LOBANG MBAH SOERO, SAKSI BISU SEJARAH GELAP PERLOMBONGAN BATU BARA

Di tengah bandar kecil yang tenang bernama Sawahlunto, tersembunyi sebuah lorong bawah tanah yang pernah menjadi saksi jerih perih dan penderitaan ratusan pekerja lombong. Itulah Lobang Mbah Soero sebuah terowong perlombongan yang hari ini dikenali sebagai destinasi pelancongan sejarah, namun masih menyimpan kisah gelap dari zaman kolonial.
Pada penghujung abad ke-19, kawasan Ombilin berkembang pesat selepas penemuan batu bara berkualiti tinggi. Pentadbiran kolonial Belanda membangunkan sistem perlombongan yang moden pada ketika itu dan menjadikan Tambang Batu Bara Ombilin sebagai sumber tenaga penting untuk industri dan pengangkutan. Perkembangan ini menjadikan Sawahlunto sebuah bandar perlombongan yang maju dan strategic pada zamannya.
Namun, di sebalik kemajuan tersebut, tersembunyi kisah yang menyentuh hati.tempat ni pernah menjadi tempat tahanan yang dikenali sebagai “orang rantai” dipaksa bekerja jauh di dalam perut bumi. Dalam keadaan gelap, udara terhad dan suhu yang panas, mereka berdepan risiko runtuhan dan bahaya setiap hari. It was not just about mining coal it was about survival.
Nama “Mbah Soero” sendiri dikaitkan dengan tokoh tempatan dalam sejarah perlombongan di kawasan ini. Kini, terowong yang suatu ketika dahulu menjadi simbol kerja keras dan penderitaan telah dipulihara sebagai tapak warisan sejarah. Pengunjung boleh menyusuri sebahagian laluan bawah tanah, melihat peralatan lama dan mendengar kisah sebenar yang membentuk perjalanan bandar ini.
Kawasan perlombongan Ombilin turut diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, sekali gus meletakkan Sawahlunto di peta pelancongan antarabangsa. Datang sini bukan sekadar sightseeing, tetapi satu meaningful journey untuk memahami bahawa setiap pembangunan ada cerita manusia di sebaliknya.
Jalan dalam terowong, dengar kisah sebenar zaman perlombongan, dan rasai sendiri vibe kota warisan yang unik. Kalau nak trip yang bukan cuma cantik untuk kamera tapi juga ada story untuk dibawa pulang, jom plan sekali dengan BMW 2002 Tour.
Baca juga website terbaru:
https://bmw2002tours.com/kampung-cina-bukittinggi-jejak-warisan-di-tengah-kota-bersejarah
https://bmw2002tours.com/rumah-kecil-di-bukittinggi-lahirnya-tokoh-hebat
https://bmw2002tours.com/keindahan-masjid-raya-syekh-ahmad-khatib-al-minangkabawi-permata-islam-di-ranah-minang
WE GUIDE YOU TO BEAUTY
Penulis : Bunga Syukria


