Ini dia PISANG KAPIK Jajanan Khas Minangkabau, Macam mana ya rasa dia?

Kalau sudah pusing pusing kat  kawasan Minangkabau, kadang dari jauh sudah boleh tercium bau pisang yang sedang dibakar. Bau manis bercampur dengan aroma asap dari bara api itu memang cukup menggoda. Selalunya kalau tercium harumnya orang terus tahu — itu pasti pisang kapik, salah satu makanan tradisional yang cukup terkenal di tanah Minang.

Pisang kapik ini sebenarnya nampak sederhana saja, tapi rasa dia memang susah untuk ditolak. Biasanya ia dibuat menggunakan pisang yang sudah masak elok supaya rasa dia lebih manis. Pisang itu mula-mula dibakar dahulu di atas bara api sampai kulitnya sedikit kehitaman dan isinya mula lembut.

Selepas itu barulah pisang tersebut dikapik atau ditekan perlahan-lahan menggunakan alat khas, biasanya dari kayu. Bila ditekan, bentuk pisang akan jadi leper. Dari situlah datangnya nama pisang kapik. Lepas dikapik, pisang itu akan dibakar sekali lagi supaya bahagian luarnya sedikit garing dan aromanya lebih naik.

Yang membuat pisang kapik ini lebih istimewa ialah kuahnya. Biasanya ia dihidangkan dengan kuah manis yang dibuat daripada gula merah dan santan. Ada juga yang menambah sedikit kelapa parut supaya rasanya lebih lemak. Bila kuah manis itu disiram di atas pisang yang masih panas, baunya terus terasa harum.

Tekstur pisang kapik memang menarik. Bahagian luarnya sedikit garing karena  dibakar, tapi di dalam masih lembut dan manis. Bila dimakan bersama kuah gula merah tadi, rasa dia cukup seimbang — manis, lemak dan ada sedikit rasa bakar yang membuatkan ia jadi lebih sedap.

Di beberapa tempat di Sumatera Barat seperti Bukittinggi, pisang kapik sering dijual pada waktu petang atau malam. Ramai orang yang singgah sekadar mau makan santai sambil berehat dengan kawan atau keluarga. Kadang-kadang pelancong yang datang ke Minangkabau pun tak lepaskan peluang untuk cuba makanan ini.

Walaupun sekarang banyak makanan modern muncul, pisang kapik tetap ada peminatnya. Bagi orang Minangkabau sendiri, makanan seperti ini bukan sekadar pencuci mulut atau makanan ringan. Ia juga mengingatkan pada suasana kampung, pada cara orang dulu memasak dengan bahan yang sederhana tapi penuh rasa.

Sebab itu sampai hari ini pisang kapik masih dibuat dan dijual di banyak tempat. Rasa dia mungkin nampak ringkas je, tapi justru di situlah keistimewaannya. Kadang-kadang makanan yang paling sederhana itulah yang paling lama diingat orang.

Kalau korang nak rasa sendiri pisang kapik yang asli dan baru dibakar, memang lebih seronok kalau datang terus ke tanah Minangkabau. Selain boleh menikmati makanan tradisionalnya, korang juga boleh melihat sendiri suasana kampung dan budaya masyarakat Minang yang masih kuat sampai sekarang.

Jangan lupa pesan pakej bersama BMW 2002 Tour and Travel, supaya perjalanan jadi lebih mudah dan korang boleh singgah mencuba berbagai makanan khas Minangkabau yang terkenal. Sekali datang, biasanya memang susah nak lupa pengalaman tu.

WE GUIDE YOU TO BEAUTY

Penulis :  Chindy Amelia

Share This Post!

PT. Bukittinggi Minang Wisata 2002 Tour, more famous with brand name BMW 2002 Tour was established in 2002 in Bukittinggi.

Office Hours:

Mon – Sat: 08.00 AM – 17.00 PM,
Sunday: CLOSED

About Us

With a solid and professional team, we are committed to providing the best service. We offer Padang Bukittinggi – Pekanbaru Tour Packages, Transportation, MICE, Flight Tickets, and other services.

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

© 2025 PT Bukittinggi Minang Wisata | Developed with ❤️ by Jagoweb