Gotong royong ialah salah satu nilai adat yang sangat kuat dalam kehidupan masyarakat Minangkabau. Dalam adat Minangkabau, semangat kebersamaan dan saling membantu ni dapat ditengok melalui prinsip “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, yang membawa maksud tiap beban ditanggung bersama dan setiap kesulitan dihadapi dengan bergotong royong. Nilai ni jadi asas penting dalam kehidupan bermasyarakat dan beradat. Dalam kehidupan seharian, budaya gotong royong ni jelas kelihatan dalam berbagai aktiviti adat dan sosial. Antaranya ialah mendirikan Rumah Gadang, mengadakan kenduri perkahwinan (baralek), mengerjakan sawah, membersihkan surau serta kawasan perkampungan, dan saling membantu apabila berlaku musibah. Semua pekerjaan dilakukan secara sukarela tak harapkan sebarang balasan kerana ia dianggap sebagai tanggungjawab bersama dalam kaum dan nagari. Selain itu, amalan gotong royong dalam masyarakat Minangkabau turut mengeratkan hubungan kekeluargaan dan memperkukuh perpaduan sesama anak nagari. Hal ini selaras dengan falsafah adat “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi” yang menekankan kesamarataan, sikap saling menghormati, serta musyawarah dalam setiap urusan adat dan kemasyarakatan. Namun begitu, arus pemodenan dan gaya hidup moden sebabkan amalan gotong royong ni semakin berkurangan, terutamanya dalam kalangan generasi muda. Oleh itu, peranan ninik mamak, alim ulama, cendekiawan adat, serta ibu bapa amat penting dalam mendidik dan menanam semula nilai gotong royong agar adat dan budaya Minangkabau terus terpelihara. So, gotong royong ni merupakan warisan adat yang amat bernilai dalam masyarakat Minangkabau. Dengan mengekalkan dan mengamalkan budaya ini, masyarakat akan terus hidup dalam suasana yang bersatu padu, harmoni, dan kukuh, selaras dengan prinsip adat Minangkabau yang diwarisi sejak turun-temurun. Kalau you all nak tau lebih banyak hal mengenai tradisi minangkabau ni, jom pm BMW 2002 Tour. Kita akan bawa Korang dan bagi tau macam macam tradisi minangkabau. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis: Egi Aulia Rizky
BATU MALIN KUNDANG: IKON LEGENDA MINANGKABAU YANG MASIH JADI SPOTLIGHT
Sumatera Barat punya banyak destinasi menarik, tapi Batu Malin Kundang yang terletak di Pantai Air Manis, Padang selalu jadi favorite tourist spot. Bukan sekadar batu biasa, tempat ini menyimpan kisah legenda Minangkabau yang terkenal sampai seluruh Indonesia. Menurut cerita rakyat, Malin Kundang adalah anak yang merantau dan jadi kaya. Tapi ketika balik ke kampung, dia tidak menghormati ibunya. Sang ibu marah dan sedih, lalu mengutuk Malin Kundang menjadi batu. Cerita ini mengingatkan kita pentingnya respect parents dan tetap humble, walau sukses jauh dari rumah. Batu Malin Kundang jadi ikon wisata bukan hanya karena legendanya, tapi juga karena lokasinya Instagramable. Terletak di tepi pantai dengan pemandangan laut lepas, banyak pengunjung datang untuk tangkap gambar sambil menikmati sunset yang cantik. Selain itu, tempat ini dekat dengan destinasi lain di bandar Padang, seperti Pantai Padang, Jembatan Siti Nurbaya, dan kuliner Minang yang sedap, buat trip lebih lengkap dan fun. Untuk pengalaman terbaik, sebaiknya datang pagi atau petang hari, supaya terhindar dari terik matahari dan dapat cahaya foto yang perfect. Jangan lupa bawa kamera atau smartphone, dan bisa juga kombinasikan dengan kuliner lokal seperti sate Padang atau es durian untuk experience yang lebih lengkap. Mengunjungi Batu Malin Kundang bukan cuma melihat batu, tapi juga menyelami sejarah dan budaya Minangkabau. Tempat ini tetap menjadi must-visit spot bagi siapa saja yang ingin merasakan kombinasi legenda, alam, dan pengalaman tak terlupakan. Kalau plan trip ke Sumatera Barat, pastikan Batu Malin Kundang masuk itinerary kamu. Mahu pengalaman travel yang smooth tanpa pening? Jom ikut BMW 2002 Tour! Korang tinggal relax, nikmati pemandangan, snap gambar cantik, dan rasai pengalaman Batu Malin Kundang yang tak akan terlupakan. Pilih pakej tour sekarang, duduk tenang, dan biar kami urus semua. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis: Bunga Syukria
SALA LAUAK: Rangup di Luar, Lembut di Dalam
Sala lauak ni antara kudapan yang tak pernah asing dalam kehidupan orang Minang. Nampaknya kecil dan ringkas, tapi rasanya memang boleh buat orang ketagih. Biasanya dijual panas-panas, baru diangkat dari kuali, rangup di luar dan lembut di dalam. Sala lauak dibuat daripada tepung beras yang dicampur dengan ikan asin, daun bawang, dan rempah ringkas. Adunannya dibulatkan kecil-kecil, lepas tu digoreng sampai keemasan. Bila dah masak, baunya memang menggoda, susah nak lalu tanpa singgah beli. Dulu, sala lauak ni selalu jadi teman minum petang. Lepas kerja atau lepas balik dari sawah, orang kampung akan cari sala lauak untuk alas perut. Dimakan panas-panas, kadang cicah dengan sambal lado, memang ngam. Walaupun bahannya sederhana, rasa sala lauak ni ada keistimewaan tersendiri. Rasa ikan asin bercampur dengan lembutnya adunan tepung, bila digigit ada rasa rangup sikit di luar. Sebab tu walaupun kecil, satu dua biji memang tak cukup. Sekarang ni, sala lauak bukan saja ada di kampung. Di pasar, di tepi jalan, sampai ke kedai makan Minang pun boleh jumpa. Walaupun tempat berubah, cara dan rasanya tetap dijaga supaya tak hilang identiti asal. Sala lauak bukan sekadar gorengan biasa. Ia kudapan yang menyimpan cerita harian orang Minang, dari dulu sampai sekarang. Kalau korang nak rasa sala lauak yang asli sambil menikmati suasana Minangkabau, korang boleh pesan pakej perjalanan bersama BMW 2002 Tour and Travel. Sambil jalan-jalan, sambil menikmati makanan tradisi, memang pengalaman yang tak sama dengan yang lain. Untuk yang nak try langsung sala lauak ni di bumi minangkabau, tak payah risau sekarang boleh ambik Pakej 4D3N Padang Bukittnggi with BMW 2002 Tour. Melancong sambil menikmati snack dan makanan khas Sumatera Barat. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis: Chindy Amelia
Dari Danau ke Dapur: Cerita Ikan Bilis Khas Minangkabau
Dari Danau ke Dapur: Cerita Ikan Bilis Khas Minangkabau Ikan bilis mungkin kecil pada rupa, namun di Sumatera Barat ia mempunyai nilai yang besar. Dalam budaya Minangkabau, ikan bilis bukan sekadar lauk harian, tetapi melambangkan kesederhanaan, hubungan rapat dengan alam, dan warisan rasa yang diwarisi turun-temurun. Antara yang paling terkenal ialah ikan bilis dari Danau Singkarak. Danau Singkarak merupakan antara danau terbesar di Pulau Sumatra dan menjadi sumber rezeki masyarakat setempat. Setiap pagi, nelayan menangkap ikan bilis menggunakan kaedah tradisional sebelum hasil tangkapan segar ini dijemur di bawah cahaya matahari. Proses pengeringan semula jadi inilah yang menjadikan ikan bilis Singkarak tahan lama dan mempunyai rasa gurih asli. Keistimewaan ikan bilis khas Sumatera Barat terletak pada kualitinya. Saiznya kecil dan seragam, teksturnya rangup apabila digoreng, serta rasanya tidak terlalu masin dan tidak berbau hanyir. Gabungan faktor alam dan cara pemprosesan tradisional menjadikan bilis ini mudah diolah dan sesuai untuk pelbagai hidangan. Baca juga: https://www.bmw2002tour.com/kacimuih-makanan-tradisional-manis-orang-minang/ https://www.bmw2002tour.com/rendang-masakan-penuh-cerita/ https://www.bmw2002tour.com/galamai-manisan-tradisi-urang-minang/ Dalam masakan Minangkabau, ikan bilis sering digoreng garing, dimasak balado, atau dicampur bersama sambal lado hijau dan lauk ringkas. Walaupun bukan bahan utama, kehadirannya mampu menaikkan rasa dan melengkapkan hidangan. Kecil pada rupa tetapi besar pada rasa, ikan bilis khas Minangkabau dari Danau Singkarak bukan sekadar lauk, malah cerita yang boleh dibawa pulang. Gurih semula jadi dan sarat tradisi, ia melengkapkan pengalaman perjalanan datang menikmati alamnya, pulang membawa rasanya. Ambik Pakej with BMW 2002 Tour dan rasai sendiri keindahan alam serta rasa asli Minangkabau yang sukar dilupakan. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis: Bunga Syukria
KACIMUIH: Makanan Tradisional Manis Orang Minang
KACIMUIH: Makanan Tradisional Manis Orang Minang Di Sumatera Barat, ada banyak kuih tradisional yang unik, salah satu yang popular ialah kacimuih. Kuih ni terkenal dengan rasa manis dan lembut, sesuai dimakan waktu petang sambil minum teh. Sampai hari ni, kacimuih masih jadi kegemaran ramai. Kacimuih ni salah satu makanan tradisional khas orang Minangkabau, Sumatera Barat. Rasa dia manis, tekstur lembut, memang sedap makan waktu petang-petang. Biasanya kacimuih ni orang hidang masa kenduri, majlis adat, atau bila ada tetamu datang rumah. Asal-usul kacimuih ni ialah, kacimuih ni dah jadi makanan orang kampung. Mak-mak dulu selalu buat kacimuih kat rumah untuk jamu tetamu atau masa ada majlis besar. Sebab cara buat dia tak susah, jadi senang jumpa kat banyak kawasan di Sumatera Barat. Bahan utama kacimuih ni tepung beras, gula merah, santan, daun pandan, dengan kelapa parut. Tepung beras dimasak dengan air gula merah sampai jadi pekat dan lembut. Daun pandan masuk bagi bau wangi. Lepas siap, adunan tu dibentuk kecik-kecik, lepas tu siram dengan kuah santan dan tabur kelapa parut. Ciri khas kacimuih ni lain dari kuih lain, tekstur dia lembut dan rasa manis dia tak terlalu kuat. Bila campur dengan santan yang lemak, memang jadi sedap. Sekali rasa, mesti nak lagi. Bagi orang Minang, kacimuih ni bukan sekadar makanan je, tapi tanda kemesraan dan hormat pada tetamu. Biasanya ada masa baralek, pengajian, atau majlis keluarga. Hidang kacimuih ni maksudnya tuan rumah nak layan tetamu dengan baik. Sekarang ni banyak makanan moden, fast food semua. Tapi kacimuih ni jangan sampai hilang. Kena ajar anak muda supaya kenal dan suka makanan tradisional, baru budaya kita tak lenyap. Kacimuih ni memang antara makanan tradisional Minangkabau yang istimewa. Rasa manis, lembut, lemak santan, semua cukup. Kalau kita jaga dan terus buat, kacimuih ni boleh kekal sampai bila-bila. Jadi, korang dah pernah rasa kacimuih atau belum? Jom datang dan cuba langsung makanan tradisoinal miangkabau Kacimuih, dan rasakan manis dan lembut jadi satu. Duduk 02 night in Bukittinggi and 01 night in Padang dengan ambik spesial pakej dari BMW 2002 Tour 4D3N Padang Bukittinggi Tour. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Muhamad Rafi
Air Terjun Lembah Anai: Permata Alam di Laluan Padang Bukittinggi
Gambar tetamu dengan latar Keindahan Lembah Anai Dalam perjalanan dari Padang menuju Bukittinggi, ada satu tempat yang hampir pasti mencuri perhatian sesiapa sahaja yang melaluinya Air Terjun Lembah Anai. Tanpa perlu masuk jauh ke hutan atau mendaki, keindahan alam ini sudah menyambut pengunjung tepat di tepi jalan. Sebab itulah Lembah Anai sering menjadi hentian singkat yang wajib disinggahi. Air terjun ini menjunam dari ketinggian sekitar 35 meter, dengan aliran air yang jernih dan segar, dikelilingi kehijauan hutan tropika. Bunyi deruan air yang jatuh berpadu dengan udara sejuk dari kawasan sekitarnya, mencipta suasana yang menenangkan. Walaupun hanya singgah sekejap, rasa penat sepanjang perjalanan seakan hilang begitu sahaja. Keistimewaan Air Terjun Lembah Anai bukan sekadar pada keindahannya, tetapi juga pada lokasinya yang sangat mudah diakses. Terletak di kawasan Cagar Alam Lembah Anai, tempat ini menjadi simbol keindahan semula jadi Sumatera Barat yang masih terpelihara. Ramai pengunjung mengambil peluang untuk bergambar, menikmati pemandangan, atau sekadar duduk santai sambil menghirup udara segar. Selain itu, Lembah Anai juga sering menjadi pintu pertama bagi pelancong untuk mengenali alam Minangkabau. Dari sini, perjalanan akan diteruskan ke kawasan tanah tinggi Bukittinggi dengan pemandangan bukit-bukau, lembah hijau, dan kampung-kampung tradisional yang memukau mata. Baca juga : https://www.bmw2002tour.com/category/destinasi-pelancongan/ Ringkasnya, Air Terjun Lembah Anai bukan sekadar air terjun biasa. Ia adalah permata alam yang menyempurnakan perjalanan Padang Bukittinggi indah, mudah diakses, dan meninggalkan kenangan manis buat setiap yang singgah. Nak rasa sendiri pesona Air Terjun Lembah Anai yang segar, hijau, dan memang cantik ni? Jangan setakat tengok gambar orang je. Jom rancang perjalanan with BMW 2002 Tour. Tak perlu pening fikir route, masa, atau nak singgah mana dulu korang tinggal duduk, enjoy perjalanan, turun ambil gambar. Kami susun perjalanan dengan cara paling senang dan selesa. Datang bawa baju, kamera, dan mood happy yang lain biar kami uruskan. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Bunga Syukria
RENDANG: Masakan Penuh Cerita
Kalau sebut pasal Rendang, memang susah nak cari orang yang tak kenal. Makanan ni bukan saja terkenal di Minangkabau, tapi dah dikenali sampai ke luar negara. Rupanya nampak gelap dan sederhana, tapi bila dah rasa, memang susah nak lupa. Rendang dibuat daripada daging yang dimasak lama bersama santan dan rempah. Proses memasaknya perlahan, ambil masa berjam-jam. Dari situlah keluar rasa yang padu dan kaya. Daging jadi empuk, rempah meresap sampai ke dalam, dan aromanya boleh buat orang lapar walaupun baru lepas makan. Masak rendang bukan kerja cepat. Kena sabar dan rajin mengacau supaya tak hangus. Orang dulu selalu masak rendang ramai-ramai, terutama bila ada kenduri atau acara besar. Sambil memasak, sambil bersembang, suasana dapur jadi meriah. Rendang juga ada makna tersendiri. Ia melambangkan kesabaran, kebersamaan, dan penghargaan kepada tetamu. Sebab tu rendang selalu dihidangkan dalam majlis penting. Lagi lama dimasak, lagi tahan lama rendang tu, malah rasanya makin sedap. Sekarang ni, rendang bukan saja dimakan di kampung. Di mana saja ada orang Minang, di situ ada rendang. Walaupun dimasak di tempat jauh, rasa dan cara masaknya tetap dijaga. Pendek kata, rendang bukan sekadar makanan. Ia cerita tentang tradisi, kesabaran, dan rasa kebersamaan yang dijaga dari dulu sampai sekarang. Setiap suapan ada rasa dan sejarahnya sendiri. Kalau korang nak rasa rendang yang asli dan dimasak ikut cara orang Minang, boleh ambik Pakej Tour with BMW 2002 Tour. Jalan-jalan, sambil menikmati rendang langsung dari tempat asalnya, memang pengalaman yang takkan dilupakan. WE GIUIDE YOU TO BEAUTY Penulis: Chindy Amelia
RANGKIANG : SIMBOL KESEJAHTERAAN RUMAH GADANG
Rumah gadang yang kecik ni ape ye? Yang kecil bertiang, beratap runcing macam Rumah Gadang juga tu, haa nama dia Rangkiang. Ramai sangka itu hiasan je, padahal rangkiang tu ialah lumbung padi tradisional masyarakat Minangkabau yang penuh makna. Rangkiang melambangkan ketahanan pangan, kesejahteraan, dan jiwa sosial orang Minang yang sentiasa berfikir jauh ke depan. Rangkiang dibina sebagai tempat menyimpan hasil padi, benih, dan bekalan makanan keluarga. Bentuknya kecil tapi fungsinya besar. Atap dia bergonjong, macam Rumah Gadang, seolah-olah menunjukkan bahawa rangkiang adalah “pasangan” kepada rumah utama. Kalau Rumah Gadang tempat berlindung keluarga, rangkiang pula tempat menyimpan rezeki dan harapan untuk masa depan. Menariknya, rangkiang ada empat jenis utama berdasarkan kegunaannya: Rangkiang Si Tinjau Lauik, biasanya terletak di tengah. Padi yang disimpan kat sini digunakan untuk membeli barang keperluan yang tidak boleh dibuat sendiri, seperti kain, besi, atau keperluan lain. Ia melambangkan hubungan orang Minang dengandunia luar dan kebijaksanaan dalam mengurus ekonomi. Rangkiang Si Bayau-bayau, yang berbentuk lebih gemuk dan terletak di sebelah kanan. Inilah tempat simpan padi untuk kegunaan harian. Dari sinilah beras diambil untuk memasak dan makan seisi keluarga. Ia melambangkan rezeki yang mengalir setiap hari. Rangkiang Si Tangguang Lapa, berbentuk lebih sederhana dan berfungsi sebagai simpanan kecemasan. Padi di sini hanya digunakan ketika musim paceklik atau waktu susah. Ia jadi simbol persediaan dan kebijaksanaan menghadapi masa depan yang tidak menentu. Rangkiang Kaciak (kecil), biasanya tidak bergonjong. Fungsinya untuk menyimpan benih padi dan kos mengerjakan sawah pada musim berikutnya. Ini melambangkan kesinambungan hidup, supaya pertanian tidak terhenti dan rezeki terus berputar. Jadi, rangkiang bukan sekadar tempat menyimpan padi. Ia adalah simbol kearifan lokal orang Minangkabau dalam mengurus makanan, ekonomi, dan kebajikan keluarga. Dari rangkiang, kita belajar tentang berjimat, berpada-pada, saling membantu, dan sentiasa bersedia untuk hari esok. Kalau korang nak berkunjung ke Sumatera Barat wajiblah tengok rangkiang kat halaman Rumah Gadang ni. With BMW 2002 tour, kita akan bawa Korang rasai langsung keindahan budaya Minangkabau. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Egie Aulia Rizky
JAMBATAN LIMPAPEH: IKON PELANCONGAN BUDAYA DI TENGAH BANDAR BUKITTINGGI
Nama Limpapeh berasal daripada falsafah Minangkabau “limpapeh rumah nan gadang”, yang membawa maksud wanita sebagai tonggak utama keluarga. Jadi, di sebalik cantiknya jambatan ini, tersimpan nilai budaya yang mendalam. Terletak betul-betul di tengah bandar, Jambatan Limpapeh bukan sekadar tempat lalu-lalang, tetapi antara spot pelancongan paling ikonik yang wajib masuk senarai “checklist” percutian anda. Kalau sampai ke Bukittinggi tapi tak singgah di Jambatan Limpapeh, itu ibarat datang kenduri tapi tak merasa rendang. Jambatan ini menghubungkan Pasar Atas Bukittinggi dan Taman Haiwan Kinantan. Maksudnya senang cerita: lepas shopping, boleh terus jalan kaki tengok haiwan. Jimat tenaga, jimat masa, dan jimat duit tambang! Seni Bina Cantik, Kamera Pun Tak Nak Berhenti. Reka bentuk Jambatan Limpapeh memang mencuri tumpuan. Bumbungnya bergonjong ala Rumah Gadang Minangkabau, lengkap dengan ukiran tradisional yang buat sesiapa sahaja terus keluarkan telefon bimbit. Sekali lalu, boleh dapat berpuluh gambar. Dua kali lalu, memori telefon pula yang penuh. Dari atas jambatan, pemandangan bandar Bukittinggi terbentang luas pasar yang sibuk, kehijauan sekitar, dan suasana bandar yang hidup. Pendek kata, berdiri diam pun gambar tetap jadi. Jalan Santai, Angin Sejuk, Hati Pun Tenang Jambatan Limpapeh direka khas untuk pejalan kaki, jadi tak perlu risau bunyi hon atau motosikal potong mengejut. Waktu paling best? Pagi dan lewat petang. Udara sejuk, angin nyaman, dan mood bercuti pun terus naik. Satu lokasi, boleh dapat pengalaman budaya, pemandangan cantik, dan kenangan manis (plus gambar Instagram yang confirm dapat likes). Jadi kalau ke Bukittinggi, jangan buat-buat lupa. Singgah Jambatan Limpapeh jalan sikit, gambar banyak, kenangan pun melekat. Boleh ambik Pakej Percutian dengan BMW 2002 Tour untuk rasa dan tengok keindahan jembatan limpapeh secara langsung. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Bunga Syukria
PAKEJ GROUND ONLY: BEBAS CARI TIKET TERBAIK, PERCUTIAN JADI MUDAH!
Percutian sepatutnya jadi masa untuk rehat dan nikmati pengalaman baharu, bukan masa untuk pening kepala urus benda teknikal. Salah satu perkara yang sering buat ramai orang rasa leceh sebelum bercuti ialah urusan tiket penerbangan. Di sinilah Pakej Ground Only jadi solusi yang lebih praktikal. Salah satu kelebihan utama pakej ini ialah fleksibiliti. Anda bebas pilih waktu penerbangan, airline kegemaran, atau guna tiket promo yang sudah dibeli lebih awal. Tak perlu ikut jadual ketat pakej flight sekali. Selain itu, kos juga lebih jelas dan terkawal. Bayaran fokus kepada servis darat sahaja, jadi lebih senang rancang bajet tanpa risau harga berubah ikut musim penerbangan. Pakej Ground Only sangat sesuai untuk : Pelancong yang ingin kawal bajet penerbangan Pasangan honeymoon yang mahukan perjalanan lebih private Pelancong berpengalaman yang dah biasa urus flight sendiri Pelancong dari berbagai bandar yang tiba pada waktu berbeza Konsep ini juga memudahkan perjalanan berkumpulan, sebab semua boleh berkumpul di destinasi tanpa perlu terikat pada satu penerbangan yang sama. Korang nak percutian yang senang, tersusun, dan tak payah pening fikir logistik? Ambil Pakej Tour bersama BMW 2002 Tour, korang datang enjoy, kami uruskan selebihnya. Percutian jadi lebih mudah bila semua dah disusun rapi. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Bunga Syukria
Istana Basa Pagaruyung : Lambang Kebesaran dan Warisan Budaya Minangkabau
Istana Basa Pagaruyung bukan sekadar sebuah bangunan bersejarah je, tetapi lambang kebesaran dan identiti masyarakat Minangkabau. Terletak kat Batusangkar, Sumatera Barat, istana ni jadi simbol kepada sistem pemerintahan kerajaan Minangkabau pada zaman dahulu. Dari kejauhan, bentuknya sudah mencuri perhatian dengan bumbung gonjong yang menjulang tinggi, seolah-olah menceritakan keagungan budaya yang masih terpelihara hingga ke hari ini. Menurut sejarah dia, Istana Basa Pagaruyung ni dibina sebagai simbol pemerintahan Raja Alam, Raja Adat, dan Raja Ibadat, yang menjadi tunjang sistem pemerintahan Minangkabau. Istana ni bukan hanya tempat tinggal raja, tetapi juga pusat pertemuan adat. Ia menjadi saksi kepada perjalanan panjang kerajaan Minangkabau yang berasaskan adat basandi syara’, syara’ basandi Kitabullah. Seni bina Istana Basa Pagaruyung sangat unik dan sarat dengan makna. Dibina sepenuhnya menggunakan kayu, istana ni dihiasi dengan ukiran halus bermotif alam seperti tumbuhan serta corak tradisional. Setiap ukiran bukan sekadar hiasan, tetapi membawa falsafah hidup masyarakat Minangkabau yang menekankan keharmonian antara manusia, alam, adat, dan Tuhan. Susun atur ruang di dalam istana pula menggambarkan struktur sosial serta adat istiadat, termasuk ruang untuk bermusyawarah dan tempat khusus bagi keluarga raja. Istana ni pun pernah beberapa kali musnah akibat kebakaran, namun sentiasa dibina semula dengan penuh semangat demi mengekalkan warisan budaya. Istana yang berdiri hari ini merupakan hasil pembinaan semula yang tetap berpegang teguh pada bentuk asal serta nilai-nilai tradisi. Hal ini buktikan betapa kuatnya kesedaran masyarakat Minangkabau dalam menjaga dan mempertahankan warisan nenek moyang mereka. Saat ni, Istana Basa Pagaruyung jadi salah satu destinasi pelancongan budaya yang paling terkenal kat Sumatera Barat. Pengunjung bukan sahaja dapat menikmati keindahan seni binanya, tetapi juga berpeluang mengenali adat dan sejarah Minangkabau dengan lebih dekat. Ramai yang memilih untuk mengenakan pakaian adat dan bergambar sebagai kenangan, menjadikan lawatan ke sini lebih bermakna dan istimewa. Lebih daripada itu, Istana Basa Pagaruyung mengajar kita bahawa budaya bukan hanya untuk dikenang, tetapi untuk dipelihara dan diwariskan. Ia merupakan simbol jati diri Minangkabau, tempat di mana sejarah, adat, dan nilai kehidupan bersatu, menjadi warisan yang terus hidup dari satu generasi ke generasi seterusnya. With BMW 2002 Tour, kita akan bawa Korang tuk tengok langsung Istana yang bersejarah ni, bukan sekadar melawat, tapi korang akan dibawa menyelami kisah kerajaan, adat, dan budaya yang masih hidup sampai hari ini. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Egie Aulia Rizky
Talempong sebagai Musik Tradisional Minangkabau
Kalau dengar bunyi ting ting ting, itu mesti talempong. Alat muzik ni dah lama jadi identiti orang Minang. Dari dulu sampai sekarang, talempong masih digunakan dalam pelbagai acara adat dan persembahan budaya. Talempong ni ialah alat muzik tradisional orang Minangkabau yang diperbuat daripada logam dan dimainkan dengan cara dipukul. Bentuk dia kecil, bulat, dan ada bonjolan di tengah. Biasanya talempong dimainkan secara berkumpulan supaya bunyinya lebih meriah dan sedap didengar. Dalam budaya Minangkabau, talempong selalu digunakan masa majlis adat, kenduri kahwin, penyambutan tetamu, dan acara kebudayaan. Bunyi talempong boleh buat suasana jadi lebih hidup dan meriah. Setiap irama yang dimainkan ada maksud tertentu, ikut jenis acara yang dijalankan. Talempong juga ada beberapa jenis, antaranya talempong pacik yang dimainkan sambil dipegang, dan talempong duduk yang diletakkan atas kayu atau rak. Cara main dia pun berbeza, tapi tujuan dia sama, iaitu untuk menghasilkan muzik tradisional yang indah. Selain sebagai hiburan, talempong juga melambangkan identiti dan warisan budaya orang Minang. Dari generasi ke generasi, alat muzik ni masih dipelihara supaya tak hilang ditelan zaman. Anak muda pun digalakkan belajar main talempong supaya budaya ni terus kekal. Kesimpulannya, talempong bukan sekadar alat muzik biasa, tapi ia merupakan warisan budaya orang Minangkabau yang penuh dengan nilai tradisi. Bunyi talempong yang merdu melambangkan kebersamaan, semangat, dan identiti masyarakat Minang.Dengan mempelajari dan memainkan talempong, generasi muda dapat membantu menjaga dan melestarikan budaya tradisional supaya tak hilang ditelan zaman. Harapnya seni talempong ni terus kekal dan dikenali sampai ke peringkat lebih luas. bila you all teringin tengok secara langsung alat muzik Talempong ni, boleh ambik Pakej 4D3N Padang Bukittinggi with BMW 2002 Tour. nikmati seronoknya bercuti sambil menegenali alat muzik tradisional minangkabau. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Muhamad Rafi