LOBANG MBAH SOERO, SAKSI BISU SEJARAH GELAP PERLOMBONGAN BATU BARA

LOBANG MBAH SOERO, SAKSI BISU SEJARAH GELAP PERLOMBONGAN BATU BARA


Di tengah bandar kecil yang tenang bernama Sawahlunto, tersembunyi sebuah lorong bawah tanah yang pernah menjadi saksi jerih perih dan penderitaan ratusan pekerja lombong. Itulah Lobang Mbah Soero sebuah terowong perlombongan yang hari ini dikenali sebagai destinasi pelancongan sejarah, namun masih menyimpan kisah gelap dari zaman kolonial.

Pada penghujung abad ke-19, kawasan Ombilin berkembang pesat selepas penemuan batu bara berkualiti tinggi. Pentadbiran kolonial Belanda membangunkan sistem perlombongan yang moden pada ketika itu dan menjadikan Tambang Batu Bara Ombilin sebagai sumber tenaga penting untuk industri dan pengangkutan. Perkembangan ini menjadikan Sawahlunto sebuah bandar perlombongan yang maju dan strategic pada zamannya.

Namun, di sebalik kemajuan tersebut, tersembunyi kisah yang menyentuh hati.tempat ni pernah menjadi tempat tahanan yang dikenali sebagai “orang rantai” dipaksa bekerja jauh di dalam perut bumi. Dalam keadaan gelap, udara terhad dan suhu yang panas, mereka berdepan risiko runtuhan dan bahaya setiap hari. It was not just about mining coal  it was about survival.

Nama “Mbah Soero” sendiri dikaitkan dengan tokoh tempatan dalam sejarah perlombongan di kawasan ini. Kini, terowong yang suatu ketika dahulu menjadi simbol kerja keras dan penderitaan telah dipulihara sebagai tapak warisan sejarah. Pengunjung boleh menyusuri sebahagian laluan bawah tanah, melihat peralatan lama dan mendengar kisah sebenar yang membentuk perjalanan bandar ini.

Kawasan perlombongan Ombilin turut diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, sekali gus meletakkan Sawahlunto di peta pelancongan antarabangsa. Datang sini bukan sekadar sightseeing, tetapi satu meaningful journey untuk memahami bahawa setiap pembangunan ada cerita manusia di sebaliknya.

Jalan dalam terowong, dengar kisah sebenar zaman perlombongan, dan rasai sendiri vibe kota warisan yang unik. Kalau nak trip yang bukan cuma cantik untuk kamera tapi juga ada story untuk dibawa pulang, jom plan sekali dengan BMW 2002 Tour.

 

Baca juga website terbaru:
 https://bmw2002tours.com/kampung-cina-bukittinggi-jejak-warisan-di-tengah-kota-bersejarah
https://bmw2002tours.com/rumah-kecil-di-bukittinggi-lahirnya-tokoh-hebat
https://bmw2002tours.com/keindahan-masjid-raya-syekh-ahmad-khatib-al-minangkabawi-permata-islam-di-ranah-minang

WE GUIDE YOU TO BEAUTY

  

Penulis : Bunga Syukria

 

Share This Post!

Posts for You

  • All Posts
  • Culinary
  • Destinasi Pelancongan
  • Fun fact Warisan dan Budaya Minangkabau
  • Sejarah Minangkabau
  • Tips and Trik Bercuti
  • Tradisi dan Atraksi Budaya

Category

Tags

    Know More About Us

    BMW 2002 Tour is a tour agency based in Sumatera Barat, Indonesia

    PT. Bukittinggi Minang Wisata 2002 Tour, more famous with brand name BMW 2002 Tour was established in 2002 in Bukittinggi.

    Office Hours:

    Mon – Sat: 08.00 AM – 17.00 PM,
    Sunday: CLOSED

    About Us

    With a solid and professional team, we are committed to providing the best service. We offer Padang Bukittinggi – Pekanbaru Tour Packages, Transportation, MICE, Flight Tickets, and other services.

    You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

    © 2025 PT Bukittinggi Minang Wisata | Developed with ❤️ by Jagoweb