sekadar melancong, tetapi menyelami budaya, sejarah dan pengalaman sebenar yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Real experience only happens when you’re there yourself.

WE GUIDE YOU TO BEAUTY

Penulis : Bunga Syukria

Share This Post!

PT. Bukittinggi Minang Wisata 2002 Tour, more famous with brand name BMW 2002 Tour was established in 2002 in Bukittinggi.

Office Hours:

Mon – Sat: 08.00 AM – 17.00 PM,
Sunday: CLOSED

About Us

With a solid and professional team, we are committed to providing the best service. We offer Padang Bukittinggi – Pekanbaru Tour Packages, Transportation, MICE, Flight Tickets, and other services.

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

© 2025 PT Bukittinggi Minang Wisata | Developed with ❤️ by Jagoweb